Wednesday 29 January 2014

KEDEKUT?

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 Sumber dari: https://www.facebook.com/shakleehatiku?viewer_id=100000676001774

[ JANGAN KEDEKUT..KEDEKUT ]

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing
tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah
diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam
kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

‪#‎Ustaz‬ Azhar Idrus#

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada
orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al-
Bukhari)

Tuesday 28 January 2014

TIPS MENCARI KEBERKATAN #1

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sumber dari : https://www.facebook.com/siti.i.mohamad?viewer_id=100000676001774

[ TIPS MENCARI KEBERKATAN #1 ]

Tips ini mungkin kelihatan agak mustahil bagi kebanyakkan orang. Dan secara jujur, saya pun masih berusaha untuk melakukannya.

Elakkan berFB / whatsapp/ instagram dan sebagainya semasa waktu bekerja. Walaupun ada masa senggang, manfaatkan masa tersebut dengan aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan kita. Kerana setiap saat yang kita dibayar untuk bekerja, adalah tidak halal/berkat untuk digunakan untuk perkara lain yang tidak berkenaan. 

Contohnya seperti ketika bekerja di klinik, waktu lapang sementara menunggu pesakit boleh dimanfaatkan dengan bacaan bagi menambah pengetahuan mengenai teknologi perubatan terbaru, atau berbincang dengan teman sejawatan mengenai panduan terkini merawat penyakit (ie latest clinical guidelines).

Jika anda merasakan tips ini tidak relevan, ingatah bahawa setiap sen gaji yang dibawa pulang untuk keluarga (anak-anak terutamanya) adalah tidak halal sekiranya anda menyalahgunakan masa bekerja. Dan setiap rezeki yng syubhah pastinya akan mempengaruhi pembangunan jiwa dan mental mereka. Ya, mungkin kita tidak mempunyai masa yang banyak dengan anak2 atau dapat memberikan kemewahan yang melimpah ruah kepada mereka, tetapi usaha kecil kita ini insyaAllah dapat memastikan sedikit rezki yang kita bawa pulang adalah baik dan berkat.

Semoga Allah memberkati setiap amal kita. Selamat bermujahadah.

Komen 'betul betul betul' kalau setuju.Nanti saya share lagi insyaAllah!

BENGKEL LAMAN WEB DI SKMM CYBERJAYA, SELANGOR.

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

BENGKEL LAMAN WEB DI SKMM CYBERJAYA, SELANGOR.

Alhamdulillah, Saya selamat sampai di SKMM tepat pada masanya. Dari malam tadi saya niat nak duduk di hadapan. Alhamdulillah dapat tempat yang paling hadapan.


Bengkel anjuran .MYNIC (KKMM). Sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang menjadi pentadbir tunggal domain.my.

1) 8 domain disediakan iaitu .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my (kerajaan), .mil.my (ketenteraan), name.my dan .my

2) Hanya 2 domain yang orang awam akan dapat .com.my @ .org.my

3) Tanda (.) kat depan lambang .MYNIC melambangkan laman Web.

4) Program Bengkel Laman Web .. Projeck Komuniti (CSR) oleh MYNIC Berhad.


Kumpulan Sasaran Program.

Usahawan yang berdaftar dengan ROB atau ROC dan pihak berwajib. Enterprise & Sdn Bhd. Janji ada sysrikat.

Manfaat Peserta :

- 1 hari latihan pembangunan web.
- Percuma nama domain com.my / edu.my dan .org.my (setahun) bernilai RM 160
- Percuma Hosting saiz 10gb bernilai RM100 (hari ini di naikkan ke 15 gb.
- Menambah rangkaian perniagaan dan kenalan.
- Sijil Latihan Selepas tamat kursus.
- 3 kali minum dan makan.


Objektif:

- Menghasilkan sebuah laman web perniagaan sendiri


Entiti Yang Terlibat Dalam Program ini:

- MYNIC Berhad - pendaftaran nama domain. (taukeh)
- JARING - pendaftaran hosting (bersama pegawai jaring)
- SKMM - Venue/Makan/ Internet. (taukeh)
- Jom Trainning Centre (JTC) - Khidmat latihan. (Brand)


LiveWEBS Network & Technology Sdn Bhd

- Syarikat pelaksana program - dilantik oleh MYNIC Berhad
- Skop
- Penyertaan kursus
- Khidmat latihan


Penganjur Progam (All Cost)

- Ditanggung oleh MYNIC berhad


AWAS!!!

