Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perniagaan dalam dunia perdagangan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairan, al-Quran telah memberi perhatian yang cukup banyak meliputi bidang tersebut. Dari sisi lain pula, Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan misi beliau sebagai “menyempurnakan akhlak“.
Jika demikian, pastilah dapat ditemui etika berniaga dari perspektif al-Quran dan al-sunnah. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah s.a.w sendiri pada usia mudanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Kita seringkali menemui istilah-istilah yang dikenali dalam dunia perniagaan seperti “jual-beli“, “untung rugi“, “kredit“, dan sebagainya. Demikian juga dalam al-Quran mengungkapkan istilah ini saperti mana firman-Nya yang bermaksud:
“Siapakah yang ingin memberi “qardh” (kredit) kepada Allah dengan kredit yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (qardh itu) untuknya, dan dia akan memperoleh ganjaran yang banyak.”(al-Hadid: 11)
Al-Quran sebenarnya tidak meletakkan syarat yang banyak terhadap orang yang melakukan perniagaan kecuali etika yang diajarkan al-Quran bertumpu kepada prinsip“mengorbankan kepentingan peribadi demi orang lain.” (lihat Surah al-Hasyr: 9). Justeru dalam setiap perkara yang berkaitan dengan dunia perniagaan perkara yang dituntut adalah ”tidak menganiayai”.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud:
“Bagimu modal kamu. Kamu tidak teraniaya dan tidak pula teraniaya.”
Rasulullah s.a.w juga memberi sebahagian petunjuk bagi mendokong terciptanya etika di dalam perniagaan tersebut, iaitu pertama adalah kejujuran.
Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak dibenarkan seseorang Muslim menjual satu jualan yang mempunyai aib kecuali dia mejelaskan aibnya.” (Riwayat al-Quzwaini).
Manakala dalam sabda baginda yang lain:
“Siapa yang menipu kami bukan daripada golongan kami.”(Riwayat Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)
Selain itu Rasulullah s.a.w juga pernah menasihati seorang ahli perniagaan wanita dengan sabdanya yang bermaksud:
“Wahai ummu qilat, jika engkau ingin membeli sesuatu, tawarlah dengan harga yang engkau inginkan, diberikan atau tidak. Dan apabila engkau ingin menjual, tawarkanlah dengan harga yang engkau inginkan, diterima atau ditolak.”(Riwayat Quzwaimi)
Islam tidak pernah menentukan sebarang had atau sakatan tertentu dalam mengambil keuntungan. Menurut Syeikh Qardhawi, tidak ada sebarang nas dalam al-Quran atau hadis yang menyatakan keadaan tersebut, malah diserahkannya kepada dhamir (jiwa) dan pertimbangan umat Islam sendiri.
Walau bagaimanapun, Islam telah menggariskan panduannya yang jelas dalam perhubungan muamalat umatnya.
Antara panduan tersebut yang perlu diambil kira oleh setiap Muslim itu ialah batasan akhlak, ajaran agama, juga adab sopan, atau ’uruf (etika) masyarakat serta undang-undang pemerintah. Sekiranya terdapat urusan yang dilakukan di luar batasan akhlak dan bertentangan dengan ajaran agama atau bercanggah dengan ’uruf masyarakat atau menyalahi undang-undang, maka tindakan atau pengurusan tersebut dikira haram dan salah.
Apa yang disebutkan Allah s.w.t suatu perniagaan itu hendaklah berjalan secara (taradhin) persetujuan dan kerelaan bersama antara penjual dan pembeli.
Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai mereka yang beriman janganah kamu makan harta antara kamu secara batil melainkan melalu perniagaan yang berlaku secara rela hati dikalangan kamu.”(an-Nisaa: 29)
Jadi sekiranya jual beli tersebut diakukan tanpa persetujuan atau melalui penipuan maka urusan itu perlu dibatalkan.Apatah lagi jika keuntungan yang diambil secara gelap (tadlis) yang dilarang oleh agama,sekalipun pembelian tersebut telah diluluskan.
Allah s.w.t juga menekankan perlunya mengindahkan peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak melakukan apa yang di istilahkannya dengan al-bathil (baca surah An-Nisa ayat 29), iaitu pelanggaran terhadap ketentuan agama atau persyaratan yang disepakati.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Kaum Muslim sesuai dengan (harus menepati)syarat-syarat yang mereka sepakati, selama tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.”
Perniagaan adalah satu bentuk muamalat.Oleh kerana itu dalam urusan perniagaan kita harus melihat hubungan timbal-balik itu agar ia berlansung secara harmonis.
Nabi s.a.w juga ada menyebut agama adalah muamalah. Ini bermakna bahawa semakin baik hubungan timbal balik maka semakin baik pula kualiti keberagamaan seseorang.
Bukan sahaja dalam perkara berkaitan urusan perniagaan, malah apa-apa perkara sekalipun jika dilakukan secara berlebihan atau melampaui batas itu amatlah dilarang oleh Alllah s.w.t.
Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
”Jangan sekali-kali kamu bertindak melampaui batas kerana Allah tidak suka kepada mereka yang melampau.”(al-A’raf: 31)
sumber dari http://mutiaraislam.wordpress.com/2011/04/16/perniagaan-dari-pandangan-islam/
Hari ini Tadika Kak Alya mengadakan hari peniaga kecil sebagai satu activiti yang menyeronokkan berkonsepkan belajar sambil bermain, jadi kanak-kanak akan belajar mengenali konsep matawang pelbagai nilai dan untuk menarik minat kanak-kanak berniaga selaras dengan sunnah Rasulullah s.a.w .
Syabas buat guru-guru di Tadika Ceria Az-Zahrah kerana sentiasa berusaha membuat Kak Alya seronok ke Tadika.
Jom layan gambar-gambar sekitar hari peniaga kecil di Tadika Ceria Az-Zahrah..
Gerai Kelas Kak Alya .. barang niaga yang kak Alya bawa berada di dalam bakul yang paling besar tu.. mainan yang di bungkus dalam pembungkus cenderahati..
Gerai-gerai sekitar hari peniaga kecil.. macam-macam ada..
Salah satunya gerai cabutan bertuah.. ermm best ni..
Tengok tu teacher-teacher pun bersemanagat menjadi peniaga.. :-)
Pembeli sudah datang.. habis licin gerai permainan..
Muka-muka ceria pemborong sakan.. tengok kat tangan mereka tu penuh plastik..
Kak Alya hanya membeli air kotak, puding dan gula-gula je.. ermm.. mamanya pulak yang pelik.. aikk kenapa sikit je.. jawapan Kak Alya dia malu kat Teacher-teacher sebab tu tak membeli.. macam ni pun ada ye.. sudahnya semua duit dia bawa balik rumah buat koleksi.. macam-macamlah Kak Alya ni..
Kalaulah mama jadi Kak Alya habis duit tu tak berbaki.. hehehe.. walau apa pun Kak Alya enjoy sangat.. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment