Tuesday 3 December 2013

POPCORN CAREMAL DIRUMAH BERSAMA ANAK-ANAK

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bila anak-anak dah membesar permintaan memang tinggi. Nak makan macam-macam. Hari-hari saya kat rumah kena fikirkan apa menu terbaik untuk anak-anak. Sebenarnya kakak alya minta di buat cekodok kentang, tapi bila saya ke dapur terjumpa pula dengan bertih jagung. Jadi terus terlintas difikiran nak buat popcorn. Kak Alya juga tidak membantah. Jom masak popcorn dirumah.



POPCORN yang sudah siap.


Bahan-bahanya:

POPCORN

1) Bertih jagung (segenggam)
2) Margerin/minyak masak
3) Kuali bertutup

CAREMAL

1) Gula pasir (ikut manis yang diingini)
2) 1 sudu Gula Merah (kalau sukakan warna gelap tak letak pun tak mengapa)
3) Sedikit garam
4) Butter/Margerin (bagi wangi)



Minyak masak, Bertih popcorn dan gula merah



Butter cup



Gula pasir



Periuk bertutup



Mula-mula, Masukkan butter/minyak masak dalam kuali dan masukkan bertih jagung. guna apai perlahan dan tutup periuk tunggu sehingga tiada lagi bunyi "PoP". 



Inilah hasilnya segenggam bertih jagung penuh seperiuk.



Kemudian, masak caremal di periuk yang lain, masukkan gula pasir mengikut kemanisan yang kita mahu, butter/margerin, gula merah dan sedikit garam gaul sehingga keperang-perangan dan tutup. jagn sampai hangit nanti jadi pahit. kalau suka popcorn yang penuh disaluti caramel letak gula pasir lebih ye. 



Masukkan bertih jagung yang dah kembang tadi kedalam bekas yang besar supaya senang nak menggaul. Kemudian masukkan caremal dan kacau. Siap.



Segenggam bertih jagung dapat satu bekas dalam gambar ni.

Selamat mencuba. Home Made.

<<Seronoknya menjahit>>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...