1. Jerangkap Samar.. (wire)
2. Emergency?
3. Surau.
4. Silent HP/ Perbualan Telefon/ Main fb...


Cikgu

 En Mohammad Zaki b. Mohamad Yusof aka Zaki JTC (pengajar)

- UTM (B.Sc. (Hons) Comp. SC. UTM, 1995
- Trainning Bertauliah PSMB (Pengkhususan Pemasaran & perniagaan Internet, Pembangunan Web dan E/dagang)



untuk buat web kita perlukan 3 benda:

- Domain (yang cantik perlu di beli/sewa) - free setahun renew RM 80
- Hosting (yang cantik kena beli/sewa) - free setahun renew RM 80
- Software/ Application (buat web - ada yang percuma dan berbayar) - free


Apa itu Domain? (papan tanda kedai)

- Nama Laman Wenb kita di Internet
- Boleh..
- Menggambarkan perniagaan anda
- Mengikut Syarikat anda
- Bebas pilih nama

Contoh:

    www.AliMaju.com.my
    www.TadikaCeria.edu.my
    www.KedaiMakanSedap.com.my

- Ada tamat tempoh (1-5 Tahun)
- Renew pada Jaring


Tips Menamakan Domain

- Pendek dan Mudah diingat.
- Menggambarkan perniagaan anda.
- Elakkan perkataan Keliru. cth: 2u,4u, bis, biz
- Elakkan tanda - Contoh: www.Ali-Maju.com.my
-Web bahasa Melayu = domain Melayu
-Web Inggeris = Domain Inggeris

Apa itu Hosting? (ruang kedai)

- Ibarat ruang Kedai
- Tempat meletakkan "barang-barang"
- Boleh buat laman web sendiri dalam hosting
-Boleh buat email korporat dalam hosting
-Ada tamat tempoh (1-5 tahun)
-Renew hosting - RM 100 sahaja/ tahun


Join Group fb - Bengkel Laman Web

(www.facebook.com/groups/569115396514344/)


Web resaiz gambar: use application pixlr.com

Asas yang paling penting:

- Resize Picture

1) Saiz gambar (lebar x tinggi) @ Width x Height = Pixel = px
  (saiz yang sesuai 400 - 600 px) (kecilkan pada mode saiz sebenar) - (image saiz tukar salah satu sahaja dalam 400 - 600px)

2) Skala - percentage % ((nak tgk saiz sebenar)go to view (kat atas) - actual pixel (100%))

- Pencahayaan

1) Adjustment pencahayaan (terang @ gelap) - Adjustment - curve

- Potongan/Crop

1) Potong Gambar ada benda yang kita tak mahu.(Tool - crop tool)

- Masukkan Text (tools > A)

1) hak cipta terpelihara
2) Layers

(save - format tukar Pxd (untuk ubah))


- Cantum gambar (header/Frame Gambar)

   1) Gambar A + Gambar B = Gambar AB

Sampai disini ye cara di ajar jika ingin tahu lebih lanjut

Saya ada menyediakan khidmat membina laman web. Jika berminat SMS/Whatapp <NAMA> <LAMANWEB> ke 012-9682967.

Layari laman web yang baru dsaya bina di www.hsnaksihat.com.my

<Seronoknya Menjahit>

















Monday 27 January 2014

Tips Menguatkan Daya Ingatan

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seringkali kita terlupa bila terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dan setiap kali mahu mengingatinya kita seringkali terlupa. Kerana itu pentingnya kita berkawan dengan kertas dan pen untuk mencatat apa yang kita perlu buat. Manusia memang mempunyai ingatan yang amat pendek jika mind set kita di ganggu oleh perkara-perkara yang kita sendiri tidak jangka. Jadi dengan menulis kita akan dapat mengimbas kembali ingatan kita dan mendahulukan perkara yang penting dahulu. 

Hari ini jom kita audit diri kita supaya ingatan kita terus kuat. 



Sumber dari: http://nurbalqisqahira.blogspot.com/search/label/Tips%20Menguatkan%20Ingatan

Tips: Menguatkan daya Ingatan

Secara umumnya,daya ingatan semakin menurun apabila usia seseorang meningkat.Daya ingatan yang kuat amat penting dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar.Saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menguatkan daya ingatan.

