Monday 30 September 2013

ANAK YANG DEMAM

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dua minggu lepas anak ketiga saya Ayra demam panas 'ON' and 'OFF' sahaja. Oleh kerana saya dan suami sangat risau dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang dan pelbagai wabak yang merebak kami membuat keputusan berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Ayra ditahan di hospital selama tiga hari begitu juga diriku :-)..

Cian Ayra kena cucuk..



Jom layan cara mengatasi demam dengan perubatan cara Islam..

Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”
Sejukkannya dengan Air
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)
Membaca Ruqyah
Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:
Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”
“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”
Berpunca daripada Bahang Neraka?
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”
Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.
Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.
Maksud Air
Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’”
Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.
Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulisHilyat al-Auliya dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)
Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.
Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)
Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

KERANA SAYANGKAN KELUARGA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kakak Alya, Ayra dan Adeeb sedang lena di buai mimpi.. Alhamdulillah berjaya juga mama menidurkan ketiga-tiganya dalam masa sejam.. dengan senyuman mama bangun solat, angkat baju, bersihkan diri dan makan tanpa gangguan.. rindunya nak menulis.. dalam kepala banyak sangat perkara yang nak di kongsi dengan semua tetapi masa begitu pendek untuk merangka penulisan dan juga untuk mengupdate blog yang dah nak bersarang ini..

Seorang Suri rumah sepatutnya ada banyak masa terluang.. tetapi tidak bagi seorang suri rumah yang menjaga tiga orang anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian.. Bukan hanya hobi yang tertangguh malah masa untuk diri sendiri juga terbatas.. memang tiada masa dan kesempatan untuk menulis dan berkongsi cerita malah untuk membaca blog-blog ilmu pun tak sempat.. begitu juga nak berFB..  Maafkan anak muridmu ye Sifu Nisa @ http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/ @ FB https://www.facebook.com/KhairunnisaHamzahara..

Anak-anak masih lagi lena diulit mimpi.. Kerja rumah pun sudah beres.. ermm, tengah free ni.. on laptop.. buka blog.. apa nak cerita ye hari ini.. dah banyak rasanya ketinggalan.. tak tahu dari mana nak mula.. buka FB https://www.facebook.com/yati.shahadan banyaknya peringatan dari Sifu Nisa tentang tugasan-tugasan yang tidak disiapkan lagi tapi tak tahu di mana mahu mula.. jadi confius..masa terlalu singkat dan bila-bila masa anak-anak akan bangun.. ok.. mulakan dengan create post yang baru kerana dah lama tinggalkan blog.. fikirkan tajuk yang sesuai.. Habis je perenggan pertama Keluarga mertua pula bertandang.. tertangguh lagi.. dalam masa yang sama anak-anak pula bangun.. tertangguh lagi..

Malam ini Keluarga mertua bermalam di rumah kami.. tertangguh lagi.. Sebenarnya bila sudah bergelar suri rumah, suami, anak-anak dan keluarga lebih penting dari segalanya.. saya rasa puas bila saya boleh menjaga keluarga, kebersihan rumah lebih dari segalanya dan berharap akan sentiasa begini.. yang penting "Family First" kerana ianya kebahagiaan yang nyata..


..Anak-anak adalah duniaku..












Tuesday 24 September 2013

CABARAN SEORANG SURI RUMAH

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Memang sebelum ini tidak terfikir yang saya akan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Tetapi saya sangat-sangat bersyukur kerana di kurniakan seorang suami yang lebih suka saya menjadi suri rumah tangga dan menjaga anak-anak sepenuh masa.. Walau pun sebenarnya saya lebih suka bekerja..

Macamlah nilah lebih kurang gambaran untuk diriku cuma perlu tambah..



