Thursday, 19 December 2013

Baju Kurung Riau @ Purplum?

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya saya bukanlah pakar menjahit baju tetapi adalah sedikit bakat yang telah diasah semasa remaja dulu oleh ibu saya.

Kebetulan kakak Ipar saya memberi peluang kepada saya jahitkan sepasang baju kurung riau. Pada mulanya saya rasa agak keberatan kerana saya kurang yakin boleh menjahit dengan sempurna.

Saya mulakan dengan memotong dan menjahit sepasang baju mengikut ukuran kakak ipar saya supaya saya yakin untuk menjahit.

Jom lihat hasil jahitan yang pertama saya.


Kain sebelum dipotong.



Kain yang sudah siap dijahit. (sebenarnya nak buat kain puplum tetapi tak cukup kain jadi susun-susun je)



Baju Kurung Riau @ Puplum. (bila kakak ipar pakai jadi macam baju puplum pula)



Baju dan Kain Sepasang.




Kain Sebenarnya yang kakak ipar saya hantar.

Tunggu entry project seterusnya menjadi atau pun tidak ye baju kurung Riau ni.

<<Seronoknya Menjahit>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...