Friday 30 August 2013

DENGAN RASMINYA KEDAI DI BUKA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. semuanya dengan izin dari Allah.. Secara Rasminya Kedai HAYATI SHAHADAN ENTERPRISE di buka .. Baru permulaan jadi barang mestilah tak bayak lagi kan.. Jom menjengah kt FB Hayati Shahadan ( https://www.facebook.com/hayati.shahadan.5 )..

IT'S NOW..




..DAH SAMPAI..


.. HANGER TUDUNG 17 CLIPS ..


..JOM BERTUKAR AGAR LEBIH KEMAS DAN AWING TAK ROSAK..





JGAN LEPASK AN PELUANG..JOM ODER.. HUBUNGI.. 

HAYATI SHAHADAN ENTERPRISE
NO. 6A JLN KIAI KHUSAIRI 15/KS3,
TAMAN ANIKA BARU, JLN HASSAN,
41250 KLANG, SELANGOR.

HP NO: 012 9682 967 (Call,WhatsApp @ SMS)
FB: Hayati Shahadan ( http://www.facebook.com/hayati.shahadan.5 )




DUIT RAYA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bulan Syawal adalah bulan yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak.. Sudah menjadi lumrah dan amalan memperkukuhkan hubungan yang mana orang dewasa akan menghulurkan duit raya kepada anak-anak yang masih lagi kecil dan bersekolah.. Anak- anak ku juga begitu.. seronok sangat mengira duit raya..

Jom layan gambar-gambar ni..

ALYA & AYRA mengeluarkan duit dari sampul..


ADEEB pun tak nak ketinggalan.. ermm banyaknyer..


TERIMA KASIH TAK TERHINGGA atas duit raya yang di hulurkan.. :-)

Wednesday 28 August 2013

JOM DAFTAR SYARIKAT SENDIRI

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semuanya dengan izin Allah.. sememangnya sebelum ini saya berhasrat membuka syarikat persendirian untuk berniaga kecil-kecilan, tetapi memang tak sangka ianya secepat ini.. Alhamdulillah..

Hari ini selesai sudah urusan mendaftar syarikat di SSM. Saya buat dekat Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Amat mudah dan senang. List yang perlu di bawa masa mendaftar :-

1) I/C original (pemilik)
2) I/C copy (pemilik)
3) Duit
4) Pen (untuk mengisi borang)

Ambil borang pendaftaran di kaunter hadapan, isi nama, alamat, no. tel dan yang penting nama syarikat yang nak di guna pakai. Kita mesti buat beberapa pilihan nama untuk mengelak nama yang kita pilih di tolak. Tak lupa juga jenis perniagaan yang nak di usahakan.. Kalau boleh listkan banyak-banyak supaya kita ada banyak pilihan kerana jika nak tambah setelah lesen dikeluarkan akan dikenakan bayaran tambahan. Kemudian ambil nombor giliran dan tunggu untuk membuat bayaran.

Alhamdulillah, saya sudah dapat.. anda bila lagi.. jom mendaftar..


Monday 26 August 2013

JAHITAN ASAS

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Menjahit memerlukan kita mengetahui mata jahitan asas. Pada asasnya, terdapat tujuh jahitan asas yang perlu di ketahui. Dengan penguasaan tersebut, InsyaAllah anda mampu menjadi tukang jahit yang berbakat. Jom kenali jahitan-jahitan asas tersebut: -


 1. Jahitan Kia


  • Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
  • Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.
  • Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.
  • Berikut adalah langkah jahitan kia:



  • Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum pada A dan keluarkan  jarum pada B dengan jarak  1 mm hingga 2 mm.




  • Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.


  • Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A.


  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.


2. Jelujur Halus

  • Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.
  • Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.
  • Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:


  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.


  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


3. Jahitan Sembat

  • Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.
  • Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
  • Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.
  • Berikut adalah langkah jahitan sembat:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30°.


  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


4. Jahitan Lilit Kemas

  • Digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lilit kemas:


  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebela luar fabrik dan tarik jarum ke arah penjahit.
  • Jahit sehingga siap – matikan dengan jahitan kia.


5. Jahitan Lubang Butang

  • Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:

  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.
  • Tarik benang dan susup di bawah jarum.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


6. Jahitan Silang Pangkah

  • Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.
  • Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:


  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan jahitan kia.
  • Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.


  • Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
  • Matikan dengan jahitan kia.


7. Jahitan Insang Pari

  • Jahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.
  • Berikut adalah langkah jahitan insang pari:


  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.
  • Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
  • Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.


  • Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

Mari kita sama-sama memperaktikkan jahitan asas ini dalam kehidupan seharian.. tanpa mesin jahit pun boleh..

BERBLOG UNTUK MENAMBAH ILMU..

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Setiap hari pasti ada sahaja kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian untuk di ceritakan dan di kongsi bersama rakan-rakan dan orang-orang di sekeliling.. Ianya datang dalam bentuk yang berbeza-beza.. mungkin cerita itu boleh di jadikan contoh dalam menyelesaikan masalah, memberi nasihat, memberi ilmu dan dalam masa yang sama boleh membina landasan pendapatan sampingan..

Asalnya saya sendiri tidak pandai berblogging.. Tetapi saya suka membaca blog-blog perkongsian ilmu dan nasihat untuk membantu saya menyelesaikan masalah yang datang dalam kehidupan.. Walaupun masalah berbeza tetapi ia mendatangkan inspirasi yang lebih kurang sama untuk mengatasinya..

Bila kita bekerja, masa untuk keluarga sangat-sangat terbatas.. Antara Suami , Anak-anak dan Kerjaya memang mencabar kita untuk menguruskannya.. Mempunyai anak-anak kecil yang memerlukan lebih perhatian membuat saya terfikir sampai bila saya harus begini.. Pada mulanya saya terjumpa dengan blog mentor saya http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/blog-page_5160.html yang menawarkan pakej Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis. Dari situ saya terfikir untuk membuat blog yang boleh di jadikan tempat berniaga online dan boleh meneruskan rancangan saya untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa di sisi suami dan anak-anak sambil berniaga online.. Tetapi bila saya mengenali mentor saya yang juga di kenali sebagai Nisa Nua @  https://www.facebook.com/nisanua?fref=ts di laman FaceBook membuat saya terfikir panjang.. Rupa-rupanya berblogging bukan hanya untuk berniaga tapi lebih kepada perkongsian pendapat, nasihat, peringatan dan ilmu yang tidak akan putus sampai bila-bila..

Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Kebetuan yang tak disengajakan kerana terlalu banyak halangan yang saya kena lalui dan tempuhi setelah saya mendaftar ke Kelas Belajar Asas Membuat Blog yang mana anak-anak saya deman campak seorang demi seorang dan majikan yang tidak memahami membuat saya seolah-olah ingin berputus asa untuk meneruskan blog ini, tetapi saya amat bertuah kerana Mentor Nisa Nua memberi saya peluang yang luas dan menerima serta membimbing saya untuk terus berblogging mengikut masa dan keselesaan saya. Terima Kasih..



Saya memang seorang yang suka membaca tetapi tidak pandai menulis membuatkan saya seronok berguru untuk belajar menulis agar coretan yang di hasilkan bermanfaat dan berguna. Harapan saya agar saya lebih matang dalam penulisan dan dapat berkongsi banyak ilmu pengetahuan tentang Dunia Seni Jahitan Kreatif..




Sunday 25 August 2013

JAHITAN BUKAN SEKADAR HOBI

Teks: Hayati Shahadan
Assalamualaikum..
Di dalam kehidupan seharian kita di kelilingi dengan pelbagai barangan yang perlu di jahit sebelum di pakai atau di jadikan barangan hiasan. Bukan hanya mencipta barangan yang baru sahaja malah bila pandai menjahit kita boleh menampal apa sahaja yang rosak.. Untungnya pada sesiapa yang pandai menjahitkan.. Ia juga boleh di jadikan Hobi dan pendapatan sambilan.. Yelah kan tiap-tiap kali nak raya kita mesti susah hati nak cari orang yang boleh menjahit baju raya, langsir raya dan barangan untuk menyambut Raya. Bukan sekadar jimat bila pandai menjahit sendiri malah banyak pendapatan yang boleh di dapati dari situ.
SENI JAHITAN boleh dijadikan sebagai sumber utama ataupun sumber sampingan untuk korang kalau ianya dilakukan dengan cara yang betul. Menurut Pengasas Urusan Pusat Latihan Kraftangan Epal, seni jahitan amat unik terutama bila ia melibatkan seni jahitan kreatif kerana ia tidak tertumpu kepada satu produk sahaja.Epal yang bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang seni jahitan yang menawarkan pelbagai jenis kaedah jahitan secara kreatif menggunakan mesin jahit computer  memberikan pelbagai kursus untuk korang yang berminat. Dari situ korang bolehlah gunakan seni jahitan dengan betul…
Dengan adanya kursus sebegini, ia mendedahkan bukan hanya kepada satu bidang sahaja, tetapi meliputi bidang yang lain juga. 
Pusat Latihan Epal ni juga menyediakan mereka yang pakar dalam bidang seni jahitan untuk mengajar pelajar yang menghadiri kursus tersebut .Selain itu, Tujuan mesin ini membantu mempermudahkan cara jahitan. 
Jom layan..
http://www.youtube.com/watch?v=udd8Y2VtSa0 



