Friday, 6 December 2013

DIY RUMAH PERMAINAN ANAK-ANAK

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anak adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Saya sangat-sangat bersyukur di kurniakan 3 orang cahaya mata yang sentiasa menyinari kehidupan kita yang kosong dengan telatah mereka. Walau pun stress dan keletihan untuk cuba memenuhi permintaan mereka tetapi ianya amat memuaskan.

Minggu ini Kakak Alya minta di belikan rumah princess, alasannya dia tak pernah dapat rumah princess. Mulanya rasa macam berat juga permintaan Kak Alya tetapi sebagai seorang ibu saya cuba yang terbaik dengan mengajak dia bersama-sama membuat rumah princess.

Idea yang mula-mula memang nak bina rumah princess tetapi memandangkan Kak Alya dan Kak Ayra dah pilih rumah masing-masing jadi kena ubah rancangan. Dari rumah princess ke Villa Alya dan Villa Ayra.

Jom lihat apa yang terjadi.


Rumah Villa permainan anak-anak. Yang warna merah jambu Kak Alya punya dan yang warna biru Kak Ayra punya.



Bahan-bahan yang diperlukan.



Villa Kak Alya.



Villa Kak Ayra.




Pemandangan dari atas. Kolam renang bentuk rama-rama.




Pandangan atas. Kolam renang  bentuk ikan.

Mama Kak Alya dan Kak Ayra dah tidak ada idea nak tambah apa lagi sebab Adeeb sudah bangun dari tido. Nanti-nanti kita fikirkan lagi ye Kakak. Mama sayang semua.

<< Seronoknya Menjahit>>







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...