Monday, 7 October 2013

HARI BAKAT DAN ANUGERAH TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

Teks: Hayati  Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setiap ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah mengharapkan anak-anak boleh berdikari menyesuaikan diri dan pandai dari serba serbi seperti membaca, menulis, bermain, bercerita, berkawan dan etc. Begitu juga diriku dan suami. Tatkala memandang anak-anak hati ini melonjak gembira bila anak-anak pandai membawa diri dalam pergaulan. Memang kita tak boleh menafikan yang kadang-kala ada sifat anak-anak dan percakapan anak-anak yang kita tidak boleh kawal bila mereka sudah pandai berkawan dan kadang kala lebih meniru aksi dan sifat kawan-kawan dari didikan yang ibubapa ajarkan.

Tanggungjawab yang Ibubapa zaman sekarang perlu pikul memang amat mencabar kerana perlu mengawasi anak-anak dari sifat-sifat negatif yang datang dari luar. Dunia zaman sekarang sudah canggih dengan maklumat hanya di hujung jari. Anak-anak kecil yang tidak pandai membaca sahaja sudah pandai menekan kekunci pembuka maklumat di laman internet hanya dengan melihat gambar sahaja inikan pula yang sudah pandai membaca. Jadi peranan ibubapa amat penting dalam mengawasi apa yang anak-anak layari dan sukai.

Ahad lepas saya dan suami berkesempatan menghadiri majlis Hari Bakat dan Anugerah tadika Kakak Alya Firzanah anak kami yang pertama anjuran Tadika Ceria Az-zahrah di Goldcourse Hotel, klang . Bertemakan Pakaian Tradisional Negeri-negeri, Oh my Malaysia. Amat mengujakan sekali. Sangat meriah dan Alhamdulillah kami dapat meja kedua hadapan. Seronak bila dapat melihat sendiri bakat terpendam anak-anak kecil.

Jom layan gambar-gambar yang saya ambil sepanjang majlis di bawah..


..Pentas Persembahan..



Bacaan pembukaan dari anak-anak tadika tahfiz.. insyallah jika di izinkan Tuhan Tahun depan Kak Alya pun nak masuk tahfiz doakan ye..




Kakak Alya dengan tarian lagu jingling nona.. malu-malu semuanya maklumlah baru 1st time membuat persembahan .. tapi ada insident yang mana Kak Alya marah atas pentas sebab tak dapat capai tangan kawan dia.. sabarlah sayang ye.. Semua masih kaku lagi berada di pentas tapi Kak Alya tetap yang terbaik mengikut alunan lagu sehingga turun dari pentas..



Kanak-kanak 6 Tahun yang graduate.. teruja dan tak sabar nak tunggu saat-saat Kak Alya pula..



Suamiku melayan Adeeb Firas yang kebosanan dalam dewan tetapi masih boleh tersenyum lagi..



Sesi suami dan anak-anak bergambar sebelum majlis bermula.. mana diriku.. yang tukang ambil gambarlah.. ;-)


Kami berharap yang kami dapat mendidik anak-anak dan membentuk akhlak mereka dengan baik supaya meraka menjadi anak yang Soleh dan Solehah dan menjadi insan yang boleh menabur bakti bukan hanya pada keluarga malah pada semua manusia.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...