Tuesday 31 December 2013

DAFTAR RAKAN NIAGA AKADEMI

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, Akademi Bekerja Di Rumah telah membuka peluang secara besar-besaran kepada semua yang berminat untuk menambah pendapatan dan menjana wang tambahan dengan menjadi "Rakan Niaga" Akademi Bekerja Di Rumah.

Pendaftaran dibuka khusus buat suri/sura rumah yang serius mahu bekerja dari rumah, suri bekerjaya yang mahu memulakan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa.


APAKAH TUGAS SEBAGAI RAKAN NIAGA?

Rakan Niaga bertugas sebagai Pengurus Online dan mempromosikan produk-produk utama Akademi Bekerja Di Rumah. Mudahnya, kerja-kerja pengurusan dan jualan hanya perlu dijalankan di rumah atau di mana saja asalkan di hadapan talian internet tanpa perlu keluar rumah dan tanpa perlu pos produk. Apa yang anda perlukan hanyalahtelefon bimbit atau laptop beserta talian internet. Semuanya hanya di hujung jari anda.

APAKAH PRODUK DAN PERKHIDMATAN AKADEMI?

Di Akademi kami menyediakan beberapa produk digital dan perkhidmatan digital seperti berikut:
1. E-Book dan Pakej Ebook
2. Tapak Iklan dan Pakej Pengiklanan
3. Kelas Online dan Pakej Kelas 
Untuk mengetahui produk dan perkhidmatannya dari masa ke semasa, kalian akan di serap masuk ke dalam laman rakan niaga di mana info terkini akan diberikan di sana.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI RAKAN NIAGA?

1. Setiap yang berminat untuk menjadi rakan niaga perlu mendaftar keahlian terlebih dahulu.
2. Kemudian perlu menyediakan blog seperti yang telah di standardkan oleh Akademi dengan tambahan pengkhususan blog masing-masing. (ia akan ditunjukkan langkah demi langkah oleh pengurus akademi secara online mengikut fleksibel masa anda sendiri)
3. Seterusnya blog yang telah mencapai standard diperlukan memasang tabs page utama yang memperkenalkan dan memperomosikan pakej akademi seperti ebook digital, kelas online, dan tapak pengiklanan alam maya di Soho Directory. 
4. Seterusnya langkah demi langkah akan diberikan apabila mula mendapat pelanggan.

APAKAH KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA?

Dapat menambah pendapatan dengan menjual produk dan perkhidmatan digital secara online sahaja. Tidak memenatkan atau memerlukan kos lain seperti masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjalankan promosi atau jualan. Semuanya boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana dengan menggunakan komputer, internet dan gadget pintar yang lain.

BERAPAKAH BAYARAN PENDAFTARAN?

RM300 sahaja!!
Pakej Pendaftaran Rakan Niaga :-
  1. Bonus 4 buah Ebook - Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Wahm Sahm Soho, Ebook mula bisnes butik online/offline dan Ebook 101 idea home based bisnes.
  1. Bonus Pakej Pengiklanan produk dan perkhidmatan masing-masing di Soho Directory
  1. Di serap masuk dalam laman rakan niaga dan group sokongan rakan niaga.

BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA?
Untuk sertai, hubungi saya di:
Email : norhayati.shahadan@gmail.com
FB Official : Yati Shahadan
SMS WHATSAPP PM : 0129682967 atau tinggalkan komen di bawah.

Untuk mereka yang teruja untuk mengetahui lebih lanjut saya ucapkan SELAMAT DATANG dan JOM DAFTAR RAKAN NIAGA!





PAKEJ KELAS ASAS BLOG

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anda ingin mempunyai blog sendiri namun tidak tahu caranya?
Anda ingin mempunyai perniagaan anda sendiri tanpa perlu buka kedai fizikal?
Anda ingin berniaga namun tidak punya modal dan produk?
Anda mempunyai blog sendiri namun ingin menukarkannya menjadi pendapatan sampingan?
Atau anda minat menulis dan berkarya tetapi tidak tahu cara menyalurkannya?


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
 
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari
 


MENGAPA PERLU ADA BLOG?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.



BAGAIMANA KELAS DIJALANKAN?

-Kelas adalah secara online 100%! 
1. Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca 
2. Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku. 
3. Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.


