Tuesday 16 July 2013

ISLAM DI HATIKU

IMAN SEEKOR SEMUT

Teks: Hayati Shahadan

Adakah iman kita hebat seperti seekor semut.. renung-renungkan..

Tazkirah Subuh : LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT



Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....

Jom subuh dulu sahabat.. 

SOLAT

SOLAT YANG SEMPURNA

Assalamualaikum.. Pagi ni selepas solat subuh, tiba-tiba hati terasa sebak dan terharu.. Adakah solat ini di terima oleh pencipta kita?? Solat Itu adalah rukun Islam yang ke-2.. yang mana pentingnya menjaga solat sebagai orang Islam.. Solat itu adalah TIANG AGAMA.. Tetapi kadang-kadang kita lalai, sambil lewa, tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya dan selalu lupa..

5 janji Allah bagi orang yang menjaga solat :

Di dunia - berkat rezeki
Di kubur - terlepas seksaan kubur
Di padang masyar - dapat buku amalan di tangan kanan
Di titian sirat - lintas seperti kilat
Di syurga - masuk tanpa penghisaban

Jom sama-sama muhasabah diri ye.. Mari kita pertingkatkan Ibadah Solat kita dengan sempurna... Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini untuk menyempurnakan ibadah solat setiap hari dengan menjaga solat di awal waktu dan penuh kekhusyukkan setiap kali ingin bertemu denganmu.. tamankanlah perasaan rindu untuk sentiasa beribadah padamu.. Amin..






Monday 15 July 2013

PUSAT LATIHAN

KELAS

Teks: Hayati Shahadan

Salam,

Ni lah tempat yang akan saya timba ilmu.. silakan jenguk-jenguk ye..



Harapan setinggi gunung, seluas langit dan sebebas burung-burung yang beterbangan.. semoga impian menjadi kenyataan.

jumpa lagi entri di Kelas Part 1...

KELAS

KELAS PART 1

Teks: Hayati Shahadan

Salam Semua,

Hari ini rasanya nak bercerita pasal kelas seni jahitan kreatif yang saya ikuti untuk minggu yang kedua. Minggu pertama saya ke kelas dan belajar Asas jahitan dan penggunaan tapak mesin jahit. Projek bulan ini ialah baju kurung, terompah, dua projek mini dan project tambahan ialah belajar membuat baju melayu.

Kain baju Melayu warna purple dan baju kurung Warna kuning berserta booklet.

Rasa teruja nak menjahit. Baju Kurung Dah siap potong tetapi baju melayu belum lagi.


Tunggu ye di entri yang seterusnya Kelas part 2..

Thursday 11 July 2013

JAHITAN KREATIF

Seni Jahitan kreatif TAMPAL dan CANTUM

Teks : Hayati Shahadan

Seni Kreatif TAMPAL DAN CANTUM adalah seni cantuman kepingan-kepingan perca kain untuk menjadi sehelai kain yang besar.

KUILT pula ialah kain yang terhasil daripada cantuman TAMPAL DAN CANTUM yang dilapik dengan polister di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Selalunya gambar pemandangan, haiwan, kanak-kanak, corak geometri atau abstrak dijadikan motif dalam jahitan TAMPAL DAN CANTUM  ini.

Pada masa yang sama, Seni Jahitan Kreatif ini turut menggabungkan pelbagai jenis kain untuk membentuk motif yang menarik.

Pelbagai produk seperti selimut, cadar, sarung bantal, beg, dan pakaian boleh dihasilkan daripada Seni Jahitan Kreatif ini.

Tetapi proses untuk menyiapkannya akan mengambil masa yang lama kerana pembuatannya seperti CANTUM dan TAMPAL bukanlah satu kerja yang mudah.

Bagaimanapun apabila sesuatu produk yang akan dihasilkan siap, pastinya kita akan berpuas hati.


Contoh : Tilam bayi (carian google)


Cadar (carian google)


Alas kaki (carian google)

Beg (carian google)


Hiasan (carian google)


Jumpa lagi di entry yang seterusnya.. :-)





Wednesday 10 July 2013

KENALI SAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera jom KENALI SAYA                    

Teks : Hayati Shahadan



SIAPA Nor Hayati Binti Shahadan ini?

Ye sayalah yang menggunakan nama itu dari sejak dilahirkan sehingga kini dan selamanya. Alhamdulillah sungguh indah nama yang ibubapa saya berikan iaitu "Nor = Cahaya" dan "Hayati = Hidupku", walau pun ramai yang menggunakan nama yang sama tetapi saya tetap bersyukur. Alhamdulillah Ya Allah. Sekarang saya menetap di Klang, Selangor bersama Suami, dua orang puteri dan seorang putera yang sangat disayangi.

