Sunday, 8 December 2013

SURI RUMAH BANYAK REHAT ATAU BANYAK KERJA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jangan ingat dia suri rumah, dia ada banyak masa untuk rehat dan boleh tidur bila-bila masa dia nak. Katakan TIDAK. Sebab saya juga seorang suri rumah dan saya faham apa yang mereka alami. Mereka ini senang sangat alami kemurungan kerana dia rasa rendah diri dan tiada kawan untuk berbual. Dari bangun sampai dia tidur kerjanya siapkan kerja-kerja rumah. Secara tak langsung kemurungan itu datang membawa kepada keletihan otak, badan, emosi dan keletihan berpanjangan. Kerana itu seorang suri rumah memerlukan sokongan moral dari orang-orang yang berada disekelilingnya terutama seorang suami yang sentiasa menghargai pengorbanan yang seorang isteri sanggup lakukan dengan berhenti dari pekerjaan dan kurangkan pergaulan diluar semata-mata untuk menjaga keluarganya. Suri rumah juga ada jadual yang sangat padat kadang-kadang ada yang dari pagi sampai malam masih lagi selesaikan kerja-kerja rumah. Tetapi kalau bercakap pasal bila-bila masa boleh bercuti itu memang sangat TEPAT untuk seorang suri rumah.


7 SEBAB UTAMA LETIH & PENAT BERPANJANGAN

1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)
Surirumah sering lupa untuk amalkan minum air yang cukup,dek sibuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan jadi lembap. Ini yang menyebabkan badan letih dan lemah. 

2. Aktiviti berlebihan
Pekerjaan yang dilakukan ada masanya agak bertimbun dan terkejar-kejar. Kerja yang tidak pernah habis dan masa yang tidak pernah cukup memaksa mereka untuk bergerak pantas. Pergerakan yang kerap ke sana ke sini menguruskan rumahtangga boleh menyebabkan golongan surirumah ini mengalami keletihan otot pada otot,saraf dan badan.

3. Amalan Memakan Ubat-ubatan
Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi. Paling tak elok diamalkan adalah painkiller.

4. Kurang Zat Besi
Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya badan kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan rasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena
Ramai yang gagal memperoleh tidur berkualiti disebabkan komitmen menjaga anak dan sebagainya, gaya hidup tidak sihat. Tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan.

6. Keadaan Kesihatan
Berhati-hati, keletihan itu mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress
Keadaan stress boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.


Pengalaman saya sendiri sebagai surirumah :


" Sebagai isteri mestilah saya kena pastikan makan,minum,pakaian,tempat tidur suami semua terjaga dan lengkap. Walau pun kadang-kadang tak sesempurna, tetapi saya cuba buat yang terbaik begitu juga sebagai ibu, saya akan pastikan anak saya makan cukup, ada masa main, ada masa tido yang cukup, layan kerenah dia dan cuba berikan yang terbaik untuknya. Dalam masa yang sama saya perlu curi-curi masa untuk uruskan blog online. Kadang-kadang saya rasa macam tak ada masa untuk diri sendiri. Tetapi saya puas hati bila dapat melayan suami dan kerenah anak-anak."


Sumber dari KOTAK VITAMIN

<<Seronoknya Menjahit>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...