Bagi anda yang masih tertanya-tanya apa itu blogging dan apa manfaatnya pada diri anda, jom baca di sini. Antara pakej-pakej yang berbaloi untuk anda sertai seperti di bawah:
Pilih Yuran 1
Yuran Pakej 1 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Percuma 1 E-Book
atau
Pilih Yuran 2
Yuran Pakej 2 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma 3 E-Book
atau
Pilih Yuran 3
Yuran Pakej 3 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma 4 E-Book
atau
Pilih Yuran 4
Yuran Pakej 4 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma E-Book, Penulisan Novel dan 2 Novel/Cerpen


CARA MENDAFTAR KE KELAS ASAS BLOG

1. Pilih Kelas 1 atau 2 

dan

2. Pilih Yuran 1, Yuran 2, Yuran 3, atau Yuran 4. 
Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  


Untuk masuk kelas boleh daftar di sini:  
atau pm/sms/whatsapp saya Hayati (012-9682967)


atau emel ke norhayati.shahadan@gmail.com


atau pm saya di FB Yati Shahadan
atau tinggalkan komen anda di bawah
  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!


<<Seronoknya Menjahit>>

Hayati Shahadan
Pembantu Kelas Asas Blog
Klang, Selangor.

PROJECT BAJU KURUNG RIAU

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Project ini adalah sambungan dari entri baju kurung riau @ puplum. Dari baju kurung Riau menjadi baju kurung purplum dan apa pula kisahnya dengan kain yang satu lagi. Jom layan gambar di bawah:


Kain yang belum di potong dan belum dijahit.



Tada. Alhamdulillah, menjadi baju kurung riau. 



Sepasang baju kurung riau dan kain susun tepi untuk kakak iapr ku tersayang. 

Terima Kasih buat kakak iparku kerana memberi kepercayaan untuk mengerjakan kain kepada sepasang baju.

<<Seronoknya Menjahit>>





DRESS ANAK PEREMPUAN

Teks: Hayati Shahadan.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Sejujurnya, semasa membuat pola saya hanya membuat lakaran untuk basic sahaja. Tetapi setelah di touch up dengan idea bayangan hentaman terhasillah dress anak-anak dari hasil hentam asal jadi.

Jom cuci mata.


Gambar bahagian hadapan.



Gambar bahagian belakang berzip.

<<Seronoknya Menjahit>>

PROJECT BLOUSE

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari-hari biasanya ada sahaja idea yang datang untuk menjadikan saya lebih mahir dan mengasah seni jahitan kreatif saya supaya lebih kemas dan berkualiti.

Hari ini saya mahu tunjukkan project blouse hasil tangan saya yang pertama untuk diri sendiri.


Blouse yang sudah siap.



Leher yang berkedut dan zip didepan untuk memudahkan penyusuan anak.



Tangan bergetah.

Alhamdulillah walaupun baru pertama kali membuatnya dengan cara mengikut ukuran badan sendiri tetapi hasilnya sangat cantik. 

<<Seronoknya Menjahit>>

AZAM TAHUN BARU 2014

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Carian google

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu di hari pertama tahun baru. Setiap orang ada azam yang sudah pun dicapai dan sudah mula membentuk suatu azam yang baru. Bagi sesiapa yang azamnya tidak tercapai pada tahun 2013 mudah-mudahan tahun 2014 ini akan tercapai.

Saya juga tidak ketinggalan, mungkin azam tahun 2013 tidak dapat dicapai sepenuhnya tetapi tahun 2013 akan sentiasa di kenang kerana banyak perkara yang berlaku tidak ada dalam perancangan. Memiliki blog juga adalah satu perkara yang tidak pernah di rancang. Keseronokkan mempunyai blog adalah salah satu terapi yang paling berkesan untuk meluahkan perasaan dan belajar menjadi seorang yang penyabar, berdisiplin, dan berilmu di dalam penulisan dengan penggunaan ayat-ayat penyampai yang betul dan berguru.

Sejujurnya sebelum ini saya bukanlah seorang penulis dan sangat sukar bagi saya menjadi penulis. Blog yang saya inginkan suatu ketika dahulu adalah untuk melebarkan sayap perniagaan. Saya juga berpendapat dengan membayar yuran, pembelajaran saya akan berakhir setelah selesai pembelajaran saya. Tetapi saya silap, rupanya banyak sangat kelebihannya dan bukan sekadar berada di kelas malah lebih dari itu.

Saya menjadi lebih yakin untuk menulis. Rupanya blog yang saya miliki bukan hanya untuk berniaga malah ia tempat untuk mencurahkan ilmu dan menimba ilmu. Selain dari itu, sebagai graduan kelas saya juga telah diserapkan ke dalam Facebook Penulis Bebas dan Usahawan Online dan Akademi bekerja dari rumah.