BAJU MAMA, ALYA & AYRA

PROJECT PERTAMA

Teks: Hayati Shahadan

Salam semua, seminggu berada di rumah menjaga anak yang demam saya cuba menghabiskan project jahitan untuk di paparkan di blog.. dan inilah hasil yang pertama.. selamat menjamu mata.. :-)) .. sangat teruja kerana pertama kali mengambil ukuran, memotong & menjahit sendiri.. seronoknyer.. nak buat lagi...

*Mama Punya*

*Kakak Alya Punya*

*Adik Ayra punya*


Lepas ni nak jahit tudung pula.. nantikan ye di entri PROJECT PERTAMA part 2..

DUGAAN DI BULAN PUASA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua..

Maaf Sangat-sangat jika seminggu ni saya menyepi terus dari dunia blogger. Di permulaan bulan puasa lagi saya di uji dengan bermacam-macam dugaan. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.

Alkisahnya, pada satu Ramadhan di hari saya masuk ke kelas belajar Asas membina Blog dan kebetulan anak sulung saya demam campak, saya pula terpaksa mengambil cuti kecemasan. Antara Empat Anak, Kerjaya, kelas belajar Asas membina Blog & Kelas belajar Seni Jahitan Kreatif. Sangat rasa bersalah pada anak, majikan, Sifu Khairunnisa & diri sendiri untuk melaksanakan semuanya dalam masa seminggu memang memeningkan.

a) Anak (Kakak Alya)

Bila terkena demam campak akan keluarlah ketulan-ketulan yang berair, memang pada masa ini Kakak Alya akan berasa gatal dan tak selesa. Dia akan minta saya sentiasa berada berdekatan dengannya. Nak tido pun tak lena. Kesian dia.

b) Kerjaya

Hari pertama (satu Ramadhan - Rabu) saya sendiri mengambil cuti kecemasan untuk menjaga Kakak Alya yang demam campak. Keesokkan harinya (Khamis) suami pula mengambil cuti dan hari seterusnya (jumaat) saya pula bercuti. Kebetulan pada hari jumaat di Pejabat, memerlukan maklumat pasal kewangan dari saya dan majikan saya meminta saya masuk segera ke pejabat untuk menyelesaikannya. Memang sungguh berat permintaan majikan saya kerana antara anak dan kerjaya. Akhirnya terpaksalah saya pasrah dan membawa anak ke Pejabat. Kesian Kakak Alya (Sepatutnya berehat dirumah). Hari Sabtu dan Ahad demam campak masih menyerang Kakak Alya jadi Hari Isnin terpaksalah mengambil cuti lagi dan juga hari ini (Selasa). Klu esok Kakak Alya tak sihat lagi kenalah sambung cuti dan mungkin terpaksa ambil cuti yang lama tanpa gaji. Dugaan betul.

c) Kelas Belajar Asas Membina Blog

Maaf sangat- sangat pada Sifu Khairunnisa kerana tak dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Masa memang sangat-sangat terbatas antara anak-anak, kerja-kerja rumah yang tak pernah habis dan kerjaya membuat masa yang banyak telah berlalu begitu sahaja. Masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi di facebook dan berblogging juga hilang. Rasanya perancangan masa mesti di buat untuk terus konsistent dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Insyaallah dalam sehari dua lagi akan diusahakan.

d) Kelas Seni jahitan Kreatif

Hanya pergi pada hari minggu sahaja. Tetapi bulan ramadhan ini benar-benar mencabar. Tak ada masa untuk ke Kekelas memandangkan anak sedang sakit dan kesian juga dekat si sisuami kerana terpaksa menjaga tiga orang anak kecil walhal hari minggu adalah hari untuk berehat. Maafkan mama ye papa.

Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hambamu ini untuk menghadapi dugaan yang kau berikan ini dan permudahkanlah segalanya Ya Allah.. Amin..













TUTORIAL

TUDUNG BUDAK

Teks: Hayati Shahadan

Hari ni saya nak tunjuk tutorial buat tudung berawing ye..

Bahan - bahannya..

1) Pola tudung berawing (Boleh jadikan tudung yang ada sebagai contoh)
2) Kain
3) Kain Keras bergam (Khas untuk Awing tudung)

Kalau tak faham boleh lihat gambar di bawah ye..


Cara - caranya :

1) Tekapkan pola di atas kain dan lekatkan kain keras bergam, ia akan kelihatan seperti gambar di bawah



2) Jahit Kain Keras Bergam dengan kain di kedua-dua belah.


3) Kemudian, Lipat kain bentukkan seperti di half moon


4) Sambungkan Awing tadi dengan badan Kain tudung



5) Tada.. Dah siap pun..


Modelku.. hehe..




Selamat mencuba..

Tips: Tudung berawing akan kelihatan lebih cantik di pakai bila awing berada selari dengan tulang pipi..

P/S : Jika nak tahu dengan lebih lanjut sila PM saya ye.. jangan segan-segan..

Jumpa lagi dengan project yang lain pula ya..

SENI JAHITAN KREATIF

Seni Jahitan kreatif TAMPAL dan CANTUM

Teks : Hayati Shahadan

Seni Kreatif TAMPAL DAN CANTUM adalah seni cantuman kepingan-kepingan perca kain untuk menjadi sehelai kain yang besar.

KUILT pula ialah kain yang terhasil daripada cantuman TAMPAL DAN CANTUM yang dilapik dengan polister di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Selalunya gambar pemandangan, haiwan, kanak-kanak, corak geometri atau abstrak dijadikan motif dalam jahitan TAMPAL DAN CANTUM  ini.

Pada masa yang sama, Seni Jahitan Kreatif ini turut menggabungkan pelbagai jenis kain untuk membentuk motif yang menarik.

Pelbagai produk seperti selimut, cadar, sarung bantal, beg, dan pakaian boleh dihasilkan daripada Seni Jahitan Kreatif ini.

Tetapi proses untuk menyiapkannya akan mengambil masa yang lama kerana pembuatannya seperti CANTUM dan TAMPAL bukanlah satu kerja yang mudah.

Bagaimanapun apabila sesuatu produk yang akan dihasilkan siap, pastinya kita akan berpuas hati.


Contoh : Tilam bayi (carian google)


Cadar (carian google)


Alas kaki (carian google)

Beg (carian google)


Hiasan (carian google)


Jumpa lagi di entry yang seterusnya.. :-)

Thursday 22 August 2013

KOLEKSI BUKU-BUKU JAHITAN KREATIF

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum..

Ilmu yang datang bukan dengan hanya duduk bergoyang kaki tetapi perlu di cari.. kerana kemahiran yang ada padaku itu harus di kembangkan, jadi ilmu perlu di cari dengan bahan rujukan..

Antara koleksi buku-buku jahitan yang ada padaku..

Jom Layan..

Sabar jelah terbalik.. :-))

Buku dari PUSAT EPAL

 Ada byk lg..

Buku ni aku beli kat POPULAR.. (Faham hanya dengan melihat gambar)..


Byk PROJECT nk buat ni.. (hiraukan contengan tu ye..)

Seluar dan baju budak

..Beg & Apron.. 

Ada banyak lagi buku dalam simpananku tetapi dah bagi pinjam kat kakak dan adik.. 

Tak Sabar nak memulakan Project ni..

SCARF RAMBUT BUDAK

Teks: Hayati Shahadan

Salam.. sebulan tak pegi kekelas tetapi tetap cuba menyiapkan project-project yang ada..

Jom layan..

Bahan dari PUSAT LATIHAN EPAL KLANG



Tada.. dah siap..


Seperti biasa..Modelku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...