1.Amalkan Tidur Yang Cukup

Otak dan badan kita berehat ketika kita tidur.Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi dengan baik.

2.Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

3.Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kaki.

4.Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak menghiraukan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

5.Belajar Sesuatu yang Baru

Aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya belajar Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.Belajar sesuatu yang baru juga akan membantu otak berkembang dengan baik.

6.Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda dan memerlukan kita berfikir.

7.Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.Membaca buku-buku motivasi dan ilmiah sangat membantu dalam menguatkan daya ingatan.

8.Sebut Berulang kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

9.Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

10.Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

11.Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Antara makanan-makanan yang boleh diamalkan untuk menigkatkan daya ingatan ialah

1. Manisan madu lebah asli.
2. Air zam zam
3. Kurma / Tamar
4. Susu segar
5. Kismis / zabib
6. Halia.
7. Kekacang
8. Air rendaman kemenyan arab / kemenyan putih.
9. Kuning telur.
10. Lobak.
11. Bunga cengkih.
12. Daging burung merpati.
13. Minyak sapi.
14. Hati.
15. Za’faran
16. Otak ayam.
17. Roti kering.

Sunday 26 January 2014

PERLUKAH MENTOR?


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sumber dari: 
http://nurbalqisqahira.blogspot.com/search/label/Perlukah%20Mentor%20Walaupun%20Bekerja%20Dari%20Rumah%3F


Apa itu mentor?Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor,pembimbing atau guru yang boleh dipercayai.  Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi bimbingan kepada mereka yang memerlukannya.Mentor mestilah seorang yang melakukan apa yang mereka ucapkan.Jika mereka percaya dan berpegang kepada satu-satu prinsip atau formula,mereka biasanya mempraktikkan formula atau prinsip tersebut dengan jelas.Mentee atau protégé pula merujuk  kepada individu yang menerima bimbingan. Dalam memberi khidmat membantu, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee atau protégé yang memerlukan bantuan untuk memperbaiki lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan,perniagaan kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri. 

                  Terdapat 2 jenis program mentor-mentee.  Program mentor-mentee boleh diperkenalkan dalam konteks yang formal atau informal.  Objektif program mentor mentee yang diperkenalkan sama ada secara formal atau informal  adalah sama. Program mentor-mentee yang berbentuk formal mempunyai struktur yang lebih teratur dan ia sering diperkenalkan di organisasi-organisasi yang lebih mantap dan teguh. Program ini juga boleh berlaku dalam “alam maya’’ melalui medium sosial yang popular iaitu “facebook’’.Mentor dan protege boleh berhubung pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui facebook.

              Program mentor-mentee yang formal mempunyai objektif yang tertentu, sistem pencapaian dan penilaian diatur untuk melihat keberkesanan program yang berkenaan. Setiap mentee atau protege perlu mencapai sesuatu dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

       Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan mentee (biasanya pekerja yang baru dan kurang berpengalaman) mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif organisasi demi untuk meningkatkan kualiti kerja dan imej organisasi yang berkenaan.  Dalam situasi ini ,mentee yang menerima bimbingan dapat  berpegang kepada objektif organisasi demi untuk menjaga kualiti yang berterusan.

    Program mentor-mentee yang informal biasanya tidak memerlukan struktur yang rigid. Ia lebih kepada membantu rakan sekerja atau seperjuangan mendapatkan nasihat, bimbingan yang betul tanpa mempunyai ekpektasi yang ditetapkan.

     Bekerja dari rumah sangat mencabar ketahanan mental dan memerlukan seorang mentor.Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu pastinya sentiasa terdedah dengan cabaran yang sangat besar berbanding mereka yang bekerja di luar rumah atau pejabat.Cabaran paling utama ialah berhadapan dengan bayi atau anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Pengurusan masa yang betul dan disiplin diri yang tinggi perlu ada dalam diri setiap wanita yang bekerja dari rumah selain dari usaha yang konsisten dan sikap tidak mudah berputus asa.