Alhamdulillah saya telah berada di antara jaringan penulis blog dan usahawan online seramai 300 orang yang berada diseluruh negara. Walaupaun kami tidak pernah bersua muka, tetapi kami bagaikan sebuah keluarga besar. Kami saling berkongsi ilmu dan kepakaran dan bersama-sama menyumbang sesuatu demi keutuhan akademi. Masing-masing membantu dalam meningkatkan mutu blog dan taraf hidup.

Percaya atau tidak blog yang baru beberapa bulan wujud ini sudah mempunyai ribuan pembaca. Dengan ukhwah dan semangat saling membantu ini, saya yakin dan terus bersemangat untuk terus berusaha memanjukan diri saya sendiri untuk melangkah lebih jauh dan berjaya menjadi pembaca dan penulis yang berilmu dunia dan akhirat.

Mulakan tahun 2014 anda dengan satu langkah. Insyaallah kita akan memperolehi faedah yang berpanjangan. Akademi sudah menunggu, jaringan rakan dan potensi pelanggan sudah ada, guru-guru sudah tidak sabar mencurahkan ilmu, rakan-rakan sudah bersedia membantu, Tinggal kita sahaja yang perlu mengatur satu langkah kehadapan untuk maju. Pasangkan niat dan tetapkan hati untuk pergi lebih jauh.


                                  

Carian google.






Sunday 22 December 2013

Malam Gema Cinta Rasul! Shah Alam Berselawat 2013 bersama anak-anak.



Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah swt & Berterima kasih kepada suami tercinta yang berbesar hati membawa anak-anak bersama-sama memeriahkan malam gema cinta rasul di Shah Alam. Percaya atau tidak sebenarnya semenjak berkahwin kami memang tidak pernah menghadiri dan membawa anak-anak ke majlis-majlis seperti ini. 

Mulanya memang rasa kekok dan rasa seperti mahu berputus asa untuk terus bertahan di dalam dewan itu dengan kerenah anak-anak yang tak reti duduk diam, tetapi semuanya dengan izin Allah, mama boleh bertahan melayan kerenah puteri- puteri dan putera mama. Semuanya dengan izin dari Allah. Terima Kasih Ya Allah. Insyaallah, ini adalah permulaan kami sekeluarga untuk menghadiri majlis-majlis sebegini.

Majlis ini mengajak kita percaya akan prinsip- Untuk kaya dunia dan akhirat, kita perlu mulakan dengan "memberi" kerana mereka yang boleh memberi walaupun sedikit, mereka adalah "kaya" dan tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. More u give, more u get. Jika kita cintakan Rasulullah saw, kita pasti mahu menjadikan baginda sebagai inspirasi antaranya dengan memberikan sumbangan dan sedekah. Semoga setiap sumbangan kita akan memberikan kita keberkatan hidup, kewangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. 


Poster dari FB AlumniDrAzizan


Gambar sekitar majlis dari FB AlumniDrAzizan



Gambar anak-anak



Sedang menusun saff untuk solat maghrib berjemaah.



Anak-anak berlari-lari tetapi dalam setengah jam selepas itu dah penuh dengan orang.



Anak-anak memilih tempat duduk.



Bermain lagi.



Anak-anak lagi.



Gambaran dari tingkat atas sebelah kiri.

Gambar-gambar yang saya tangkap sendiri itu sebelum stadium dipenuhi ramai tetamu Allah. Kebetulan kena menjaga 3 orang anak sendirian jadi memang tak ada masa nak ambil gambar.

Alhamdulillah semuanya dengan izin dari Allah.

<<Seronoknya Menjahit>>




Friday 20 December 2013

CARA MENJAHIT ZIP KAIN SUSUN TEPI


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak tunjukkan cara memasang zip kain susun tepi versi MAMAYATY.


Mulakan dengan mengukur zip di kain yang siap disusun.



Jahit mati untuk menguatkan jahitan bila zip dimasukkan.



Pinkan zip dengan jarum sebelum jahit.



Tukar tapak dengan tapak zip dan mulakan menjahit zip bermula dari atas susunan kain.



Kemudian matikan jahitan di hujung zip untuk lebih tahan lasak.



Zip yang sudah siap di jahit.



Gambaran jahitan hujung zip. Siap.

Selamat mencuba.


<<Seronoknya Menjahit>>


CARA MEMASANG GETAH PINGGANG KAIN SUSUN TEPI

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kebetulan semalam tengah menyiapkan baju kurung riau jadi di kesempatan ini saya nak tunjukkan cara-cara memasang getah pada kain susun tepi.



