Wednesday 4 December 2013

Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk!

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,


Sekitar Bandar Kuantan kelihatan tenggelam (carian google).



Jalan raya kesan banjir. (carian google)



Terima Kasih pada pasukan penyelamat dan sukarelawan yang tak putus asa membantu. (carian google)


Tempat letak kereta Zenith hotel. (carian google)



Walau di mana kita berada, berdoalah untuk mereka yang di dalam kesusahan dan jika ada kemampuan segeralah menghulurkan bantuan. Kenapa saya memilih kuantan kerana keluarga dan kawan-kawan ramai di sana. Semoga mereka berada didalam keadaan yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah keluargaku di sana selamat ditempat yang tinggi.

Kesiannya kerana ada di antara mereka terpaksa meninggalkan rumah sehelai sepinggang ke tempat perlindungan sementara. Sudahlah hujan, air tiada, elektrik di potong sementara dan yang paling sedih tempat mereka kekurangan bekalan makanan, tilam, selimut dan pakaian. Kesian juga buat orang-orang tua yang sedang uzur, bayi-bayi yang baru mengenal dunia, kanak-kanak dan ibu-ibu yang sedang sarat mengandung. Ya Allah, semoga mereka tabah menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka.

Kuantan memang salah satu tempat yang biasa dilanda banjir di kala musim hujan tiba cuma kali ini adalah yang paling teruk di alami mereka kerana 50% kuantan di tenggelami air. Kenderaan yang tenggelam menandakan tingginya paras air. 

Musibah Untuk Iktibar

Apa pun yang berlaku dan dimana kejadian itu berlaku, Janganlah kita menunding jari kepada sesiapa tetapi ambillah kejadian itu sebagai satu musibah untuk di jadikan iktibar kita bersama. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku datangnya dari Pencipta untuk peringatan kita bersama.

Didalam musibah ini kita perlu membuat persediaan awal sewajarnya untuk menghadapi musibah ini agar segala perkhidmatan dan bantuan akan berjalan dengan lancar. Projek-projek yang sepatutnya dapat mengurangkan kesan bencana patut di dahulukan, bukannya pembangunan yang hanya memusnahkan alam semulajadi. Memanglah hukum Allah itu kita tidak mampu menghalangnya namun kita mampu mengurangkan kesan akibat darinya andai kita berusaha dan merancang dengan baik.

Semoga musibah yang melanda ini wajar dijadikan iktibar. Banjir yang menenggelamkan Bandar Kuantan ini sepatutnya menjadi pengajaran terakhir agar tiada lagi masalah sepertinya berlaku. 

Bersamalah kita doakan agar keadaan segera pulih. Doakan juga keselamatan dan berikan kekuatan dan kesabaran kepada semua mangsa-mangsa banjir di mana jua terutama di Pantai Timur. Semoga Allah memberi rahmat dan perlindungan kepada mereka semua.


<< seronoknya menjahit >>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...