Monday 27 January 2014

Tips Menguatkan Daya Ingatan

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seringkali kita terlupa bila terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dan setiap kali mahu mengingatinya kita seringkali terlupa. Kerana itu pentingnya kita berkawan dengan kertas dan pen untuk mencatat apa yang kita perlu buat. Manusia memang mempunyai ingatan yang amat pendek jika mind set kita di ganggu oleh perkara-perkara yang kita sendiri tidak jangka. Jadi dengan menulis kita akan dapat mengimbas kembali ingatan kita dan mendahulukan perkara yang penting dahulu. 

Hari ini jom kita audit diri kita supaya ingatan kita terus kuat. 



Sumber dari: http://nurbalqisqahira.blogspot.com/search/label/Tips%20Menguatkan%20Ingatan

Tips: Menguatkan daya Ingatan

Secara umumnya,daya ingatan semakin menurun apabila usia seseorang meningkat.Daya ingatan yang kuat amat penting dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar.Saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menguatkan daya ingatan.

1.Amalkan Tidur Yang Cukup

Otak dan badan kita berehat ketika kita tidur.Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi dengan baik.

2.Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

3.Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kaki.

4.Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak menghiraukan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

5.Belajar Sesuatu yang Baru

Aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya belajar Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.Belajar sesuatu yang baru juga akan membantu otak berkembang dengan baik.

6.Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda dan memerlukan kita berfikir.

7.Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.Membaca buku-buku motivasi dan ilmiah sangat membantu dalam menguatkan daya ingatan.

8.Sebut Berulang kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

9.Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

10.Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

11.Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Antara makanan-makanan yang boleh diamalkan untuk menigkatkan daya ingatan ialah

1. Manisan madu lebah asli.
2. Air zam zam
3. Kurma / Tamar
4. Susu segar
5. Kismis / zabib
6. Halia.
7. Kekacang
8. Air rendaman kemenyan arab / kemenyan putih.
9. Kuning telur.
10. Lobak.
11. Bunga cengkih.
12. Daging burung merpati.
13. Minyak sapi.
14. Hati.
15. Za’faran
16. Otak ayam.
17. Roti kering.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...