Sunday 22 December 2013

Malam Gema Cinta Rasul! Shah Alam Berselawat 2013 bersama anak-anak.



Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah swt & Berterima kasih kepada suami tercinta yang berbesar hati membawa anak-anak bersama-sama memeriahkan malam gema cinta rasul di Shah Alam. Percaya atau tidak sebenarnya semenjak berkahwin kami memang tidak pernah menghadiri dan membawa anak-anak ke majlis-majlis seperti ini. 

Mulanya memang rasa kekok dan rasa seperti mahu berputus asa untuk terus bertahan di dalam dewan itu dengan kerenah anak-anak yang tak reti duduk diam, tetapi semuanya dengan izin Allah, mama boleh bertahan melayan kerenah puteri- puteri dan putera mama. Semuanya dengan izin dari Allah. Terima Kasih Ya Allah. Insyaallah, ini adalah permulaan kami sekeluarga untuk menghadiri majlis-majlis sebegini.

Majlis ini mengajak kita percaya akan prinsip- Untuk kaya dunia dan akhirat, kita perlu mulakan dengan "memberi" kerana mereka yang boleh memberi walaupun sedikit, mereka adalah "kaya" dan tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. More u give, more u get. Jika kita cintakan Rasulullah saw, kita pasti mahu menjadikan baginda sebagai inspirasi antaranya dengan memberikan sumbangan dan sedekah. Semoga setiap sumbangan kita akan memberikan kita keberkatan hidup, kewangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. 


Poster dari FB AlumniDrAzizan


Gambar sekitar majlis dari FB AlumniDrAzizan



Gambar anak-anak



Sedang menusun saff untuk solat maghrib berjemaah.



Anak-anak berlari-lari tetapi dalam setengah jam selepas itu dah penuh dengan orang.



Anak-anak memilih tempat duduk.



Bermain lagi.



Anak-anak lagi.



Gambaran dari tingkat atas sebelah kiri.

Gambar-gambar yang saya tangkap sendiri itu sebelum stadium dipenuhi ramai tetamu Allah. Kebetulan kena menjaga 3 orang anak sendirian jadi memang tak ada masa nak ambil gambar.

Alhamdulillah semuanya dengan izin dari Allah.

<<Seronoknya Menjahit>>




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...