Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Asalnya saya sendiri tidak pandai berblogging.. Tetapi saya suka membaca blog-blog perkongsian ilmu dan nasihat untuk membantu saya menyelesaikan masalah yang datang dalam kehidupan.. Walaupun masalah berbeza tetapi ia mendatangkan inspirasi yang lebih kurang sama untuk mengatasinya..
Bila kita bekerja, masa untuk keluarga sangat-sangat terbatas.. Antara Suami , Anak-anak dan Kerjaya memang mencabar kita untuk menguruskannya.. Mempunyai anak-anak kecil yang memerlukan lebih perhatian membuat saya terfikir sampai bila saya harus begini.. Pada mulanya saya terjumpa dengan blog mentor saya http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/blog-page_5160.html yang menawarkan pakej Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis. Dari situ saya terfikir untuk membuat blog yang boleh di jadikan tempat berniaga online dan boleh meneruskan rancangan saya untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa di sisi suami dan anak-anak sambil berniaga online.. Tetapi bila saya mengenali mentor saya yang juga di kenali sebagai Nisa Nua @ https://www.facebook.com/nisanua?fref=ts di laman FaceBook membuat saya terfikir panjang.. Rupa-rupanya berblogging bukan hanya untuk berniaga tapi lebih kepada perkongsian pendapat, nasihat, peringatan dan ilmu yang tidak akan putus sampai bila-bila..
Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Kebetuan yang tak disengajakan kerana terlalu banyak halangan yang saya kena lalui dan tempuhi setelah saya mendaftar ke Kelas Belajar Asas Membuat Blog yang mana anak-anak saya deman campak seorang demi seorang dan majikan yang tidak memahami membuat saya seolah-olah ingin berputus asa untuk meneruskan blog ini, tetapi saya amat bertuah kerana Mentor Nisa Nua memberi saya peluang yang luas dan menerima serta membimbing saya untuk terus berblogging mengikut masa dan keselesaan saya. Terima Kasih..
Saya memang seorang yang suka membaca tetapi tidak pandai menulis membuatkan saya seronok berguru untuk belajar menulis agar coretan yang di hasilkan bermanfaat dan berguna. Harapan saya agar saya lebih matang dalam penulisan dan dapat berkongsi banyak ilmu pengetahuan tentang Dunia Seni Jahitan Kreatif..
No comments:
Post a Comment