Teks: Hayati Shahadan
Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri.. di saat seseorang itu gembira ingatlah pada yang tidak bernasib baik, di saat seseorang itu bersedih cubalah jadi penawarnya, di saat seseorang itu memerlukan berikanlah bantuan dan disaat seseorang itu dalam kesusahan janganlah dianiaya..
Tuhan menjadikan setiap kejadian bersebab, kita sebagai manusia mesti redha dgn qada' dan qadar.. Ya Allah, jadikanlah aku hambamu yang selalu bersyukur dengan apa yang kau berikan pada ku.. aku takut kalau-kalau aku menjadi seorang yang lupa janjiku pada Mu.. Ya Allah kau lindungi lah Aku dan Keluargaku dari manusia-manusia yang Zalim..
Ya Allah, Kuatkanlah keimananku, berilah aku tahap kesabaran yang tinggi dan kuatkanlah diriku untuk berhadapan dengan dugaan yang kau telah takdirkan untukku..
Ya, aku rasa di aniaya oleh bekas majikanku.. di saat menjaga anak-anakku yang sakit aku di uji dengan majikan yang tidak boleh bertimbang rasa.. memang berat aku rasa untuk meneruskan kerjayaku.. di saat aku memerlukan kefahaman dari majikanku disaat itu aku di tekan.. aku rasa sangat kecewa, lalu aku nekad untuk menamatkan perkhidmatanku kerana aku tahu keluarga itu adalah anugerah tidak ternilai yang dikurniakan Tuhan untuk menjaganya.. aku pasrah..
Tetapi aku kecewa.. kerana majikanku itu adalah pemilik syarikat yang mengenali aku sekeluarga, yang seBANGSA denganku dan yang paling penting seAGAMA.. kerjaku juga teratur dan aku sempat menyiapkan report sebelum meletakkan jawatan.. kenapa majikanku tidak melihat semua itu.. sejak aku bekerja di situ aku tahu banyak perkara yang tidak betul telah berlaku, banyak penindasan dan hak pekerja di ambil dan aku masih lagi berusaha mengingatkan majikanku.. tetapi semuanya sia-sia.. Kerana DUIT MANUSIA MUDAH LUPA DIRI.. Kerana DUIT manusia rasa berkuasa.. Kerana DUIT manusia boleh membeli segalanya .. tetapi hanya di DUNIA..
Majikanku memaksa aku berhenti 24 jam dan membayar ganti rugi sedangkan aku telah meninggalkan kerjaku dengan teratur.. alasannya kerana aku letak notice sebulan kerana menjaga anakku yang sakit tidak di terima.. kenapa begitu kejam majikanku terhadapku.. Aku ada sebab.. dan sbb yang lain adalah kerana majikanku terlalu memaksa aku sehingga kadang2 aku terpaksa masuk office bersama anak-anakku yang sedang sakit .. sepatutnya majikanku tidak menggangguku kerana aku hanyalah pembantu sahaja disitu.. aku bukan orang yang penting..
Disaat aku mahu berhenti dengan cara yang baik, disaat itu juga majikanku memaksa aku membuat keputusan yang sangat drastik iaitu meninggalkan syarikat itu dalam keadaan marah terhadap majikan.. aku keluar dari bilik majikanku dengan seribu satu macam perasaan marah, sedih, geram dan.. etc.. aku meninggalkan majikanku disaat dia sedang berbicara denganku.. kadang-kadang aku tak faham dengan manusia yang hanya memikirkan kepentingan hidupnya dari kehidupan orang lain.. aku sudah tidak mampu lagi bertahan.. aku betul-betul tidak faham kerana soalan yang ditanya oleh majikanku tetapi bila aku jawab dia tidak menerima alasanku :-
1) Kerja - siap dan teratur (Majikan berpuas hati)
2) Kenapa bercuti - Menjaga Anak yang Sakit (Demam campak dan disusuli surat dari doktor) - Majikan tidak menerima alasanku untuk berhenti kerja.
3) Bagi notice sebulan - Sebab tidak boleh janji yang anak2ku akan sihat sentiasa dan majikanku terlalu memaksa (Majikan tidak mahu terima alasanku)
4) UNFAIR pada diriku kerana dia memaksaku menambah hari bekerjaku ataupun meletakkan jawatanku 24jam dan membayar ganti rugi dan yang paling aku marah bila majikan bersuara "Awak kena letak notice berhenti 24 jam, boleh ke awak bayar ganti rugi pada syarikat??" Aku memang tidak mampu lagi bersabar.. Dia ingat aku ni gila DUIT macam dia.. aku ni tak terdesak sangatlah nak bekerja dengan dia.. Aku masih ada suami dan keluarga..
Selamat tinggal .. jom layan.. Suasana yang tenang di tempat kerja..
Sehingga hari ini dia masih lagi tidak mahu melepaskan aku..
No comments:
Post a Comment