Saturday 30 November 2013

100% FREE UNTUK KE MINI SEMINAR DUNIA USAHAWAN

JANGAN LEPASKAN PELUANG KERANA 100% FREE UNTUK KE MINI SEMINAR DUNIA USAHAWAN

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Buat usahawan diluar sana ini peluang anda untuk menimba Ilmu. JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA MENIMBA ILMU DENGAN PERCUMA. Pakej percuma hanya diberikan kepada 3 orang sekali mendaftar. Kalau daftar seorang kena bayar RM50 seorang. Pilihan terletak ditangan anda.

Kerana

Teks:

Dr. Azizan Osman

Ramai orang BODOH tentang ilmu berniaga dan ilmu pemasaran yang super berkesan.
Ramai lagi orang yang BODOH SOMBONG, tapi bila mereka melangkah masuk berjumpa dengan saya di Klinik Usahawan saya, Insha Allah kebodohan mereka hilang dan kesombongan mereka punah kerana saya mampu menunjukkan betapa ruginya mereka kerana dek BODOH dan BODOH SOMBONG untuk belajar menuntut ilmu (walaupun free), mereka tidak mampu mendapat jualan dan keuntungan yang mereka mahukan.
Bodoh kan? Saya tidak cakap tentang anda tetapi inilah komen yang saya dapat dari mereka yang pernah hadir kelas saya.
Anda tidak puashati dengan saya? Tak guna sebab anda yang rugi. Saya mahu membantu anda mencapai banyak impian hidup anda dan impian kebebasan kewangan yang anda mahukan tetapi nak buat macamana, saya tidak dapat nak berkongsi dengan anda melainkan anda berjumpa dengan saya.
Saya bukanlah seorang usahawan dan Saya juga tidak mendapat commission dengan memberitahu maklumat ini kepada anda tetapi saya mahu melihat anda juga berjaya. Jom mulakan langkah yang pertama. Niat berniaga kerana Allah.
>>Jom belajar menjahit<<

Friday 29 November 2013

MATLAMAT HIDUP ADALAH PERASAAN CINTA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


MATLAMAT hidup saya untuk mendidik anak-anak saya menjadi insan yang berguna kepada AGAMA dan masyarakat. Insyaallah. Saya sangat menCINTAi mereka.


Bangun pagi ni, terlihat adik ipar saya tergesa-gesa bersiap. Mandi awal dan mengairon baju .Tertanya-tanya juga saya apa yang menyebabkan dia seolah-olah mengejar sesuatu padahal dia cuti pada hari ini. Rupanya ada kursus KAHWIN. Tersenyum sendirian saya. Saya doakan dipermudahkan perjalanan CINTA diantara mereka supaya berakhir dengan pernikahan. Suatu ketika dahulu, sebelum dia mengenali apa itu CINTA, bila cuti sahaja mesti katil adalah tempat yang dijadikan kekasih hati pengarang jantung. Kini patang cuti, mesti hilang mengejar CINTA. Begitu hebatnya penangan CINTA.

Saya juga tidak ketinggalan, semasa zaman kanak-kanak dahulu ada MATLAMAT untuk menjadi orang yang berilmu dan berjaya. Tetapi perasaan CINTA untuk mencapai matlamat itu sangat nipis dan tidak serius dalam kehidupan. Manusia tanpa CINTA akan gagal mencapai MATLAMAT dan sayalah orangnya tapi itu pada suatu ketika dahulu. Memang betul, dahulu saya rasa lebih CINTAkan manusia dari segala-galanya sehingga lalai untuk menCINTAI Allah dan Rasulullah. Di hati mengakui kebenaran Agama ISLAM tetapi cara kehidupan hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya. Di saat saya tercari-cari makna kehidupan Allah menemukan saya dengan insan yang bergelar suami untuk dijadikan MATLAMAT. Ya Allah sungguh CINTAnya Allah pada saya walhal waktu itu nipis sahaja perasaan CINTA saya padaNya dan RasulNya. Alhamdulillah, Terima Kasih ya Allah.

CINTAkan manusia mungkin kita akan di tinggalkan tetapi CINTAkan ALLAH dan RASULULLAH  insyaallah kita akan CINTAkan orang-orang di sekeliling kita iaitu IBUBAPA, ISTERI/SUAMI, ANAK-ANAK, adik beradik dan ramai lagi.  Bila kita CINTAkan seseorang kita sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan seseorang itu supaya terus menCINTAi kita. Bila perasaan CINTA itu ada di dalam diri kita, secara automatiknya kita ia menjadi MATLAMAT dalam kehidupan kita. Serius saya cakap bila CINTA tiada MATLAMAT akan turut terkubur sama.

Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Bezanya cuma cepat dan lambatnya jangka hayat hidup makhluk yang bernyawa kerana hanya penciptaNya sahaja yang mengetahui. Setiap perjalanan manusia itu bermula dari alam roh lagi , setelah membuat kesaksian tentang Allah selanjutnya satu-persatu roh tersebut di hembuskan Allah ke dalam Rahim seorang ibu. Setiap bayi yang lahir ke dunia akan di berikan perasaan mencintai dan dicintai. Ia, CINTA itu telah wujud di dalam setiap manusia untuk mencapai MATLAMAT dalam kehidupan.

BerCINTA itu tidak salah tetapi orang yang gilakan CINTA yang membuat ia bermasalah. Marilah sama-sama kita belajar menCINTAi bukan hanya diri kita sahaja malah lebih dari itu. Bukalah hati dan minda kita untuk belajar berCINTA supaya kita mempunyai MATLAMAT hidup yang sangat jelas.

>>Seronoknya belajar menjahit<<

JOM DIY TEMPAT SIMPAN COMPACT POWDER VERSI MAMAYATY


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikun dan Salam Sejahtera,

Hari ahad (1/12/2013)  ini genaplah 3 tahun anak kedua saya iaitu Kakak Ayra Firdinah. Memandangkan dah janji nak belikan kek untuk birthday Kakak Ayra jadi mama nekad keluar kekedai untuk menempah kek dan mengangkut 3 orang anak sekali. Mula-mula memang tak nak pergi sebab nak kena angkut ramai sangat tetapi mengenagkan Kek Aiskrim nak kena order di gagahi juga. Alhamdulillah nasib baik anak-anak ok je.

Sempatlah membeli bedak muka yang dah dua bulan putus (sebelum ni memang tak pergi mana-mana pun jadi tak pentingkan sangat penampilan). Bila ambil gambar je muka mesti kelihatan kusam je jadi, haruslah pergi beli. Alhamdulillah ada rezeki lebih. 

Bila dah membeli buat mamayaty terfikir pula, bila dah guna nanti mana nak letak ye. Kalau main letak je dalam beg tangan tentu bersepah je. Pernah tak anda-anda diluar sana terfikir perkara yang sama?

Jom DIY Tempat Simpan Bedak Muka VERSI MAMAYATY



Bila dah siap nilah rupanya nanti




Muat-muat untuk masukkan bedak muka dan span (macam sempit sikitlahkan, actually mamayaty memang tak suka besar-besar tak muat beg tangan nanti)



Inilah dia bedak muka dan Span

Bahan-bahannya: 

1) Kain (2 jenis bagi meriah)
2) Span Nipis buat pelapik dalam (Supaya bila terjatuh bedak tak pecah)
3) Mesin Jahit (Kalau tak ada mesin boleh jahit tangan kena rajin sikitlah)
4) Benang
5) Gunting



Mamayaty potong 2 keping setiap kain warna yang berlainan mengikut besar acuan bedak muka lebihkan untuk basi jahitan



Cantumkan span nipis dan kain dalam.
Mamayaty guna mesin jahit tepi 2 jarum (Jahit tepi dan jahit lurus sekali jalan)


 

Cantumkan Kain nipis dan span tadi bersama kain di luar pastikan bila diterbaikkan ia dalam kedudukan yang betul.



Jalan lupa pasangkan butang. (Apa saja jenis butang, Mamayaty suka butang magnet)




Ni rupanya sebelum pasang



Terbalikkan dan kemaskan jahitan jangan lupa buat penutup supaya bedak muka tak mudah jatuh. (Bayangkan penutupnya macam sampul surat). 

Letakkan hiasan seperti kerogsang supaya kelihatan menarik. 

Maaf ye, mamayaty masih lagi belajar bagaimana nak menggambarkan satu-satu situasi untuk menjahit. Jadi pada sesiapa yang mahu tahu lebih lanjut jangan segan-segan PM mamayaty ye. Insyaallah setiap pertanyaan akan di balas. Bezanya cepat dan lambat sahaja. Kalau nak cepat cari di laman FB @ SMS ye Klik DISINI UNTUK HUBUNGI PENULIS







Thursday 28 November 2013

MAKE OVER ALAS IRON

ANDA MEMPUNYAI MASALAH ALAS IRON KOYAK?? JOM MAKE OVER BERSAMA.

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi tadi nak iron baju mengeluh bila tengok alas iron yang sudah koyak. Sebenarnya dah lama nak beli yang baru tetapi asal shopping je selalu lupa. Anda pernah tak mempunyai masalah yang serupa. Hari ni saya nak tunjuk ajar cara-cara make over alas iron menggunakan kain yang ada di rumah.

Saya akan tunjukkan cara yang mudah. Kepada sesiapa yang tidak ada mesin pun boleh jahit dengan tangan. Tak ada masalah.


