Wednesday 12 February 2014

NANTIKAN BLOG YANG BARU


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah, apa yang berlaku hari ini adalah kerana Mu.

Insyaallah sedikit masa lagi saya akan menghasilkan blog-blog baru yang bersesuaian dengan tajuknya. Maaf ye pada semua pembaca blog  Dunia Seni Jahitan Kreatif kerana blog ini sudah tidak focus pada tajuknya. Kerana kesibukkan untuk mengupdate blog menyebabkan saya penuhkan semuanya dalam satu blog.

Jangan ambil hati dan kecil hati ye rajin-rajinlah kesini. Sebenarnya banyak sungguh tips dan tutorial yang saya mahu kongsikan akan tetapi oleh kerana handphone yang saya ada ini sangat limited penggunaannya jadi gambar-gambar yang mahu saya kongsikan sangat terbatas.Tetapi jangan risau kerana saya akan kembali dengan blog yang lebih segar dan FOCUS.

Doakan saya untuk lebih FOCUS dengan apa yang saya buat.

Saya akan bersihkan blog Dunia Jahitan Kreatif untuk lebih FOCUS pada Jahitan. Insyaallah.

<<Seronoknya Menjahit>>



Friday 7 February 2014

BAJU APA NI ?? CAM TAK JADI JER.. CAM LAIN JER..



Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah rezeki yang datang tu mencurah-curah. Nak atau tak nak jekan. Sebenarnya process menjahit mengambil masa sehari  ke dua hari sahaja tetapi oleh kerana ramai tentera (anak-anak) yang nak tolong sama jadi berlarutanlah sampai berminggu-minggu. Bukan bermaksud sudah terkena penyakit 'M' ye (senyum).

Akhirnya siap juga baju anak adik angkat saya. Kesian dia tunggu lama. Maaf ye Azuraimi dan Anita. Secara jujurnya ini pertama kali saya terima tempahan baju uniform sekolah tadika lelaki yang bertulang leher baju melayu. Oh! Tidak! . Jadi bahan kajianlah baju nikan nak ukur sejauh mana kehebatan ilmu jahitan ku.

Setelah process memotong menjahit yang asyik buka jahit je. Alhamdulillah akhirnya penyiksaan tu berakhir jua. Sebenarnya banyak ilmu baru dalam jahitan yang saya perolehi.


Nilah baju contohnya (Tetapi dh dibawa balik)



Nilah yang saya Jahitkan. Sama ke tak sama. Leher terlebih besarkan.

P/S: Pada Azuraimi dan Anita halalkan ye yang terkurang tu. Kalau rasa-rasa tak puas hati sila hantar balik untuk di oter ye. (Senyum)

<< Seronoknya menjahit>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...