Friday 20 December 2013

CARA MEMASANG GETAH PINGGANG KAIN SUSUN TEPI

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kebetulan semalam tengah menyiapkan baju kurung riau jadi di kesempatan ini saya nak tunjukkan cara-cara memasang getah pada kain susun tepi.



Getah pinggang yang sudah siap di jahit.




Gunting lebihan kain susun tepi untuk menipiskan jahitan sebelum dilipat untuk sambungan getah.




Gambaran kain susun yang dipotong supaya lebih jelas.



Mulakan dengan mematikan jahitan di hujung kedua-dua sambungan pinggang.



Rupanya macam gambar ini untuk sebelah kiri.



Dan gambar ini untuk sebelah kanan. 



Balut hujung getah @ kain keras yang di sambung pada getah untuk diletakkan cangkuk.




Kemudian jahit sambungan kain. Elakkan terjahit getah.




Gambarnya seperti ini. Jika mahu lebih kemas masukkan kain kedalam lipatan dan gunakan tapak zip.



Setelah siap sambungan sehingga habis. Tukarkan saiz jarak jahitan kepada yang lebih besar untuk jahitan tengah getah supaya getah tidak bergerak-gerak.



Mulakan jahitan di tengah dan di luar getah pinggang .



Pandangan di luar setelah siap dijahit.



Pandangan dalam setelah siap dijahit.

Selamat mencuba.

<<Seronoknya Menjahit>>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...