Alas Iron yang sudah siap di make over.

Bahan-bahan asas yang di perlukan:

1) Kain semeter (dapatkan kain yang tebal lagi elok)
2) Mesin jahit @ Jarum tangan (untuk menjahit)
3) Benang (ikut colour kain lagi cantik)
4) Tali (Jika tiada boleh guna tali alas iron yang dah koyak)
5) Gunting 


Alas Iron yang Koyak



Bentangkan kain dan tekapkan alas iron yang koyak, gunting dan jahit di sekililingnya.



Letakkan alas kain tadi di atas iron board untuk mengukur ketepatan



Nampak tak tali tu asalnya dari alas kain yang koyak. Tarik sahaja mengikut acuan iron board. Siap.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah alas iron yang koyak, cubalah tutorial ni. Semoga ianya membantu.

Kalau perlukan tunjuk ajar yang lebih detail, jangan segan-segan PM saya ye. Insyaallah saya akan cuba membantu.









Wednesday 27 November 2013

PROJECT BAJU KELAWAR DAN KAIN KEMBANG PAYUNG

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Banyak betul dugaan nak mengupdate blog. Laptop ada, line internet pun ada, anak-anak pun ada Alhamdulillah. Rutin harian bangun pagi  jadual dah penuh dengan kerja-kerja rumah sebab mesti buat sebelum anak-anak bangun tetapi kadang-kadang anak-anak bangun awal juga.

Anak-anak kalau bangun mesti nak mamanya berada dengan mereka dan yang paling penting setiap kali mamanya pegang laptop je semuanya berkerumun macam semut nak habuan. Kakak Alya minta tengok lagu-lagu kegemarannya, Kakak Ayra minta tengok cerita favoritenya dan Adeeb juga tak lepaskan peluang minta tengok cerita Minionnya.

Memang mama tak boleh nak update blog ada je permintaannya. Mamanya baru nak belajar cara-cara menulis dengan betul tapi masih tak berkesempatan nak berblog walking untuk tambah ilmu pengetahuan. Tak pelah. bersabar ye mama.

Semalam seharian menyiapkan baju kelawar dan kain kembang payung. Anak-anak pun dapat seorang sepasang. Excited sangat mereka dapat baju baru. Senang je nak buat baju ni rupanya yang penting cari kain yang menyerlah warnanya barulah nampak cantik di mata.

Jom layan gambar baju kelawar dan kain kembang payung versi MAMAYATY



Baju Mama ye (Hiraukan tikar tepi tu ye)



Baju kelawar



Kain Kembang payung



Pola baju kelawar di tekap ke kain yang nak di potong



Contoh baju kelawar 



Pola Kain kembang payung sumber rujukan klik disini


Pada awalnya blog ni di wujudkan untuk berkongsi ilmu seni jahitan kreatif yang akan saya pelajari di PUSAT LATIHAN EPAL tetapi memandangkan saya berhenti secara mengejut dan kurang persediaan dari segi kewangan serta mengambil tugas menjaga anak-anak jadi amat sesuailah jika saya belajar sendiri di rumah. Insyaallah dengan line internet yang ada saya boleh berblog walking mencari tutorial yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan. Tidak rugi mempunyai mempunyai blog kerana dari situ ilmu yang kita ada boleh dijadikan bahan rujukan. Walaupun catatan blog saya masih ditahap yang sederhana tetapi saya akan belajar dan terus belajar. Terima Kasih pada Sis Nisa di KELAS ASAS BLOG 




Logo kami Cantikkan (I LOVE IT)



Sunday 24 November 2013

Seni jahitan kreatif mampu eratkan hubungan silaturahim

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya bawakan Sumber dari Utusan Online


SEORANG kanak-kanak gembira melihat patung yang dipamerkan dalam Pameran Evolusi Seni Jahitan di AEON Bandaraya di Melaka.


Seni jahitan kreatif bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat di negara ini. Bukan hanya dapat menghasilkan teknik jahitan yang lain daripada biasa, jahitan kreatif mampu menimbulkan idea yang berbeza-beza antara satu tukang jahit dengan tukang jahit yang lain. Meliputi pelbagai teknik iaitu sulaman, sulaman tampal hias, sulaman dan manik labuci, cantuman dan smocking, produk jahitan kreatif dapat dihasilkan dalam pelbagai bentuk.. Tidak hanya tertumpu kepada pakaian semata-mata, malah dapat menghasilkan hiasan dalaman seperti lapik meja, hiasan dinding, alas lantai, kelengkapan bilik tidur dan kelengkapan dapur. Bukan itu sahaja, jahitan kreatif juga dapat menghasilkan beg tangan wanita dan kasut dalam pelbagai corak dan bentuk. 