         Puan Masayu Ahmad,beliau ialah mentor saya dalam menjana pendapatan dari rumah.Beliau adalah seorang suri rumah dan ibu yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.Beliau ialah seorang penulis bebas,editor,usahawan online, dan guru online yang hanya menjana pendapatan dari rumah.Kejayaan beliau amat saya kagumi dan menjadi contoh kepada saya.Saya menjumpai blog beliau yang bertajuk "Panduan Bekerja Di Rumah" melalui carian Google ketika saya sedang melayari internet.Dari situlah,saya mendapat ilmu dan idea mahu menjana pendapatan dari rumah.Saya sering membaca informasi yang berkenaan menjana pendapatan dari rumah di blog beliau.

      Tidak dinafikan,kadang-kadang motivasi diri saya jatuh merudum.Pernah juga berasa tertekan apabila bekerja dari rumah disebabkan kerenah anak yang masih kecil.Namun,setiap kali saya merasa agak tertekan,saya akan membaca kembali buku beliau yang bertajuk ‘’Jana RM Dari Rumah’’.Buku ini sangat membantu saya bagaimana mengurus tekanan dan emosi ketika bekerja dari rumah. Pelbagai ilmu yang saya pelajari melalui buku beliau.Ilmu sangat penting untuk berjaya tak kira apa pun yang kita kerjakan.Lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan.Berniaga tanpa ilmu ibarat memandu kereta tanpa petrol.




Bagi yang ingin mendapatkan buku tersebut,sila klik :http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Satu lagi buku yang wajib anda miliki ialah buku terbaru Dr Azizan Osman yang bertajuk “Magnet Kekayaan & Kejayaan’’. Formula terbukti berjaya untuk menarik kebahagian,kekayaan,kejayaan & keberkatan dalam hidup anda.

                                                           
Buku terbaru Dr.Azizan Osman untuk semua.Formula terbukti untuk menarik kebahagian,kekayaan,kejayaan dan keberkatan dalam hidup anda.Anda boleh menjadi MAGNET kepada kebahagian,kekayaan,kejayaan & keberkatanNya bila anda mula ubah cara anda berfikir,emosi anda,kata-kata anda & tindakan anda menjadi luar biasa.Orang yang tidak mahu berjaya atau tidak mahu mengubah hidup mereka lebih berjaya akan mempunyai masalah yang besar dengan orang yang berjaya!Mereka perlu mencari silap orang berjaya untuk membuatkan mereka merasakan yang mereka kononnya ok-ok atau nampak bagus.Tapi orang berjaya,mereka tidak kisah jika orang lain tidak mahu mengubah hidup mereka kerana apa yang penting ialah mereka terus memperbaiki hidup dan terus menyumbang manfaat kepada orang ramai.Hindarkan segala peikiran negatif terhadap kehidupan anda.Hiduplah dalam kekayaan,keindahan serta kebahagian kerana kejadian hidup manusia tidak pernah disia-siakan tuhan.
Mari mulakan penghijrahan secara menyeluruh dalam kehidupan melalui pembacaan buku ini.

Untuk tempahan buku ini,sila hubungi 010-7790237.Stok sangat terhad dan selalu habis dengan cepat.Saya nasihatkan supaya anda menghubungi kami di talian 010-7790237 untuk mengelakkan menunggu lama.

Sila klik di sini untuk pembelian buku ini:http://storebuku2u.blogspot.com/p/cara-membeli.html

Bagi yang ingin baru bermula bekerja dari rumah ,kalian boleh mendapatkan ebook pakej bekerja dari rumah.



Pakej asas mula berkerja dari rumah merupakan pakej asas bacaan awal untuk bermula.

Pakej Ebook (Kursus Asas Blog,Super Wahm Super Mom dan Panduan Mula Bisnek Butik Online/Offline) 
RM110 sahaja




Pakej Ebook Belajar Asas Blog,Panduan Mula Bisnes Butik Offline/Online dan 101 Idea Home-Based Bisnes
RM150 sahaja


Ebook Super Wahm Super Mom,Belajar Asas Blog Dan 101 idea bisnes makanan
RM105 sahaja


Bagi yang masih tercari-cari idea bisnes dari rumah,ebook ini sangat sesuai untuk anda.Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 101 idea bisnes dari rumah,strategi pemasaran secara offline dan online,strategi pemasaran gaya Rasulullah,rahsia bisnes Siti Khadijah dan pengalaman usahawan berjaya.


Miliki Ebook ini sekarang!
                                              
                                                            RM50 sahaja

11 Sebab kenapa anda perlu miliki ebook ini.

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

                                                                          RM50 sahaja



P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah. 

