Thursday 5 September 2013

KISAHKU

DUGAAN DI BULAN PUASA


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua..

Maaf Sangat-sangat jika seminggu ni saya menyepi terus dari dunia blogger. Di permulaan bulan puasa lagi saya di uji dengan bermacam-macam dugaan. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.

Alkisahnya, pada satu Ramadhan di hari saya masuk ke kelas belajar Asas membina Blog dan kebetulan anak sulung saya demam campak, saya pula terpaksa mengambil cuti kecemasan. Antara Empat Anak, Kerjaya, kelas belajar Asas membina Blog & Kelas belajar Seni Jahitan Kreatif. Sangat rasa bersalah pada anak, majikan, Sifu Khairunnisa & diri sendiri untuk melaksanakan semuanya dalam masa seminggu memang memeningkan.

a) Anak (Kakak Alya)

Bila terkena demam campak akan keluarlah ketulan-ketulan yang berair, memang pada masa ini Kakak Alya akan berasa gatal dan tak selesa. Dia akan minta saya sentiasa berada berdekatan dengannya. Nak tido pun tak lena. Kesian dia.

b) Kerjaya

Hari pertama (satu Ramadhan - Rabu) saya sendiri mengambil cuti kecemasan untuk menjaga Kakak Alya yang demam campak. Keesokkan harinya (Khamis) suami pula mengambil cuti dan hari seterusnya (jumaat) saya pula bercuti. Kebetulan pada hari jumaat di Pejabat, memerlukan maklumat pasal kewangan dari saya dan majikan saya meminta saya masuk segera ke pejabat untuk menyelesaikannya. Memang sungguh berat permintaan majikan saya kerana antara anak dan kerjaya. Akhirnya terpaksalah saya pasrah dan membawa anak ke Pejabat. Kesian Kakak Alya (Sepatutnya berehat dirumah). Hari Sabtu dan Ahad demam campak masih menyerang Kakak Alya jadi Hari Isnin terpaksalah mengambil cuti lagi dan juga hari ini (Selasa). Klu esok Kakak Alya tak sihat lagi kenalah sambung cuti dan mungkin terpaksa ambil cuti yang lama tanpa gaji. Dugaan betul.

c) Kelas Belajar Asas Membina Blog

Maaf sangat- sangat pada Sifu Khairunnisa kerana tak dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Masa memang sangat-sangat terbatas antara anak-anak, kerja-kerja rumah yang tak pernah habis dan kerjaya membuat masa yang banyak telah berlalu begitu sahaja. Masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi di facebook dan berblogging juga hilang. Rasanya perancangan masa mesti di buat untuk terus konsistent dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Insyaallah dalam sehari dua lagi akan diusahakan.

d) Kelas Seni jahitan Kreatif

Hanya pergi pada hari minggu sahaja. Tetapi bulan ramadhan ini benar-benar mencabar. Tak ada masa untuk ke Kekelas memandangkan anak sedang sakit dan kesian juga dekat si sisuami kerana terpaksa menjaga tiga orang anak kecil walhal hari minggu adalah hari untuk berehat. Maafkan mama ye papa.

Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hambamu ini untuk menghadapi dugaan yang kau berikan ini dan permudahkanlah segalanya Ya Allah.. Amin..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...