Monday, 2 December 2013

HAKIKAT TUDUNG YANG WAJIB DI FAHAMI

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



google search


Saya bukanlah insan yang sempurna dan masih lagi belajar menutup aurat dengan sempurna (penampilan) dan masih lagi belajar mengawal perlakuan (percakapan dan perbuatan) agar lebih sempurna. Peringatan ini adalah untuk saya supaya lebih beristiqamah dan berkongsi apa yang saya tahu kepada anda diluar sama sebagai panduan supaya lebih yakin dan untuk berubah.

Ramai wanita yang tidak memahami Kenapa dan Mengapa perlunya memakai tudung. Kerana ramai juga wanita bertudung yang kelakuannya tidak mencerminkan luarannya malah ada yang lebih teruk dari wanita-wanita yang tidak bertudung.


Tudung itu hanyalah sehelai kain, tapi hakikat atau makna di sebalik tudung itu sendiri
yang harus kita fahami.

Apakah hakikat tudung?

Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran
kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT. Bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Bila dan bagaimana untuk berubah?

Bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat. Bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang
diinginkan Allah SWT.

Duhai wanita, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahu pun tumbuhan. Ketika tujuh matahari didekatkan diatas kepala kita namun keadaan gelap gelita. Ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang
panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam-macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di Padang Mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai wanita, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat ,Yang Maha Agung, Allah SWT.

<< Seronoknya menjahit>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...