3 angel ni.. Mama love UOL :-)


Rutin Harian Seorang Suri Rumah memang penuh 7 hari seminggu untuk memasak, mengemas, menyidai baju, melipat baju, menyerika baju, membasuh bilik air, mengemop lantai, memasak, membasuh pinggan mangkuk, layan makan minum suami dan anak-anak dan melayan kerenah ketiga-tiga angel saya yang pelbagai ragam..rest bila anak-anak tido (kalau ketiga-tiganya tido), masa makan dan bila suami di rumah.. penatnya memang terasa dari masa bekerja.. kadang-kadang tidak cukup tido kerana anak-anak meragam malam-malam, tiada masa bersendirian dan buat apa yang di sukai (hobi) akan tetapi kelebihannya dapat menjaga anak sendiri, melayan kerenah anak-anak, cuti bila-bila masa dan boleh buat jadual sendiri mengikut kesesuaian masa dan tak lupa juga pahala yang menunggu kita.. :-)

Walaupun kerja-kerja di rumah boleh ditangguh-tangguh tetapi ia perlu di bereskan secepat mungkin kerana saya seorang yang rimas berada di tempat yang tidak terurus. Mungkin kerana diri ini tidak reti duduk diam jadi memang busy memanjang. Kadang-kadang kesian juga dekat anak-anak.. mama asyik memasak je.. maklumlah kena masak tiga kali sehari.. :-) .. belum lagi kalau mama leka menjahitkan lagi kesian.. :-) .. Mama akan cuba meluangkan lebih masa untuk anak-anak mama ye.. (nampaknya hobi mama kena tangguh dulu buat sementara waktu).. 

Moga apa pun yang saya buat, Allah s.w.t sentiasa memberkati dan merahmati saya sekeluarga dalam mendidik anak-anak dan membina rumah tangga yang bahagia.. 









Monday 9 September 2013

JOM JAHIT CLOTH DIAPER



Teks: Hayati Shahadan

Salam Semua..

Topic hari ini sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil..
Sumber image: Google

Koleksi Cloth Diaper




Gambaran untuk lebih jelas




..Jom memilikinya.. 



Jom kita belajar mengenal material yang biasa digunakan untuk membuat CLOTH DIAPER ye.

CARA PASANG SNAP BUTTON





MATERIAL

1.Snap button / Butang snap plastik

2. Snap tools set / Plier set

3. Fabrik PUL / Fabrik kalis air untuk Cloth Diaper

4.Fabrik microleece / Fabrik lapisan dalam Cloth diaper

5. Fabrik Microfiber / Fabrik penyerap air Coth diaper

6. Ring untuk baby sling ring / Bulatan  Ring untuk buat Baby sling ring

Penerangan pengunaan peralatan


dan..

Anda juga boleh dapatkan bahan kraf anda di sini




Kredit to http://serihati-kraf.blogspot.com/   (Blog rujukan)

ANAK2 DAN ZOO NEGARA

..ZOO NEGARA..

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua..

Menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak adalah saat yang paling seronok.. Cuti hujung minggu lepas kami membawa anak-anak ke ZOO NEGARA.. Walaupun anak-anak kecil mempunyai ragam yang tak terkawal tetapi ia buat kehidupan kami sangat sempurna..

Jom Layan..

Sebahagian binatang yang ada di ZOO NEGARA



Zirafah, Harimau, Burung bangau n gajah..



..Khusyuknyer mereka..



Lagi.. Harimau, Unta, Lembu dan Orang Utan



..Lagi - lagi Khusyuk..



..Jom Rilex..



Terima Kasih buat Suamiku merangkap ayah kepada anak-anakku.. Walaupun terpaksa melayan macam-macam ragam ibu n anak-anak tetapi tetap cool je.. We Love u..


..Luangkanlah masa bersama keluarga selagi kita masih lagi hidup ye.. SENTIASA BERSYUKUR dengan apa yang kita ada..

Thursday 5 September 2013

PROJECT

PROJECT PERTAMA

Teks: Hayati Shahadan

Salam semua, seminggu berada di rumah menjaga anak yang demam saya cuba menghabiskan project jahitan untuk di paparkan di blog.. dan inilah hasil yang pertama.. selamat menjamu mata.. :-)) .. sangat teruja kerana pertama kali mengambil ukuran, memotong & menjahit sendiri.. seronoknyer.. nak buat lagi...