Bagi kami yang minat menjahit, article ni memang meluahkan perasaan yang terbuku. Anda pula bagaimana? 

Jom belajar seni jahitan kreatif.

JENAYAH PENDIDIKAN ALAF BARU

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah lama rasanya blog ini menyepikan diri, biasanya bila cuti sekolah bermula ibubapa sudah membuat jadual untuk anak-anak samada akan pergi bercuti bersama-sama jauh dari kediaman, ada juga yang memenuhi jadual anak-anak dengan pelbagai kem dan program-program motivasi, ada jugaibubapa yang menghantar anak-anak di kampung untuk membiasakan anak-anak dengan suasana yang berbeza. walau apa pun perancangan yang di buat ibubapa ianya adalah khas di susun untuk anak-anak mereka menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Tahniah kepada semua ibubapa demi anak-anak tercinta.

Saya juga tak ketinggalan mencari idea menyusun atur jadual anak-anak supaya cuti mereka bermanfaat. laman sesawang memang  sangat berguna untuk mencari maklumat tentang perancangan pendidikan anak-anak dan bila saya melayari Facebook saya tertarik dengan salah satu topic yang di bawakan oleh Warga Prihatin tentang Sistem  Pendidikan sekarang.

Memang setuju sangat-sangat kerana anak-anak kita sekarang berlumba-lumba belajar hanya untuk beroleh A dalam semua mata pelajaran akademik dan mendapat pujian manusia tetapi tidak pujian dari segi akhlak yang sepatutnya di pandang lebih mulia di sisi Allah.



Cetusan minda
WARGA PRIHATIN

PENDIDIKAN SATU PERLUMBAAN ZAMAN BATU.

Kami dipanggil untuk memberikan pendapat kami tentang perlaksanaan SPPBS (Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah) oleh admin kumpulan pembantah perlaksanaan SPPBS. Lalu kami membuat sedikit semakan dan kajian mendalam tentang SPPBS dan mengapa sebahagian yang tidak bersetuju dan ada sebahagian pula yang bersetuju. 

Pada mula kami mendengar pengumuman perlaksanaan SPPBS, kami merasa gembira kerana sistem pendidikan kita mula menghampiri sistem Talaqqi yang diamalkan dalam konsep pendidikan Islam zaman nabi dahulu. Sistem itu mampu menghasilkan cendakiawan Islam yang pintar dalam segala bidang. Barangkali, islah kali ini dengan pengenalan SPPBS akan membuka lembaran baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tetapi, ia masih terlalu awal untuk kami nyatakan ia baik ataupun buruk. Kadangkala, satu idea itu baik hanya pada peringkat idea tetapi pada peringkat perlaksanaannya, ia jadi lain pula nanti.

Apa yang merungsingkan kami ialah, walaupun perlumbaan pelajar di peringkat pusat mula berkurangan tetapi perlumbaan sekolah bagi menjadi sekolah terbaik pula akan menjadi lebih sengit dari biasa. Dengan SPPBS ini, perlumbaan ini mungkin akan mengundang lebih banyak kegilaan lagi antara kakitangan pendidik pula.


JENAYAH PENDIDIKAN ALAF BARU

Di Rumah pengasih Warga Prihatin kami ajar anak-anak kami agar jangan menipu. Apapun pencapaian mereka dalam peperiksaan biarlah itu pencapaian yang sebenarnya. Kami redha dengan apa saja asalkan ia benar menggambarkan pencapaian dan kemampuan sebenar. Itu memudahkan usaha kami membaiki mana yang kurang. Kami sering tegaskan itu semasa mereka memberitahu kisah rakan-rakan meniru menggunakan talian internet melalui smartfone dalam peperiksaan dan dibiarkan oleh guru. Banyak kes jenayah pendidikan termasuk mengupah guru untuk menyiapkan tugasan murid dan mendapat markah tinggi. Anak sikaya ini juga yang akan menerima habuan hadiah lumayan oleh sekolah dan ibubapa.

Berita soalan bocor di musim peperiksaan seperti yang disiarkan di media semalam sudah menjadi sangat lumrah. Ia berlaku saban tahun di negara ini. Walaupun ia bingar seketika di media dan parlimen, namun akhirnya senyap begitu saja dan itu kekal menjadi paksi penilaian kepada anak-anak kita. Dari sumber yang dipercayai, ada cikgu-cikgu yang terpaksa memberikan markah yang lebih kepada murid yang lemah dalam pelajaran hanya kerana mahu mengekalkan prestasi guru besar sekolah itu.