Jika ada sebarang kemusykilan,sila hubungi 010-7790237(Pn Balqis).
Anda juga boleh menghubungi kami menerusi email nurbalqisqahira@gmail.com
Atau add dan pm saya di facebook profile :
                                           https://www.facebook.com/qisevadaniaqistina.daprincess

Kami juga ada mengadakan kelas online membina blog dan fanpage.
Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.





Saturday 25 January 2014

TAK SUKA BERBLOGGING, TAPI..

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa tujan berblogging ye. Mengapa orang suka berblogging agaknya ye. Mengikut pengamatan dan pengalaman saya, kebanyakkannya orang berblogging niatnya ingin memasarkan product yang di miliki tetapi setelah saya mengikuti kelas asas blog baru saya ketahui rahsia berblogging itu adalah berkongsi kepakaran dan pengetahuan kita bersama untuk penyebaran ilmu yang tak akan padam sampai bila-bila.

Hari ini saya ambil testimoni sumber dari : http://noorulainakib.blogspot.com/2013/09/kata-tak-suka-blogging.html

Katanya tak suka Berblogging, tapi...

Jujurnya, saya tidak faham mengapa orang berblogging. Apa yang menariknya pun tak tahulah. Tambah pula sekarang banyak penggunaan bahasa singkatan yang menambahkan pening untuk membacanya. Ok, ini pemikiran saya sebelum ini, waktu minda masih diselaputi ion-ion negatif dan tidak mahu berfikir jauh, hoho.

Kasihan saya, saya silap rupanya. Hanya memandang sebelah mata dan menafikan kepentingan blog. Walhal setiap kali membuat carian di google pasti akan tertera naik alamat-alamat blog dan jaringan yang menjawab semua persoalan saya. Masih lambat perasan dan buta perasaan, maafkan saya, hehe.

Sejak menggunakan telefon pintar (smartphone), saya ada mengikuti blog beberapa penulis yang saya minati. Dengan kemudahan mobil ini, akses ke internet semakin mudah dan pantas, alhamdulillah. Pada masa yang sama akses ke mukabuku juga hanya di hujung jari dan bila-bila masa sahaja.




MULA BERBLOG

Terdetik saya untuk berblog adalah selepas beberapa kali membaca penulisan sahabat sekolah saya, Puan Khairunnisa Hamzah. Promosi yang dibuat oleh beliau pada mulanya hanya menjadi tatapan saya sehinggalah suatu ketika terdetik untuk merisik khabar. Bahasanya yang santai mengajak orang lain untuk turut sama belajar dalam Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis dengan panduan daripadanya membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencuba. Saya mempunyai minat untuk menulis walaupun tiada arah tuju yang tetap, jadi saya mendaftarkan diri untuk kelas ini.

Setelah 'bertemu' dengan Nisa di mukabuku dan hingga saat ini, alhamdulillah, Allah memberi Nisa kekuatan untuk tidak jemu menabur ilmu dan dengan sabar melayan kerenah protege-protegenya yang pelbagai, ;). Saya dipandu sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah. Kami di follow up dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, perkongsian bersama dengan rakan lain dalam kelas ini juga membantu, :). Alhamdulillah, Allah beri juga saya kekuatan untuk terus menulis berkongsi rasa di sini.


UNTUNGNYA?

Blog membolehkan kita mempunyai ruang sendiri bagi meraih pembaca dengan akses yang lebih luas berbanding mukabuku. Tidak dinafikan bahawa ruang ini mampu menjadi platform yang lebih baik dan konsisten dalam kita menawarkan khidmat/produk/ilmu kepada orang ramai. Kalau nak tahu, cubalah! Sesiapa juga mampu belajar! Klik sahaja diKelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis, :). 

Walaupun saya masih dalam proses menawarkan khidmat mengedit video, pada masa yang sama saya dapat melatih diri untuk menulis dan menyampaikan apa yang saya harap, buah ilmu. Jujurnya, saya berharap ilmu yang dikongsi ini menjadi saham saya di akhirat dan sebagai pelaksanaan tanggungjawab saya sebagai khalifahNya, :).

Moga Allah, Ya Mujeeb, berkati dan bimbing kami sentiasa, ameen.. :)

untuk keterangan lanjut berkenaan kelas asas blog dan penulisan serta pendaftaran terus ke kelas, boleh lihat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

Friday 24 January 2014

BLOG MEDIUM DUNIA INTERNET

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan testimonial salah satu pelajar yang telah mengikuti kelas asas blog.