*Mama Punya*

*Kakak Alya Punya*

*Adik Ayra punya*


Lepas ni nak jahit tudung pula.. nantikan ye di entri PROJECT PERTAMA part 2..

TUTORIAL

TUDUNG BUDAK

Teks: Hayati Shahadan

Hari ni saya nak tunjuk tutorial buat tudung berawing ye..

Bahan - bahannya..

1) Pola tudung berawing (Boleh jadikan tudung yang ada sebagai contoh)
2) Kain
3) Kain Keras bergam (Khas untuk Awing tudung)

Kalau tak faham boleh lihat gambar di bawah ye..


Cara - caranya :

1) Tekapkan pola di atas kain dan lekatkan kain keras bergam, ia akan kelihatan seperti gambar di bawah



2) Jahit Kain Keras Bergam dengan kain di kedua-dua belah.


3) Kemudian, Lipat kain bentukkan seperti di half moon


4) Sambungkan Awing tadi dengan badan Kain tudung



5) Tada.. Dah siap pun..


Modelku.. hehe..




Selamat mencuba..

Tips: Tudung berawing akan kelihatan lebih cantik di pakai bila awing berada selari dengan tulang pipi..

P/S : Jika nak tahu dengan lebih lanjut sila PM saya ye.. jangan segan-segan..

Jumpa lagi dengan project yang lain pula ya..

KISAHKU

DUGAAN DI BULAN PUASA


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua..

Maaf Sangat-sangat jika seminggu ni saya menyepi terus dari dunia blogger. Di permulaan bulan puasa lagi saya di uji dengan bermacam-macam dugaan. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.

Alkisahnya, pada satu Ramadhan di hari saya masuk ke kelas belajar Asas membina Blog dan kebetulan anak sulung saya demam campak, saya pula terpaksa mengambil cuti kecemasan. Antara Empat Anak, Kerjaya, kelas belajar Asas membina Blog & Kelas belajar Seni Jahitan Kreatif. Sangat rasa bersalah pada anak, majikan, Sifu Khairunnisa & diri sendiri untuk melaksanakan semuanya dalam masa seminggu memang memeningkan.

a) Anak (Kakak Alya)

Bila terkena demam campak akan keluarlah ketulan-ketulan yang berair, memang pada masa ini Kakak Alya akan berasa gatal dan tak selesa. Dia akan minta saya sentiasa berada berdekatan dengannya. Nak tido pun tak lena. Kesian dia.

b) Kerjaya

Hari pertama (satu Ramadhan - Rabu) saya sendiri mengambil cuti kecemasan untuk menjaga Kakak Alya yang demam campak. Keesokkan harinya (Khamis) suami pula mengambil cuti dan hari seterusnya (jumaat) saya pula bercuti. Kebetulan pada hari jumaat di Pejabat, memerlukan maklumat pasal kewangan dari saya dan majikan saya meminta saya masuk segera ke pejabat untuk menyelesaikannya. Memang sungguh berat permintaan majikan saya kerana antara anak dan kerjaya. Akhirnya terpaksalah saya pasrah dan membawa anak ke Pejabat. Kesian Kakak Alya (Sepatutnya berehat dirumah). Hari Sabtu dan Ahad demam campak masih menyerang Kakak Alya jadi Hari Isnin terpaksalah mengambil cuti lagi dan juga hari ini (Selasa). Klu esok Kakak Alya tak sihat lagi kenalah sambung cuti dan mungkin terpaksa ambil cuti yang lama tanpa gaji. Dugaan betul.

c) Kelas Belajar Asas Membina Blog

Maaf sangat- sangat pada Sifu Khairunnisa kerana tak dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Masa memang sangat-sangat terbatas antara anak-anak, kerja-kerja rumah yang tak pernah habis dan kerjaya membuat masa yang banyak telah berlalu begitu sahaja. Masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi di facebook dan berblogging juga hilang. Rasanya perancangan masa mesti di buat untuk terus konsistent dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Insyaallah dalam sehari dua lagi akan diusahakan.

d) Kelas Seni jahitan Kreatif

Hanya pergi pada hari minggu sahaja. Tetapi bulan ramadhan ini benar-benar mencabar. Tak ada masa untuk ke Kekelas memandangkan anak sedang sakit dan kesian juga dekat si sisuami kerana terpaksa menjaga tiga orang anak kecil walhal hari minggu adalah hari untuk berehat. Maafkan mama ye papa.

Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hambamu ini untuk menghadapi dugaan yang kau berikan ini dan permudahkanlah segalanya Ya Allah.. Amin..



SENI JAHITAN KREATIF

Seni Jahitan kreatif TAMPAL dan CANTUM

Teks : Hayati Shahadan

Seni Kreatif TAMPAL DAN CANTUM adalah seni cantuman kepingan-kepingan perca kain untuk menjadi sehelai kain yang besar.

KUILT pula ialah kain yang terhasil daripada cantuman TAMPAL DAN CANTUM yang dilapik dengan polister di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Selalunya gambar pemandangan, haiwan, kanak-kanak, corak geometri atau abstrak dijadikan motif dalam jahitan TAMPAL DAN CANTUM  ini.

Pada masa yang sama, Seni Jahitan Kreatif ini turut menggabungkan pelbagai jenis kain untuk membentuk motif yang menarik.

Pelbagai produk seperti selimut, cadar, sarung bantal, beg, dan pakaian boleh dihasilkan daripada Seni Jahitan Kreatif ini.

Tetapi proses untuk menyiapkannya akan mengambil masa yang lama kerana pembuatannya seperti CANTUM dan TAMPAL bukanlah satu kerja yang mudah.

Bagaimanapun apabila sesuatu produk yang akan dihasilkan siap, pastinya kita akan berpuas hati.


Contoh : Tilam bayi (carian google)


Cadar (carian google)


Alas kaki (carian google)

Beg (carian google)


Hiasan tampal (carian google)


Jumpa lagi di entry yang seterusnya.. :-)

MANIK CRUMBLE

Teks: Hayati Shahadan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Memang cantikkan bila baju di serikan dengan jahitan manik crumble.. memang sangat-sangat teruja bila melihatnya dan berangan-angan inagin memilikinya.. Ohh.. Cantiknya..

Berada di Zaman Siber yang serba canggih, memberi kita peluang mendapatkan sumber-sumber maklumat hanya di hujung jari.. tidak lagi seperti dahulu yang mana kita akan berpusing & bertanya orang sekeliling jika ingin mendapatkan maklumat dan service.

Bermacam-macam Jenis Pusat latihan yang menawarkan Kelas boleh di ikuti untuk menjahit Manik Crumble..



Selain itu Bahan rujukan seperti buku juga ada di pasaran..



dan bagi yang tak ada masa .. boleh manghantar tempahan..

ni salah satu FB kawan saya yang rajin mengambil tempahan menjahit manik mengikut kehendak pelanggan.. kepada sesiapa yang berminat sila-silalah ye menempah dengan beliau..

>> https://www.facebook.com/sarima.wan.7?fref=ts (Wan Sarima)


Hanya di hujung Jari anda.. :-)


Jom Layan..

..Sumber carian google..














..Jom Belajar Menjahit Manik..

Cara Jahit Manik Teratai


IMG_0801

Langkah-langkah:

1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini buat bulatan saiz penutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen!

IMG_0741IMG_0791 

2. Utk setiap kelopak gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2 manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar di bawah. Kita guna istilah ni: (terlangkup + terlentang + manik + terlentang + labuci kecil terlentang + manik). Manik yg ke-2 tu kalau tak nak letak pun tak mengapa.

IMG_0746 IMG_0748

3. Kemudian turunkan labuci spt kedudukan ini menghala ke tengah bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.

IMG_0768 IMG_0769

4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.

IMG_0771 IMG_0773

5. Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.