Kami tidak pelik dengan kes soalan bocor kerana sebelum ini, sering anak-anak kami lapurkan bahawa mereka dipanggil secara tertutup untuk cikgu berikan JAWAPAN BOCOR (bukan lagi soalan bocor) sejurus sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Kami terkejut dengan tindakan sekolah itu. Apabila artikel menyentuh isu pendidikan kami utarakan, ramailah yang komen rupanya ia telahpun menjadi satu perkara biasa. Ramai pelajar dan guru turut mendedahkan aktiviti yang sama di sekolah masing-masing asalkan sekolah mereka mampu mendapat ranking yang baik dan pastinya ada ganjaran besar untuk pendidik-pendidiknya. MasyaAllah… sistem pendidikan jenis apakah ini?

Kekecewaan itu tidak habis di situ. Kami juga mengetahui dari sumber kami dan juga dari apa yang telah dipaparkan di dalam suratkhabar tentang kes murid lemah yang dikurung agar tidak ikut mengambil peperiksaan. Ini semua satu perlumbaan gila yang akhirnya menganiaya generasi kita. Yang jadi kurang prestasi itu pun tidak lain hasil dari perlumbaan gila itu juga. Apa sebenarnya yang kita cari?

Di samping kelemahan kaedah pendidikan oleh para ibubapa dan beberapa faktur lain, anak yang kurang baik pencapaian itu juga datang dari budaya perlumbaan. Anak-anak yang pandai lebih cenderung memajukan diri sendiri dan bukannya membantu yang lain. Untuk apa dibantu jika itu hanya menyebabkan mereka kehilangan masa untuk berusaha dan berkemungkinan pula yang dibantu itu kelak mampu memintas tempat mereka dalam perlumbaan pendidikan itu.


SISTEM PENDIDIKAN TIDAK KOPERATIF

Nabi SAW bersabda, “Assobiyah itu tidak Islam”. Tapi budaya negetif dalam sistem pendidikan sekarang telah mengamalkan sikap ini, mementingkan kelompok sendiri. Setiap sekolah mempunyai rahsia yang tidak dikongsikan kepada sekolah-sekolah lain. Dikhuatiri sekolah lain akan mengatasi ‘ranking’ mereka pula nanti. Sekalipun ada program post-moterm di semua peringkat dan berlaku perkongsian tetapi ia tidak secara telus. Masih ada rahsia yang BAIK mahupun yang BURUK yang masih disimpan sebagai wacana rahsia sekolah terbabit agar kekal menjadi sekolah terbaik mengatasi yang lain.

Secara kes, kami memerhatikan bagaimana perlaksanaan sistem pendidikan koperatif berlaku di Finland berbanding Malaysia. Walaupun kami mengesan sistem di Finland masih banyak yang tidak Islamik, namun itu lebih Islamik dari perlaksanaan dalam Negara Islam sendiri buat masa ini. Tidak ada murid yang dibiarkan tercicir dan semua akan dibangunkan bersama-sama.

Perlumbaan akademik yang kita amalkan ini hanya merugikan semua. Anak didik yang dihasilkan hanyalah menjadi robot yang tiada perasaan. Bagi yang baik pencapaiannya pula, mereka hanya menjadi seperti sebuah robot mesin penghafal dan pemburu pingat sahaja. Ingatlah bahawa kejayaan Sultan Muhamad Al-Fateh itu adalah atas dasar pembangunan koperatif yang berjemaah, bukan kaedah kompetetif yang mementingkan kejayaan individu. Putera raja yang kaya dikeluarkan dari istana untuk membangun bersama yang miskin atas semangat kerjasama bersaudara.


PEMBENTUKAN GENERASI PENGHAFAZ DAN BUKAN PENGAMAL

Maaf jika kami katakan kenyataan pahit ini. Dari kes-kes yang dalam kajian kami di kalangan pelajar Malaysia di dalam dan luar Negara, tidak dinafikan pelajar Malaysia mampu untuk jadi yang terbaik dari segi pencapaian akademik. Malangnya apabila masuk ke lapangan kerja, mereka ini menjadi orang yang tidak mampu berfikir dan bukan menjadi pelaksana yang baik.

Fenomena ini amat jelas sekali kerana rumah kami tidak putus-putus dihadiri oleh pelajar universiti. Anak kami yang berumur 16 tahun pun pandai menilai lemahnya tahap sahsiah dan akhlak kakak/abang yang hampir menamatkan degree. Pernah pelajar degree dalam program CSR yang ikut kami mengambil sedekah perabut ditegur keras tuan rumah, seorang CEO kerana masalah akhlak. Katanya jika beliau yang interview pengambilan, jangan harap beliau nak ambil dia bekerja. Kami terpaksa katakan itu bukan anak kami, itu adalah pelajar Universiti yang sedang berprogram bersama kami.

