Sunday 12 January 2014

DI TIPU PELANGGAN

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sumber dari: http://www.mulawafashion.com/2013/06/contoh-penipuan-pembayaran-oleh.html

Contoh Penipuan Pembayaran Oleh Pelanggan

Penipuan dalam perniagaan online. Ada pelanggan menipu peniaga. Ada pelanggan ditipu peniaga.
Itu fakta yang tak dapat dinafikan. 

Benar, menjalankan perniagaan online mempunyai cabaran dan kesusahannya yang tersendiri.
Salah satu cabarannya ialah memastikan samada pelanggan anda betul-betul sudah membuat pembayaran atau tidak. 

Sebagai peniaga online, adalah menjadi satu kemestian untuk mempunyai akaun bank yang boleh anda aksess melalui Internet. Ini memudahkan anda untuk melihat maklumat wang masuk. Biasanya , anda akan menerima pembayaran yang dimasukkan ke dalam akaun bank anda samada melalui :-
1. ATM-Cash Deposit Machine
2. Kaunter pembayaran di bank
3. Perbankan Internet contoh Maybank 2u, CIMB Click dll
4. Western Union dll

Sudah tentulah, bukti pembayaran diperlukan bagi melakukan semakan pembayaran dari pelanggan anda. Biasanya pelanggan akan menghantar yang berikut sebagai bukti pembayaran mereka.

1. Gambar resit  - ATM-Cash Deposit Machine 
2. Gambar resit - Slip gambar Kaunter pembayaran di bank
3. Print Skrin Gambar / Emel pemberitahuan dari bank/SMS Pemberitahuan dari bank - Perbankan Internet contoh Maybank 2u, CIMB Click dll
4. MTCN Kod - Western Union dll

Namun begitu, ada juga bukti pembayaran yang telah di-edit oleh pelanggan yang bertujuan untuk menipu. Melalui pengalaman saya dan rakan niaga online yang lain, berikut ialah contoh gambar penipuan bukti pembayaran yang dapat saya kongsikan.

PENIPUAN 1



- Pelanggan forward sms pemberitahuan  dari bank menyatakan pembayaran telah dibuat pada 28 May 2013.
- Peniaga online membuat semakan dalam akaun bank dan menyedari tiada wang masuk sebanyak RM40 seperti yang diberitahu  pelanggan
- Peniaga online menghantar sms kepada pelanggan memberitahu tiada wang masuk dan meminta bukti pembayaran dihantar semula bagi membuat semakan.
- Pelanggan menghantar sms pemberitahuan dari bank semula 
- SMS ke dua yang dihantar bertarikh 27 May 2013.

Nota : 
-Ke dua -dua SMS di atas mempunyai no transaksi yang sama namun tarikh transaksi dilakukan  adalah berbeza.  
-Jelas pelanggan telah meng-edit sms pemberitahuan tersebut dan terlupa edit apabila diminta menghantar bukti pembayaran kali ke dua.
-Jangan mempercayai sms seperti ini adalah bukti pembayaran telah dilakukan 100%. Semak wang masuk akaun anda adalah cara yang paling boleh dipercayai!


PENIPUAN 2



-Gambar di atas merupakan print skrin computer selepas transaksi maybank 2u dilakukan.
-Sekiranya pelanggan menghantar gambar print skrin seperti no 2 ...jangan sangka pembayaran telah dilakukan ke dalam akaun anda. 
- Lihat gambar print skrin No. 1 . Anda sudah nampak di mana bentuk penipuan ingin dilakukan?
- Ya, anda betul. Print Skrin ini telah di "crop" sebelum no. TAC di masukkan.

Nota :-
Sebagai peniaga online, jangan malas melakukan semakan secara menyeluruh.
Janganlah sekadar menyangka, pembayaran telah dibuat apabila menerima gambar bukti pembayaran.
Lihat bukti yang dihantar, lihat tarikh yang dinyatakan, buka lampiran gambar yang diberikan, buka akaun anda untuk melihat transaksi wang masuk. Pastikan ke semua nya dan barulah penghantaran barang boleh dilakukan.

GAMBAR BUKTI PEMBAYARAN YANG BETUL


Print Skrin No. 3 dan No. 4  adalah print skrin yang di ambil selepas No. TAC di masukkkan.

p/s : pembayaran yang dilakukan dari bank lain ke bank lain akan mengambil masa sebelum maklumat muncul dalam akaun anda ya. Harap maklum

Kesimpulannya, semakan wang masuk dalam akaun anda adalah satu kewajipan.
Jangan malas melakukannya . Sentiasa tahu berapa baki wang anda yang terakhir.
Memang agak susah melakukan semakan sekiranya transaksi wang masuk anda adalah tinggi dan kerap setiap hari. Tetapi, lagi susah sekiranya anda kerugian apabila ditipu.
Bukankan wang masuk yang banyak menandakan perniagaan anda bagus?
Semak,semak dan semak wang masuk anda.Itu tanggungjawab anda sebagai peniaga online. 

Apapun, sepanjang saya menjalankan perniagaan online, peratusan pelanggan yang tidak jujur dalam menghantar bukti pembayaran adalah sangat rendah berbanding pelanggan yang jujur.
Berhati -hati dan selamat berniaga online.
Tunggu entry saya yang seterusnya ya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...