Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
MATLAMAT hidup saya untuk mendidik anak-anak saya menjadi insan yang berguna kepada AGAMA dan masyarakat. Insyaallah. Saya sangat menCINTAi mereka.
Bangun pagi ni, terlihat adik ipar saya tergesa-gesa bersiap. Mandi awal dan mengairon baju .Tertanya-tanya juga saya apa yang menyebabkan dia seolah-olah mengejar sesuatu padahal dia cuti pada hari ini. Rupanya ada kursus KAHWIN. Tersenyum sendirian saya. Saya doakan dipermudahkan perjalanan CINTA diantara mereka supaya berakhir dengan pernikahan. Suatu ketika dahulu, sebelum dia mengenali apa itu CINTA, bila cuti sahaja mesti katil adalah tempat yang dijadikan kekasih hati pengarang jantung. Kini patang cuti, mesti hilang mengejar CINTA. Begitu hebatnya penangan CINTA.
Saya juga tidak ketinggalan, semasa zaman kanak-kanak dahulu ada MATLAMAT untuk menjadi orang yang berilmu dan berjaya. Tetapi perasaan CINTA untuk mencapai matlamat itu sangat nipis dan tidak serius dalam kehidupan. Manusia tanpa CINTA akan gagal mencapai MATLAMAT dan sayalah orangnya tapi itu pada suatu ketika dahulu. Memang betul, dahulu saya rasa lebih CINTAkan manusia dari segala-galanya sehingga lalai untuk menCINTAI Allah dan Rasulullah. Di hati mengakui kebenaran Agama ISLAM tetapi cara kehidupan hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya. Di saat saya tercari-cari makna kehidupan Allah menemukan saya dengan insan yang bergelar suami untuk dijadikan MATLAMAT. Ya Allah sungguh CINTAnya Allah pada saya walhal waktu itu nipis sahaja perasaan CINTA saya padaNya dan RasulNya. Alhamdulillah, Terima Kasih ya Allah.
CINTAkan manusia mungkin kita akan di tinggalkan tetapi CINTAkan ALLAH dan RASULULLAH insyaallah kita akan CINTAkan orang-orang di sekeliling kita iaitu IBUBAPA, ISTERI/SUAMI, ANAK-ANAK, adik beradik dan ramai lagi. Bila kita CINTAkan seseorang kita sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan seseorang itu supaya terus menCINTAi kita. Bila perasaan CINTA itu ada di dalam diri kita, secara automatiknya kita ia menjadi MATLAMAT dalam kehidupan kita. Serius saya cakap bila CINTA tiada MATLAMAT akan turut terkubur sama.
Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Bezanya cuma cepat dan lambatnya jangka hayat hidup makhluk yang bernyawa kerana hanya penciptaNya sahaja yang mengetahui. Setiap perjalanan manusia itu bermula dari alam roh lagi , setelah membuat kesaksian tentang Allah selanjutnya satu-persatu roh tersebut di hembuskan Allah ke dalam Rahim seorang ibu. Setiap bayi yang lahir ke dunia akan di berikan perasaan mencintai dan dicintai. Ia, CINTA itu telah wujud di dalam setiap manusia untuk mencapai MATLAMAT dalam kehidupan.
BerCINTA itu tidak salah tetapi orang yang gilakan CINTA yang membuat ia bermasalah. Marilah sama-sama kita belajar menCINTAi bukan hanya diri kita sahaja malah lebih dari itu. Bukalah hati dan minda kita untuk belajar berCINTA supaya kita mempunyai MATLAMAT hidup yang sangat jelas.
>>Seronoknya belajar menjahit<<
No comments:
Post a Comment