Tuesday 28 January 2014

TIPS MENCARI KEBERKATAN #1

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sumber dari : https://www.facebook.com/siti.i.mohamad?viewer_id=100000676001774

[ TIPS MENCARI KEBERKATAN #1 ]

Tips ini mungkin kelihatan agak mustahil bagi kebanyakkan orang. Dan secara jujur, saya pun masih berusaha untuk melakukannya.

Elakkan berFB / whatsapp/ instagram dan sebagainya semasa waktu bekerja. Walaupun ada masa senggang, manfaatkan masa tersebut dengan aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan kita. Kerana setiap saat yang kita dibayar untuk bekerja, adalah tidak halal/berkat untuk digunakan untuk perkara lain yang tidak berkenaan. 

Contohnya seperti ketika bekerja di klinik, waktu lapang sementara menunggu pesakit boleh dimanfaatkan dengan bacaan bagi menambah pengetahuan mengenai teknologi perubatan terbaru, atau berbincang dengan teman sejawatan mengenai panduan terkini merawat penyakit (ie latest clinical guidelines).

Jika anda merasakan tips ini tidak relevan, ingatah bahawa setiap sen gaji yang dibawa pulang untuk keluarga (anak-anak terutamanya) adalah tidak halal sekiranya anda menyalahgunakan masa bekerja. Dan setiap rezeki yng syubhah pastinya akan mempengaruhi pembangunan jiwa dan mental mereka. Ya, mungkin kita tidak mempunyai masa yang banyak dengan anak2 atau dapat memberikan kemewahan yang melimpah ruah kepada mereka, tetapi usaha kecil kita ini insyaAllah dapat memastikan sedikit rezki yang kita bawa pulang adalah baik dan berkat.

Semoga Allah memberkati setiap amal kita. Selamat bermujahadah.

Komen 'betul betul betul' kalau setuju.Nanti saya share lagi insyaAllah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...