Sumber dari : http://mamadhiyazahraa.blogspot.com/2013/09/kelas-asas-blog.html

Blog pada masa kini adalah medium utama dalam dunia internet. Pelbagai cerita kisah suka, duka, gembira, kejayaan, kegagalan, pembelajaran serta dunia perniagaan dikongsikan di blog. Tidak perlu lagi bersua muka untuk berkawan, berniaga, belajar dan bermacam-macam lagi.

Saya bermula mendekati dunia blog apabila saya cuba berniaga secara online untuk produk Shaklee. Pada mulanya, saya rasa mempelajari cara membina blog sangat payah kerana pada suatu masa dahulu saya berminat untuk membina blog untuk penulisan peribadi, tetapi hanya bertahan untuk bebrapa entry sahaja, dan akhirnya terkubur begitu sahaja.

Apabila, saya bermula untuk berniaga secara online, saya kembali mencuba membina blog sendiri dengan pegetahuan dan ilmu dari internet. Saya berjaya membinanya tetapi, tidak lah sehebat mana. Sekadar mempunyai isi tetapi tiada siapa pun yang sudi berkunjung.

Dan akhirnya, saya ditemukan dengan Khairunnisa Hamzara yang menjalankan KELAS ASAS BLOG secara online sepenuhnya. Pelbagai ilmu dikongsikan untuk memantapkan lagi cara penulisan saya dan menjadikan blog saya lebih mesra pembaca dan pelanggan. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu, semua persoalan dijawab dengan baik dan sangat membantu peserta yang menyertai kelas tersebut.

Malah dengan menyertai kelas tesebut, saya mendapat ebook percuma seperti berikut;




Jadi bagi anda yang masih mencari mentor untuk mempelajari bagaiman untuk memulakan pembinaan blog samada blog peribadi atau blog perniagaan, anda masih boleh menyertai kelas tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan.

untuk keterangan lanjut berkenaan kelas asas blog dan penulisan serta pendaftaran terus ke kelas, boleh lihat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

Wednesday 22 January 2014

DRESS UNTUK SI COMEL


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini kita belajar tutorial buat dress kanak-kanak ye.


Sumber dari: http://mymanjacollections.blogspot.com/p/tutorial-1.html

Salam kawan2....manja nak bg tutorial jahit dress ala2 smoking yg cute ni....percuma!!..dress tu cam gambar kt bawah ni...ok tak...senang je nak wat...follow jek step nyer...







Step nyer :-
1) Gunting kain mcm ni...
Panjang/labuh kain ni ikut ukuran dr dada ke lutut. Lebar kain kain lak ikut je lebar kain asal..mcm ni lerang 45.

2) Jahit kelim kat bhgn atas dan bawah kain tu...
kelim kt bhgn atas kecil mcm ni..

Jahitkan kelim mcm ni.

Kelim kt bhgn. bawah besar skit dr bhgn atas tadi.

3) Pastu jahitkan kedut2. Guna benang getah bg benang bawah sementara benang biasa bg benang atas...benang getah tu leh beli kt mana2 kedai jual aksessori jahitan ni..jahit mcm ni...
Benang getah kat bawah, benang biasa kt atas.

4) Jahitkan kedut2 tu sebanyak 3 hingga 4 baris...


5) Kedutkan dengan cara menarik benang getah di bahagian bawah..sambil menarik kain utk menjadikannya berkedut-kedut mcm ni...



6) Hasilnya seperti ini... 



7) Sebelum cantumkan check dulu saiz lebar badan..agak2 sesuai dgn saiz badan yg sepatutnya..


8) Jahitkan tepi2 kain utk cantumkannya...







9) Kemudian...buatkan tali kt bahu pula...gunting dua kain kecil mcm ni...


10) Kemudian..jahitkan kelim kt kedua2 tepi kain utk tali bahu tu..




11) Pastu..jahitkan kedut utk tali bahu tu, kt tengah2...ikut je cara mcm jahit kedut utk baju tadi...mcm ni...


12) Jahitkan kedua-dua tali bahu tadi kt baju...




13) Tadaaaaa......dah siap...senang je kann...
Model utk baju ni lom pandai possing lagi...boleh la yekk...

<<Seronoknya Menjahit>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...