Getah pinggang yang sudah siap di jahit.




Gunting lebihan kain susun tepi untuk menipiskan jahitan sebelum dilipat untuk sambungan getah.




Gambaran kain susun yang dipotong supaya lebih jelas.



Mulakan dengan mematikan jahitan di hujung kedua-dua sambungan pinggang.



Rupanya macam gambar ini untuk sebelah kiri.



Dan gambar ini untuk sebelah kanan. 



Balut hujung getah @ kain keras yang di sambung pada getah untuk diletakkan cangkuk.




Kemudian jahit sambungan kain. Elakkan terjahit getah.




Gambarnya seperti ini. Jika mahu lebih kemas masukkan kain kedalam lipatan dan gunakan tapak zip.



Setelah siap sambungan sehingga habis. Tukarkan saiz jarak jahitan kepada yang lebih besar untuk jahitan tengah getah supaya getah tidak bergerak-gerak.



Mulakan jahitan di tengah dan di luar getah pinggang .



Pandangan di luar setelah siap dijahit.



Pandangan dalam setelah siap dijahit.

Selamat mencuba.

<<Seronoknya Menjahit>>

Thursday 19 December 2013

KEMALANGAN YANG TAK DI SANGKA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja walau pun kita sentiasa berjaga-jaga. Mungkin juga Tuhan nak menguji tahap kesabaran kita. Atau mungkin juga tandanya Tuhan mahu kita meluangkan lebih masa bersama anak-anak.

Semalam berderau darahku saat anak ku yang paling kecil terhantuk kepalanya di slingding door. Pada mulanya anak-anak ku bermain kejar kejar sesama sendiri dan bergelak ketawa menandakan mereka sangat gembira.

Sebetulnya saya sudah beberapa kali memesan anak-anak supaya menjauhi slingding door. Tetapi kerana tidak bersungguh-sungguh dalam teguran akhirnya salah seorang anak saya melanggar dengan kuat slingding door dan sekelip mata ianya retak. Alhamdulillah, Tuhan melindungi anak-anakku dari luka yang parah. Tetapi luka tetap luka dan masih boleh di ubati.


Keadaan Slingding Door yang retak.



Keadaan anak saya yang luka.


Pengajaranya, Saya perlu lebih memberi perhatian kepada anak-anak.

<<Seronoknya Menjahit>>

SETEMKU semperna Ulang tahun hari lahir

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah aku sangat bersyukur dan terima kasih Ya Allah kerana aku masih lagi berada di dunia ini untuk menebus dosa-dosa yang pernah aku perbuat. Permudahkanlah urusanku didunia ini Ya Allah untuk aku bawa amalan-amalanku nanti.

Semperna hari jadiku yang ke-29 tahun, Makcikku menghadiahkan SETEMKU terima kasih sangat-sangat.

Pada sesiapa yang berminat boleh klik link ini SETEMKU.



SETEMKU



Lagi gambar SETEMKU.


"SetemKu" boleh didapati dalam 10 reka bentuk eksklusif dan ia membolehkan seseorang individu memperingati acara-acara khas seperti:
  • Perkahwinan
  • Ulangtahun
  • Pertunangan
  • Hari Ibu
  • Alumni
  • Hari Jadi
  • Hari Bapa
  • Hari Memperingati Kasih Sayang (Hari Valentine)
  • Pengumuman khas seperti kelahiran bayi baru
  • Lain-lain


<<Seronoknya Menjahit>>


Baju Kurung Riau @ Purplum?

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya saya bukanlah pakar menjahit baju tetapi adalah sedikit bakat yang telah diasah semasa remaja dulu oleh ibu saya.

Kebetulan kakak Ipar saya memberi peluang kepada saya jahitkan sepasang baju kurung riau. Pada mulanya saya rasa agak keberatan kerana saya kurang yakin boleh menjahit dengan sempurna.

Saya mulakan dengan memotong dan menjahit sepasang baju mengikut ukuran kakak ipar saya supaya saya yakin untuk menjahit.

Jom lihat hasil jahitan yang pertama saya.


Kain sebelum dipotong.



Kain yang sudah siap dijahit. (sebenarnya nak buat kain puplum tetapi tak cukup kain jadi susun-susun je)



Baju Kurung Riau @ Puplum. (bila kakak ipar pakai jadi macam baju puplum pula)



Baju dan Kain Sepasang.




Kain Sebenarnya yang kakak ipar saya hantar.

Tunggu entry project seterusnya menjadi atau pun tidak ye baju kurung Riau ni.

<<Seronoknya Menjahit>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...