Apabila sekolah dan juga anak murid sentiasa berlumba menjadi yang terbaik hanya dalam akademik, adakah lagi masa untuk aktiviti pendidikan yang bersifat holistik?. Rata-rata mereka akan menjadikan penghafalan sebagai satu jalan singkat untuk berjaya. Tak mampu menghafal mereka akan meniru. Mereka yang banyak bilangan A akan dipuja. Tempat ke 3-5 teratas akan mendapat hadiah dari sekolah. Kononnya sebagai satu galakan tetapi sebenarnya itu hanya merosakkan semangat koperatif anak-anak.

Ini hanya mendidik anak-anak kita menjadi orang yang menghafal tanpa berfikiran kritis untuk apakah pelajaran yang mereka hafal itu. Ukhwah sesama rakan sebaya juga tidak mungkin menjadi akrab atas dasar bantu membantu dalam pelajaran. Kami tidak menolak terus tentang keakraban itu, tetapi sistem yang kami lakukan tanpa peperiksaan kepada anak-anak kami menunjukkan mereka mampu menjadi lebih hormat menghormati.

Ada perkara yang Si A tidak faham dan akan dibantu oleh Si B atau C dan lain-lain. Begitu juga sebaliknya bila Si B tidak faham pelajaran juga akan dibantu oleh yang lain kerana setiap anak ada kelebihan dan kekurangan. Hasilnya, keakraban yang terjalin menjadikan mereka sebaik saudara sedarah sedaging. Jalinan kehidupan dengan sifat berkasih sayang, saling bantu menbantu ini yang ingin kami pupuk sebagai wadah kehidupan yang sejahtera dan amat membahagiakan mereka. Inilah jaminan keselamatan buat mereka khasnya apabila kami semua sudah tiada kelak.

PERIHAL ‘SPPBS’

Berbalik kepada Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah ini pada pandangan kami akan memberikan lebih kerja kepada warga pendidik. Pastinya kita lihat corak bantahan yang timbul dari pemerhatian kami datangnya dari kalangan warga pendidik itu sendiri.

Kami tidak kisah nama apakah program itu, tetapi kami hanya mampu menunjukkan beza antara sistem pendidikan yang holistik dengan penekanan melebihi akademik semata-mata kepada satu sistem pendidikan yang seimbang. SPPBS ini kami lihat ada sedikit anjakan ke arah mewujudkan pelajar yang bukan menghafal dan baik dalam peperiksaan tetapi gagal dalam kehidupan.

Penekanan yang terlampau ke arah peperiksaan membuatkan anak-anak kita menjadi seperti seorang gladiator yang terpaksa membunuh lawan yang lain bagi menempah gelaran gladiator yang satu. Sedangkan kita mahu mereka ini bersatu dan bekerjasama lalu mencipta gemilang secara kolektif dan bukan individual.

Paling merungsingkan, itulah punca mengapa masyarakat kita hari ini lebih bersifat KEAKUAN (ananiah) dan sudah hancur KESATUAN (nahniah)NYA. Tidak lagi seperti zaman nenek moyang kita dahulu yang mengenali jiran-jiran seperti adik beradik sendiri. Buat rumah, pindah rumah, gali perigi, kenduri kendara bahkan kacau dodol menjelang raya juga dilakukan bersama-sama.

Hari ini, kita terpaksa hidup sendiri-sendiri tanpa nikmat eratnya kemasyarakatan itu lagi. Jiran kelaparan, makan nasi lauk garam pun kita di rumah banglo sekitarnya tidak peduli, jiran sakit, bahkan dirompak dibunuh juga kita buat tak tahu. Sesama adik beradik, saudara sepupu juga kita bertanding, bukan berganding. Kita sanggup membiarkan anak saudara kita terus rosak akhlak asalkan nampak anak kita lebih baik dari anak-anak saudara kita. Ironinya jika kita mahu menegur pun akan lain jadinya. Kita sanggup berhutang menanggung dosa riba, makan rasuah dan pecah amanah demi memenangi pertandingan itu dan anak-anak kita yang memerhati akan meneruskannya juga.

Itulah salah satu natijah besar sistem pendidikan yang bersifat satu perlumbaan yang memberikan inspirasi megahnya kemenangan itu dengan hadiah-hadiah yang lumayan sedangkan mereka kehilangan “kemanusiaan” dalam diri mereka dalam perlumbaan yang mereka menangi itu.


SOLUSI & JALAN KELUAR KEMELUT PENDIDIKAN

Kami melihat dari satu pandangan positif mengatakan bahawa apa yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini sudah baik tetapi kurang menyeluruh. Dengan itu, dalam rangka Projek Sekolah Wakaf Prihatin yang bakal kami usahakan tidak lama lagi, kami masih mengekalkan pendekatan akademik seperti sekolah-sekolah lain tetapi dalam masa yang sama memberikan tambahan ruang pembangunan yang seimbang untuk pembangunan akhlak.

