Tuesday 31 December 2013

AZAM TAHUN BARU 2014

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Carian google

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu di hari pertama tahun baru. Setiap orang ada azam yang sudah pun dicapai dan sudah mula membentuk suatu azam yang baru. Bagi sesiapa yang azamnya tidak tercapai pada tahun 2013 mudah-mudahan tahun 2014 ini akan tercapai.

Saya juga tidak ketinggalan, mungkin azam tahun 2013 tidak dapat dicapai sepenuhnya tetapi tahun 2013 akan sentiasa di kenang kerana banyak perkara yang berlaku tidak ada dalam perancangan. Memiliki blog juga adalah satu perkara yang tidak pernah di rancang. Keseronokkan mempunyai blog adalah salah satu terapi yang paling berkesan untuk meluahkan perasaan dan belajar menjadi seorang yang penyabar, berdisiplin, dan berilmu di dalam penulisan dengan penggunaan ayat-ayat penyampai yang betul dan berguru.

Sejujurnya sebelum ini saya bukanlah seorang penulis dan sangat sukar bagi saya menjadi penulis. Blog yang saya inginkan suatu ketika dahulu adalah untuk melebarkan sayap perniagaan. Saya juga berpendapat dengan membayar yuran, pembelajaran saya akan berakhir setelah selesai pembelajaran saya. Tetapi saya silap, rupanya banyak sangat kelebihannya dan bukan sekadar berada di kelas malah lebih dari itu.

Saya menjadi lebih yakin untuk menulis. Rupanya blog yang saya miliki bukan hanya untuk berniaga malah ia tempat untuk mencurahkan ilmu dan menimba ilmu. Selain dari itu, sebagai graduan kelas saya juga telah diserapkan ke dalam Facebook Penulis Bebas dan Usahawan Online dan Akademi bekerja dari rumah.

Alhamdulillah saya telah berada di antara jaringan penulis blog dan usahawan online seramai 300 orang yang berada diseluruh negara. Walaupaun kami tidak pernah bersua muka, tetapi kami bagaikan sebuah keluarga besar. Kami saling berkongsi ilmu dan kepakaran dan bersama-sama menyumbang sesuatu demi keutuhan akademi. Masing-masing membantu dalam meningkatkan mutu blog dan taraf hidup.

Percaya atau tidak blog yang baru beberapa bulan wujud ini sudah mempunyai ribuan pembaca. Dengan ukhwah dan semangat saling membantu ini, saya yakin dan terus bersemangat untuk terus berusaha memanjukan diri saya sendiri untuk melangkah lebih jauh dan berjaya menjadi pembaca dan penulis yang berilmu dunia dan akhirat.

Mulakan tahun 2014 anda dengan satu langkah. Insyaallah kita akan memperolehi faedah yang berpanjangan. Akademi sudah menunggu, jaringan rakan dan potensi pelanggan sudah ada, guru-guru sudah tidak sabar mencurahkan ilmu, rakan-rakan sudah bersedia membantu, Tinggal kita sahaja yang perlu mengatur satu langkah kehadapan untuk maju. Pasangkan niat dan tetapkan hati untuk pergi lebih jauh.


                                  

Carian google.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...