Teks: Hayati Shahadan
Assalamualaikum..
Di dalam kehidupan seharian kita di kelilingi dengan pelbagai barangan yang perlu di jahit sebelum di pakai atau di jadikan barangan hiasan. Bukan hanya mencipta barangan yang baru sahaja malah bila pandai menjahit kita boleh menampal apa sahaja yang rosak.. Untungnya pada sesiapa yang pandai menjahitkan.. Ia juga boleh di jadikan Hobi dan pendapatan sambilan.. Yelah kan tiap-tiap kali nak raya kita mesti susah hati nak cari orang yang boleh menjahit baju raya, langsir raya dan barangan untuk menyambut Raya. Bukan sekadar jimat bila pandai menjahit sendiri malah banyak pendapatan yang boleh di dapati dari situ.
SENI JAHITAN boleh dijadikan sebagai sumber utama ataupun sumber sampingan untuk korang kalau ianya dilakukan dengan cara yang betul. Menurut Pengasas Urusan Pusat Latihan Kraftangan Epal, seni jahitan amat unik terutama bila ia melibatkan seni jahitan kreatif kerana ia tidak tertumpu kepada satu produk sahaja.Epal yang bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang seni jahitan yang menawarkan pelbagai jenis kaedah jahitan secara kreatif menggunakan mesin jahit computer memberikan pelbagai kursus untuk korang yang berminat. Dari situ korang bolehlah gunakan seni jahitan dengan betul…
Dengan adanya kursus sebegini, ia mendedahkan bukan hanya kepada satu bidang sahaja, tetapi meliputi bidang yang lain juga.
Pusat Latihan Epal ni juga menyediakan mereka yang pakar dalam bidang seni jahitan untuk mengajar pelajar yang menghadiri kursus tersebut .Selain itu, Tujuan mesin ini membantu mempermudahkan cara jahitan.
Jom layan..
http://www.youtube.com/watch?v=udd8Y2VtSa0
No comments:
Post a Comment