IMG_0800 IMG_0753

Ok…Harap semua dapat memahami langkah-langkah ini. Selamat mencuba!

ASAS SULAM REBEN



Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini kita belajar asas menjahit sulam reben ye..

Jom Layan..


Asas Sulam Reben - 'Straight Stitch'



Masukkan benang dari bawah fabrik di A dan anggarkan panjang yang dikendaki, masuk semula kebawah di B. Pastikan reben berada dalam keadaan rata.



'Straight Stitch' bukan sahaja mudah, sekiranya ia digubah, ia boleh dijadikan kuntuman bunga, daun dan sebagainya.



Antara contoh penggunaan 'straight stitch'


Disini boleh dilihat kombinasi penggunaan berbagai jenis jahitan, termasuklah 'Straight Stitch'

Asas Sulam Reben - 'Looped Petal Flower'

Mulakan dari bawah fabrik, cucuk jarum dan bawa reben keatas. Gunakan pensil atau jarum lain pada jarak yang sesuai untuk membentuk 'loop' dan bawa ketempat ia bermula. Cucuk semula ditempat ia datang, cucuk kebawah dan tarik perlahan sambil pensil menahan 'loop' tersebut. Lihat rajah diatas. Buat empat kelopak, atau lebih dan ditengahnya buatkan 'french knot' - rujuk topik 'French Knot'.


'Looped Petal' mudah terbuka atau tercabut. Ia perlu dijahit berhati-hati dan tidak sesuai jika pengunaan yang lasak.


"Looped Petal' digubah dengan mengunakan campuran warna yang berbeza.


Lima 'looped petal' membentuk sekuntum bunga dan ditengahnya dihiasi dengan manik. Sesuai juga untuk dibingkaikan.


Contoh 'looped petal flower'. Ditengahnya dihisi dengan berberapa 'French Knot'.

Asas Sulam Reben - 'Japanese Stitch'

Cucukkan reben dari bawah fabrik, lihat 1 pada gambar di atas. Anggarkan jarak yang dikehendaki dan cucukkan kebawah ditengah-tengah reben menembusi fabrik, perlahan-lahan tarik agak membentuk lipatan seperti A diatas.
I juga boleh dipelbagaikan dengan 'punching' kebawah melebihi sebelah kanan reben. Lihat contoh B. Begitu juga dengan punching ke kiri seperti di C.

Antara contoh-contoh RE yang menggunakan Japanese Stitch. Ia boleh dihiasi sebagai bunga dan juga daun.


Gambarajah menunjukkan bagaimana Japanese Stitch dipelbagaikan seninya.

'Japanese Stitch' juga dijadikan sebagai loop untuk digubah menjadi sekuntum bunga


Dan gambar diatas menunjukkan bagaimana ia boleh digubah sebagai daun kepada kuntuman bunga


Asas Sulam Reben - Spider Web Roses

Menggunakan benang 'perle', buatkan jejari seperti diatas sebanyak lima jejari. Untuk memudahkan, lukis bulatan (sbesar mana bunga yang diingini) dan lakarkan jejari seperti diatas, kemudian gunakan benang 'perle' untuk mendapat corak seperti diatas.


Gunakan reben berukuran 1/4" atau 1/2 ", cucuk dari tengah web dan lalukan antara jejari. Contoh bermula dari A, lalukan reben dibawah jejari B, atas C dan seterusnya (dengan cara selang seli), buat hingga sampai habis. Seeloknya gunakan reben yang panjang, supaya ia dapat meliputi jejari web tadi


Lakukan sehingga meliputi keseluruhan web tadi.

'Tools' untuk Kraf Sulam Reben

Di bawah ni adalah alatan asas dan bahan-bahan yang sering digunakan untuk Kraf Sulam Reben. Antaranya 'crewl' (pencucuk), jarum (chenille), reben 1/8", reben 1/4", reben 1/2", reben 13/4".



Kredit to http://citahyattecraft.blogspot.com/ 
Terujakan kalau kita tengok apa yang terhasil dari benang dan reben..

Love-love-love-love..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...