Teks: Hayati Shahadan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semuanya dengan izin Allah.. sememangnya sebelum ini saya berhasrat membuka syarikat persendirian untuk berniaga kecil-kecilan, tetapi memang tak sangka ianya secepat ini.. Alhamdulillah..
Hari ini selesai sudah urusan mendaftar syarikat di SSM. Saya buat dekat Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Amat mudah dan senang. List yang perlu di bawa masa mendaftar :-
1) I/C original (pemilik)
2) I/C copy (pemilik)
3) Duit
4) Pen (untuk mengisi borang)
Ambil borang pendaftaran di kaunter hadapan, isi nama, alamat, no. tel dan yang penting nama syarikat yang nak di guna pakai. Kita mesti buat beberapa pilihan nama untuk mengelak nama yang kita pilih di tolak. Tak lupa juga jenis perniagaan yang nak di usahakan.. Kalau boleh listkan banyak-banyak supaya kita ada banyak pilihan kerana jika nak tambah setelah lesen dikeluarkan akan dikenakan bayaran tambahan. Kemudian ambil nombor giliran dan tunggu untuk membuat bayaran.
Alhamdulillah, saya sudah dapat.. anda bila lagi.. jom mendaftar..
No comments:
Post a Comment