Teks: Hayati Shahadan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagai seorang yang beragama Islam sudahkah kita kaji balik diri ,Sejauh mana kita mengerjakan dan mengamalkan Rukun Islam dalam kehidupan seharian kita atau hanya memandang ringan.. Isl am bukan hanya pada nama tetapi kita perlu memahaminya dan memperaktikkannya dalam kehidupan seharian kita.. Mari kita sama-sama bermuhasabah diri untuk menjadi umat islam yang berpegang teguh pada Ajaran-Nya..
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.
2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.
4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.
5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.
Moga-moga hidup kita sentiasa dilindungi oleh Tuhan Semesta Alam. Amin.
No comments:
Post a Comment