Akhlak itu sendiri satu skop yang besar. Dalam akhlak itu ada disiplin, kemahuan, dayajuang, jatidiri, kreativiti dan banyak lagi daya yang sukar diukur menggunakan peperiksaan yang berpaksikan hafalan teks. Penilaian mereka kami ukur melalui konteks, penilaian gerakkerja dan tindakan harian di lapangan.

Pedagogi pengajaran tidak terhad kepada dalam kelas sahaja. Ia lebih bersifat koperatif. Abang dan kakak akan mengajar adik-adiknya sambil dipantau oleh guru-guru berkelayakan tinggi (sehingga tahap Doktor Falsafah dari Universiti Terbaik Dunia). Pendedahan akademik akan dilipatgandakan melalui perlaksanaan projek inisiatif yang mampu membuatkan anak-anak mudah faham (bukan menghafal) dan mampu dipraktis bila keadaan bersesuaian. Anak-anak akan didedahkan dengan pelbagai ujikaji dan penyelidikan yang mereka jalankan sendiri.

Itu semua mampu memberikan anak-anak keseimbangan pemikiran apabila otak kiri dan otak kanan kedua-duanya digunakan dengan baik. Ilmu yang ada akan terus digunakan dan diingati sampai bila-bila. Peperiksaan bukan satu isu besar kerana anak-anak tidak belajar untuk peperiksaan.

Pendidikan adalah bidang yang besar dan unik dalam kehidupan manusia. Apa yang telah kami laksanakan selama ini hanya pendidikan tidak rasmi yang bersulam dengan sistem persekolahan arus perdana. Walaupun ada kesan baik yang nyata namun ia belum boleh dikatakan sempurna kerana ada dua sistem berlaku dalam satu masa.

Seperti biasa, sukar untuk kami mengulas sesuatu yang belum pernah kami laksanakan hasil kajiannya secara eksklusif dan komprehensif. Izinkan kami lakukan R&D melalui projek sekolah ini dengan anak-anak kami sendiri. Insyaallah apa saja hasil baik dari projek sekolah yang bakal kami laksanakan nanti mampu kami kongsikan modulnya kepada kementerian jika diminta.

Jika kita masih juga keliru, ingatlah apa tujuan kita belajar. Jika hanya untuk mendapatkan sebanyak A yang boleh, ia sangat mudah untuk berlaku. Yang kita mahukan ialah pendidikan yang mampu memanusiakan manusia. Itulah yang bakal menjamin syurga dunia dan syurga di akhirat sana untuk kita dan anak-anak kita.. INSYAALLAH.


Apa pendapat anda yang membaca?? sila tinggalkan comment yang membina ye.

Friday 8 November 2013

DUNIA SENI JAHITAN DULU, KINI DAN SELAMANYA


Teks: Hayati Shahadan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Gambar : carian google

Masih aku ingat lagi satu ketika dahulu aku sangat membenci  dunia jahitan. Bila sebut pasal menjahit aku jadi rimas dan lemas.  Kenapa??

Masih aku ingat lagi dunia remajaku banyak di habiskan dengan menjahit. Lagi-lagi bila musim perayaan menjelma. 7 hari seminggu aku terpaksa bekerja tanpa cuti membuatkan aku kelemasan. Malam sebelum raya masih lagi bertungkus lumus menyiapkan tempahan. Sehinggakan pagi raya juga kadang kala kami anak beranak masih lagi menjahit. Memang normal bagi kami jika pagi raya baru kami menghias rumah dan memasak.  Ia membuat dunia remajaku sungguh penat dan membosankan.

Apabila aku mempunyai keluarga sendiri  baruku tahu hikmah di sebalik semua itu kerana aku sememangnya seorang yang tidak pandai duduk diam. Kemudian baru aku tahu yang menjahit itu adalah BAKATku dan aku sangat meminatinya. Ianya sebenarnya menyeronokkan kerana bila terhasilnya satu-satu jahitan ianya memuaskan dan sungguh menabjubkan. Banyak bezanya dengan dahulu kerana dahulu menjahit itu tidak aku abadikan dalam jiwaku selain keterpaksaan. Kini aku sedar, insyaallah semoga ianya masih lagi belum terlambat walaupun banyak halangan dan dugaan terpaksa aku tempuhi.

Walaupun aku terpaksa mencuri waktu dan memerlukan kewangan untuk meneruskan hasratku dalam menggali lebih banyak ilmu tetang dunia seni jahitan kreatif tetapi ianya amat berbaloi dalam kehidupanku. Tetapi Kini aku terpaksa mengenepikan minatku ini untuk sementara waktu kerana kekangan masa dan kewangan. Walau minat yang mendalam dunia jahitan tetapi lebih penting lagi keluargaku ia bukan bermakna aku akan terus menyepi diri tetapi cuma project-projectku tak sehebat sebelumnya.

