Thursday 19 December 2013

KEMALANGAN YANG TAK DI SANGKA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja walau pun kita sentiasa berjaga-jaga. Mungkin juga Tuhan nak menguji tahap kesabaran kita. Atau mungkin juga tandanya Tuhan mahu kita meluangkan lebih masa bersama anak-anak.

Semalam berderau darahku saat anak ku yang paling kecil terhantuk kepalanya di slingding door. Pada mulanya anak-anak ku bermain kejar kejar sesama sendiri dan bergelak ketawa menandakan mereka sangat gembira.

Sebetulnya saya sudah beberapa kali memesan anak-anak supaya menjauhi slingding door. Tetapi kerana tidak bersungguh-sungguh dalam teguran akhirnya salah seorang anak saya melanggar dengan kuat slingding door dan sekelip mata ianya retak. Alhamdulillah, Tuhan melindungi anak-anakku dari luka yang parah. Tetapi luka tetap luka dan masih boleh di ubati.


Keadaan Slingding Door yang retak.



Keadaan anak saya yang luka.


Pengajaranya, Saya perlu lebih memberi perhatian kepada anak-anak.

<<Seronoknya Menjahit>>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...