Monday, 2 September 2013

..JOM JADI KREATIF..

Teks : Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita kreatif itu perlu untuk menjadikan kehidupan kita nampak indah, penuh keseronokan dan berwarna-warni.. Kita sering mendengar ramai yang berkata, "susah la nak buat benda ni", "tak reti nak buat la", "kena masuk kelas dulu baru pandai buat ni" dan etc..  

Hakikatnya dalam setiap diri seorang manusia itu adanya berbagai-bagai imaginasi yang tak terjangkau dek akal yang boleh menghasilkan sesuatu yang bersifat kreatif..

Jom Berangan.. :-)



Berimaginasi itu perlu untuk gambaran yang akan mendorong kita berusaha menjadikan sesuatu itu sama hasilnya dengan apa yang kita angankan.. Biasanya angan-angan lebih bersifat sempurna dari apa yang di hasilkan tetapi apa yang perlu dilakukan ialah, "practice make perfect", kita berlatih sendiri. Cari jawapan sendiri, buat latihan sendiri dan banyakkan bertanya kepada mereka yang tahu dan pakar.

Kita boleh guna imaginasi yang ada dalam fikiran dan jadi lebih kreatif asalkan kita ada inisiatif, fokus, banyak membaca dan ada kesedaran sendiri dalam menghasilkan sesuatu. Dengan adanya televisyen, internet, majalah, surat khabar dan pelbagai lagi sumber informasi dalam mengetengahkan maklumat-maklumat serta pengetahuan Am seharian dan setiap hari berlaku di dunia ini dapat kita jadikan sumber itu sebagai panduan dan latihan kepada diri kita.

Apa yang perlu kita lakukan, berani mencuba, kreatifkan diri dan minda. Sentiasa mencuba sesuatu yang baru. Setiap orang ada kemahiran masing-masing samada dia adalah seorang yang biasa-biasa atau seorang yang hebat. Lebihkanlah mencari keistimewaan yang ada pada diri kita dari mencari keistimewaan yang ada pada orang lain. Setiap manusia yang Allah jadikan itu ada keistimewaannya tak kira siapakah dia. Cuma yang membezakannya hanyalah usaha dan keyakinan yang ada pada diri sendiri. Jadikanlah kehidupan kita serba serbi kreatif untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Kreativiti itu wujud di mana-mana, kreatifkan diri dengan segala bidang yang ada di dunia ini, jangan terhadkan minda untuk buat 1 perkara sahaja, minda tidak akan berkembang.

..Kreatif itu indah..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...