Insyaallah di masa akan datang aku akan lebih focus untuk mengembangkan sayapku sepertimana yang aku impikan satu ketika dahulu.

Amat merindui dunia jahitan tersangat-sangat. :-)

KASIH IBU DAN AYAH SAMPAI KE SYURGA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Gambar: carian google

Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana masih lagi di panjangkan umur kedua orang tuaku  yang sentiasa  mendoakan kebahagiaan anak-anak dan sentiasa berusaha menawan hati anak-anak untuk menebus kekhilafan yang pernah mereka lalui dalam membesarkan anak-anak. Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan ibubapa yang sentiasa berjuang tanpa henti untuk memiliki anak-anak yang Soleh dan Solehah walaupun kami semua sudah membina kehiduan sendiri  dengan cara kami tersendiri tetapi aku tahu kami mengecapi kebahagiaan kerana doa ibu dan ayah yang tak pernah putus untuk kami ‘Atie’ bangga menjadi anak mak dan abah

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Tuhan yang menguasai semesta alam, Yang Maha Mendengar dan Maha Pengampun,  Ampunilah  Kedua Orang tuaku, peliharalah mereka lebih dari mereka memeliharaku sewaktu kecilku, Murahkanlah rezeki mereka dan Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat”

-Amin-

Dalam  usia mereka mencecah 60an, mereka masih lagi memerah kudrat mereka untuk kepentingan anak-anak sehingga aku rasa tidak sanggup melihat mereka bersusah payah membanting tulang empat kerat yang sudah dimamah usia untuk menebus kekhilafan yang lalu untuk mendapat anak-anak yang Soleh dan Solehah.

Terus terang aku cakap memang aku anak yang paling membantah keras sekeras kerasnya bila melihat ibu dan ayah bertungkus lumus membanting tulang empat kerat mereka untuk kesenangan anak-anak walaupun masing-masing sudah memiliki keluarga sendiri. Sungguh mulanya aku rasa ibubapaku tidak adil pada diri mereka sendiri tetapi akhirnya aku faham kenapa mereka berusaha keras untuk anak-anaknya.

Bukan kerana mereka terlalu manjakan anak-anak dengan memerah keringat mereka untuk kesenangan anak-anak di dunia tetapi lebih kepada tanggungjawab mereka kepada tuhan untuk memperolehi anak-anak yang Soleh dan Solehah di dunia untuk bekalan mereka di akhirat nanti.

Mak, Abah terima kasih atas segala-galanya, walaupun aku pernah melalui zaman kanak-kanak yang sepi, walaupun aku pernah melalui zaman remaja yang terbang bebas tetapi dengan doa mak dan abah yang sentiasa mengiringi anak-anaknya, aku dapat melalui saat-saat membina keluarga yang bahagia Cuma aku kena lebih berusaha mencari ilmu Agama dan ilmu keibubapaan supaya anak-anakku terbela dengan ilmu agama yang penuh di dada.

Bila aku pandang wajah anak-anak, aku tahu suatu hari nanti aku juga akan buat perkara yang sama kepada anak-anak kerana anak-anak adalah asset kita di dunia yang Allah pertanggungjawabkan kepada kita untuk mencorak mereka dengan acuan yang paling cantik sedari kecil sebagai panduan hidup untuk mereka memulakan kehidupan di dunia yang penuh mencabar keimanan dan dunia yang penuh dengan godaan syurga di dunia tetapi neraka di akhirat. Jika kita tidak tanamkan semangat cintakan Allah, Rasulullah s.a.w dan Agama di dalam hati anak-anak sedari kecil maka akan rapuhlah dalaman mereka melawan godaan duniawi yang indah hanya sementara.
Sebagai seorang ibu, memang aku sangat takut anak-anak yang kecil ini tidak dapat melawan godaan syaitan yang di laknakti Allah dalam melawan hawa nafsu mereka di dunia yang penuh pancaroba ini. Aku sendiri pernah melalui pengalaman yang membuat aku rasa ingin putar kembali masa supaya tidak hanyut dalam nikmat dunia yang sementara tetapi membuat hidup kita rasa sangat hina kerana bergelombang dengan dosa.

“Ya Allah Ampunilah aku…………………………………………………………………………"

-Amin-


Sempurnakah hidup kita tanpa ibu, tanpa ayah di sisi. Bersyukurlah dan hargailah jasa dan pengorbanan mereka, sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka dan kasihilah mereka  kerana KASIH IBU DAN AYAH SAMPAI KE SYURGA.


Gambar: carian google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...