Thursday 9 January 2014

KISAH KALKATU

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Pernah tak kita berfikir kenapa Allah menjadikan Kalkatu, nyamuk dan lalat?



Kisah Kalkatu,

Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat ataupun kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia merbahaya kepada kesihatan manusia. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banayk rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya.

Allah Maha Bijak dan Maha Mengetahui.

Pada suatu malam yang sunyi lagi gelap. Keluarlah kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke suatu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan kearah beberapa buah pelita yang di pasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Tetapi ada seekor yang tak mati sekalugus dan mampu terbang lagi. Tetapi tidak serik dengan kepanasan itu. Walaupun ia sendiri melihat kawan-kawannya tersungkur kebumi satu persatu. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu tersebut. Mungkin kerana kedegilan dan keseronokkan melulu. Tanpa berfikir panjang. Ia menerpa api itu sekali lagi. Kali ini nasib tidak menyebelahi ia dan ia menemukan maut.

Termenung aku sejenak. Apa Hikmah Allah jadikan Kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu ia tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu DADAH itu merbahaya. Namun masih menjadi pengguna tegar. Meraka tahu tidak berSEMBAHYANG itu boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Namun masih lagi tidak mahu ber SOLAT. Mereka tahu MEROKOK merbahayakan kesihatan. Namun masih lagi menghisap. Mereka tahu berjudi itu HARAM. Namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berZINA itu DOSA. Namun masih tetap melakukannya. Mereka tahu SYURGA itu penuh kenikmatan tetapi menjahuinya. Mereka tahu NERAKA itu penuh dengan AZAB. Namun ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu SYAITAN itu musuh utama. Namun menjadikan mereka kawan.

Banayk lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia, namun hakikatnya berotakkan kalkatu. MORAL & IKTIBAR ALLAH memberikan akal kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalah gunakan, manusia itu sendiri yang rugi malah lebih dasyat dari kalkatu.

Kebanyakkan manusia terTIPU dengan KEMANISAN DUNIA tanpa membayangkan KEMANISAN AKHIRAT. Betapa ramainya manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja, pada hakikatnya mereka semua mengejar api neraka.

FIKIRKAN SEJENAK.

Siapa dan dimanakah kita?

Adakah kita juga seperti kalkatu itu?

Hanya kita sendiri yang mengetahuinya..............

Muhasabah diri setiap hari untuk menambah kuatili hidup yang lebih bermakna di dunia untuk bekalan kita di akhirat sana.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...