TAHAP PENDIDIKAN

Saya di lahirkan di Negeri Pahang yang Makmur :-) (Pahang Darul Makmur). Ibu dan Bapa saya adalah peneroka yang berasal dari Selangor dan menetap di Negeri Pahang.

a) Pendidikan awal dari Rendah ke Menengah

Pendidikan awal saya di Sekolah Kebangsaan Keratong Dua (SKKD) dari Tahun 1 hingga 6. Kemudian saya menyambung pelajaran berasrama peringkat Menengah di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang. (SMABI - terlalu banyak kenangan yang di cipta disini :-)) dari tingkatan 1 hingga 3. Setelah itu saya berpindah ke Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang (SMATAF) - tingkatan 4 dan kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong, Selangor (SMKTE) - tingkatan 5. Mesti menjadi persoalankan kenapa saya berpindah randah kan :-). Secara umumnya saya berpindah kerana saya mahukan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk menghadapi peperiksaan yang besar iaitu SPM. SPM adalah penentu masa depan kita.Jadi, pada adik-adik yang akan mengambil peperiksaan SPM buatlah yang terbaik ye. Alhamdulillah keputusan saya tidak mengecewakan.

b) Lanjutan pendidikan di Universiti tempatan

Saya menyambung pelajaran di peringkat pra-Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang). Kemudian terus menyambung Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM, Jengka, Pahang). Disinilah saya berjumpa CINTA hati saya Mohd Firdauz Bin Zulkifili a.k.a Suami tercinta :-).

DUNIA PEKERJAAN

Setelah menamatkan pendidikan di UiTM saya terus mencari pekerjaan dan alhamdulillah terus diterima sebagai audit/account assistant di firma pengauditan,Kuala Lumpur  (Bertahan selama 6 bulan kerana branch mahu ditutup iaitu pada december 2005 sehingga may 2006). Kemudian saya di perkenalkan oleh bos lama saya kepada bos yang baru di firma perakaunan dan tax di Damansara Intan, Petaling Jaya, Selangor (Saya ditugaskan membuat akaun lengkap bagi syarikat yang kecil dan di beri tanggungjawab mengaudit syarikat pelanggan, Alhamdulillah makin bertambah lagi ilmu pengetahuan saya tentang dunia perakaunan dan pengauditan) Selama lebih kurang  3 tahun iaitu pada June 2006 sehingga March 2009. Kemudian saya berhenti kerana saya telah berkahwin kemudian berpindah ke Klang, Selangor dan sedang menunggu cahaya mata yang pertama dilahirkan. Selepas melahirkan anak pertama, saya secara rasminya menjadi suri rumah sepenuh masa sehingga anak ke-3 berusia 6 bulan dan saya kembali bekerja di sebuah syarikat engineering di Bandar Botanic, Klang, Selangor. sehingga kini.


MINAT

Selain bekerja makan gaji memang tak pernah terfikir secara serius untuk menceburkan diri dalam bidang jahitan. Sebelum mengenali apa itu Dunia Seni Jahitan Kreatif, saya memang akan terbayang baju kurung, baju melayu, kebaya dan baju tradisional yang lain dan  ianya sungguh membosankan dimata saya. Tetapi setelah bertemu website http://www.epal.com.my/ ianya telah membuka mata dan minda saya yang mana menjahit itu adalah satu keseronokkan dan menjahit adalah mudah/senang. Ye Sangat MUDAH/SENANG. Sekarang saya adalah ahli VIP EPAL dan sedang menimba sebanyak mungkin ilmu tentang Dunia Seni Jahitan Kreatif.

                Hasil Pembelajaran ku yang pertama dan mesin Jahit Serbaguna Idaman Setiap Wanita.  
                                            


Dunia Seni jahitan Kreatif adalah sangat-sangat menarik dan bila saya berjumpa dengan tuan empunya blog iaitu http://khairunnisahamzahara.blogspot.com terus saya mendaftarkan diri mengikuti kelas Asas Membina Blog kerana saya berharap dengan blog yang baru dicipta ini saya dapat berkongsi pengalaman, idea dan pendapat untuk mengembangkan ilmu Seni Jahitan Kreatif.

Semoga Ilmu pengetahuan tentang Seni Jahitan Kreatif menjadi lebih luas kerana Semua orang boleh melahirkan kreativiti melalui bidang jahitan. Semua orang boleh menjahit.

Selamat datang ke Dunia Seni Jahitan Kreatif.

Jumpa lagi di entri yang akan datang yang lebih menarik, tertarik dan kau memang the BOMM!!! :-)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...