Friday, 8 November 2013

KASIH IBU DAN AYAH SAMPAI KE SYURGA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Gambar: carian google

Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana masih lagi di panjangkan umur kedua orang tuaku  yang sentiasa  mendoakan kebahagiaan anak-anak dan sentiasa berusaha menawan hati anak-anak untuk menebus kekhilafan yang pernah mereka lalui dalam membesarkan anak-anak. Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan ibubapa yang sentiasa berjuang tanpa henti untuk memiliki anak-anak yang Soleh dan Solehah walaupun kami semua sudah membina kehiduan sendiri  dengan cara kami tersendiri tetapi aku tahu kami mengecapi kebahagiaan kerana doa ibu dan ayah yang tak pernah putus untuk kami ‘Atie’ bangga menjadi anak mak dan abah

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Tuhan yang menguasai semesta alam, Yang Maha Mendengar dan Maha Pengampun,  Ampunilah  Kedua Orang tuaku, peliharalah mereka lebih dari mereka memeliharaku sewaktu kecilku, Murahkanlah rezeki mereka dan Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat”

-Amin-

Dalam  usia mereka mencecah 60an, mereka masih lagi memerah kudrat mereka untuk kepentingan anak-anak sehingga aku rasa tidak sanggup melihat mereka bersusah payah membanting tulang empat kerat yang sudah dimamah usia untuk menebus kekhilafan yang lalu untuk mendapat anak-anak yang Soleh dan Solehah.

Terus terang aku cakap memang aku anak yang paling membantah keras sekeras kerasnya bila melihat ibu dan ayah bertungkus lumus membanting tulang empat kerat mereka untuk kesenangan anak-anak walaupun masing-masing sudah memiliki keluarga sendiri. Sungguh mulanya aku rasa ibubapaku tidak adil pada diri mereka sendiri tetapi akhirnya aku faham kenapa mereka berusaha keras untuk anak-anaknya.

Bukan kerana mereka terlalu manjakan anak-anak dengan memerah keringat mereka untuk kesenangan anak-anak di dunia tetapi lebih kepada tanggungjawab mereka kepada tuhan untuk memperolehi anak-anak yang Soleh dan Solehah di dunia untuk bekalan mereka di akhirat nanti.

Mak, Abah terima kasih atas segala-galanya, walaupun aku pernah melalui zaman kanak-kanak yang sepi, walaupun aku pernah melalui zaman remaja yang terbang bebas tetapi dengan doa mak dan abah yang sentiasa mengiringi anak-anaknya, aku dapat melalui saat-saat membina keluarga yang bahagia Cuma aku kena lebih berusaha mencari ilmu Agama dan ilmu keibubapaan supaya anak-anakku terbela dengan ilmu agama yang penuh di dada.

Bila aku pandang wajah anak-anak, aku tahu suatu hari nanti aku juga akan buat perkara yang sama kepada anak-anak kerana anak-anak adalah asset kita di dunia yang Allah pertanggungjawabkan kepada kita untuk mencorak mereka dengan acuan yang paling cantik sedari kecil sebagai panduan hidup untuk mereka memulakan kehidupan di dunia yang penuh mencabar keimanan dan dunia yang penuh dengan godaan syurga di dunia tetapi neraka di akhirat. Jika kita tidak tanamkan semangat cintakan Allah, Rasulullah s.a.w dan Agama di dalam hati anak-anak sedari kecil maka akan rapuhlah dalaman mereka melawan godaan duniawi yang indah hanya sementara.
Sebagai seorang ibu, memang aku sangat takut anak-anak yang kecil ini tidak dapat melawan godaan syaitan yang di laknakti Allah dalam melawan hawa nafsu mereka di dunia yang penuh pancaroba ini. Aku sendiri pernah melalui pengalaman yang membuat aku rasa ingin putar kembali masa supaya tidak hanyut dalam nikmat dunia yang sementara tetapi membuat hidup kita rasa sangat hina kerana bergelombang dengan dosa.

“Ya Allah Ampunilah aku…………………………………………………………………………"

-Amin-


Sempurnakah hidup kita tanpa ibu, tanpa ayah di sisi. Bersyukurlah dan hargailah jasa dan pengorbanan mereka, sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka dan kasihilah mereka  kerana KASIH IBU DAN AYAH SAMPAI KE SYURGA.


Gambar: carian google

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...