Tuesday, 1 October 2013

JAHITAN SEMENTARA

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah jenis Jahitan Sementara

Jelujur TandaJelujur Tak SamaJelujur Tegak
Jelujur Panjang PendekJelujur Kasar (Jelujur Sama)

Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.
Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda.
Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.
Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus.

KEGUNAAN JELUJUR
Untuk memindahkan garisan-garisan pada pola kainMisalnya jelujur tanda
Untuk menandakan kedudukan dan garisan-garisan polaJelujur tak sama
Jelujur panjang pendek
Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buat sementaraJelujur tak sama
jelujur panjang pendek jelujur kasar
Untuk menetapkan dua atau lebih lapisan kain sebelun di mesinJelujur tegak
Jelujur serong


JELUJUR TANDA
Kegunaan jelujur tanda ini ialah untuk memindahkan tanda-tanda pola atau garisan pola daripada pola kertas ke atas kain. Cara memindah ini adaklah lebih bersih daripada menggunakan kapur tukang atau roda surih.
Dimulakan dengan menjahit di atas garisan pemadan dan terus menjahit mata jahitan lain dengan meninggalkan gelungan.
Juga dimulakan dengan lembar benang, menjahit satu mata jahitan 2 ½ cm di lubang pola kertas dan jahit sekali lagi pada pola lubang tadi dan tinggalkan gelungan benang kira-kira 2 ½ cm kemudian potongkan benang dengan meninggalkan 2 ½ cm di hujung.
JELUJUR TAK SAMA
Jahit dari kanan ke kiri dengan satu lembar benang dan mulakan dengan jahit kia.
Mata jahitan pada sebelah luar adalah 1 ½ cm panjang dan jaraknya 1 ½ cm.
Mematikan jahitan dengan jahit kia. Ia sukar dicabut tetapi tidak begitu kukuh.



 JELUJUR TEGAK SERONG  
Mulakan jahitan dengan jahit kia dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah
Jarum dicucuk melintang dan mata jahitan di sebelah belakang adalah melintang. Jahitan ini teguh dan susah untuk dicabut
Mematikan jahitan dengan jahit kia. Ia hendaklah dijahit atas permukaan yang rata tanpa mengangkat kain bagi mengelakkan gelembung.
 JELUJUR PANJANG PENDEK 
Mulakan dengan satu lembar benang dengan jahit kia dari kanan ke kiri
Mata jahitan yang panjang adalah 1 ¼ cm dan yang pendek adalah ½ cm. Jaraknya ialah ½ cm
Mematikan jahitan dengan jahit kia. Ia lebih teguh dan susah dicabut.
Jahitan ini sesuai bagi kain tebal, kain yang lembut dan mudah tergelincir.
 JELUJUR KASAR  
Dengan satu lembar benang. Akhirkan dengan jahit kia. Jahitan ini senang dicabut.
Mata jahitan adalah sama panjang disebelah luar dan dalam kain iaitu 1 ¼ cm





JAHITAN PENGEMAS

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain.



JAHIT SEMBAT SUSUP
Jahit di sebelah dalam dari kanan ke kiri
Mulakan jahitan dengan jahit kia di bawah lipatan.
Cucuk 2 atau 3 benang kain sahaja di bahagian kain selapis yang rapat dengan tepi berlipat.
Tarik jarum keluar kemudian susupkan jarum ke dalam lipatan kira-kira 0.3 - 0.6 mm besarnya.
Cucuk jarum balik ke bawah dan terus menjahit dan matikan jahitan dengan jahit kia.
Ia jahitan kecil, halus, sekata, kemas, akan membentuk 'V' tetapi kurang kukuh.
JAHITAN SILANG PANGKAH
Mulakan jahitan kia pada T.
Masukkan jarum dari U dan keluar dari V dengan jarak 1 mm seperti dalam rajah
Jahitan TU diperoleh. Masukkan jarum pada W dan keluarkan pada X seperti rajah (b)
Jahitan VW diperoleh. Ulangi lagkah 2 dan 3 untuk mendapatkan hasil jahitan silang pangnkah yang dikehendaki

JAHITAN INSANG PARI
Buatkan beberapa jelujur halus menegak pada E. Jarum dicucuk menegak pada F seperti dalam rajah (a)
Letakkan jarum di atas benang dan tarik keluar dengan menghala ke arah pengguna
Ulang langkah di atas sehingga akhir.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak. Jahit dari kiri kekanan. Jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit
Mula dan matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus
Digunakan untuk mengemas tepi kain, basi kelim dan sebagai jahitan sulaman untuk menjahit kulat-kulat.
JAHITAN LILIT KEMAS
Mulakan dengan 2 atau 3 mata jahitan jelujur halus
Cara menjahitnya sama dengan jahit lilit ubi tetapi ia dari kiri ke kanan.
Jarum menyendeng sedikit ke kanan atau menegak menghala ke arah penjahit
Jahitan ini halus dan mesti 0.3 cm daripada tepi kain serta jaraknya 0.3 cm di antara jahitan. Akhirkan jahitan dengan menjahit balik ke kiri.

JAHIT SEMBAT  
Jahit dari kanan ke kiri di S.D. kain
Mula dan matikan jahitan dengan jahit kia
Buat mata jahitan dengan menyondongkan jarum pada sudut 30 darjah
Ia jahitan kecil, halus, sekata, kukuh yang kelihatan di sebelah luar
Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet pakaian, lapik, ikat pinggang dan lain-lain.
 JAHIT LUBANG BUTANG 
Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada sebelah kiri.
Cucuk jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.
Kemudian tarik kedua-dua lembar benang daripada mata jarum dan gelungkan benang itu di bawah jarum sebelum jarum itu ditarik ke hadapan.
Lebar jahitan adalah selebar 4 urat benang kain yang digunakan dan jarak antara jahitan ialah setebal benang menjahit. Tiap-tiap mata jahitan ditamatkan dengan satu simpul.
Matikan jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus menegak ke sebelah kanan mata jahitan lubang butang yang akhir berdekatan dengannya.
Digunakan untuk menjahit lubang butang, menjahit butang katup, butang cangkuk dan sebagai jahitan sulaman



maklumat dari http://ejahitanonline.tripod.com/jahitkemas.htm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...