Monday, 14 April 2014

[ TIPS UNTUK MENGAWAL KELAJUAN MESIN INDUSTRI ]


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TIPS UNTUK MENGAWAL KELAJUAN MESIN BAGI MEREKA YANG TIDAK MAHIR ATAU BARU MENGGUNAKAN MESIN JAHIT INDUSTRI .

Gambar : Google


1. KEDUDUKAN TAPAK KAKI PADA PEDAL

Gunakan hanya sebelah kaki sahaja di atas pedal mesin. Tapak kaki sebaik2 berada betul2 di tengah pedal. Bukan hujung atau separuh

2.TENAGA MEMIJAK PEDAL

Cuba gunakan tenaga hanya dari hujung jari kaki untuk menekan pedal. Cara ini akan membuatkan mesin anda bergerak perlahan . Jangan pijak pedal dengan kedua belah2 kaki ataupun sepenuh tapak kaki. Kerana tenaga tapak kaki yang disalurkan agak kuat. Kaedah yang sama mcm tekan minyak kereta. Kalau tekan sikit, perlahanlah kereta. tekan minyak kuat, lajulah kereta .

3.BREK MESIN 

Ramai yang tahu nak jahit tapi tak tahu bagaimana nak berhentikan jahitan pada tempat yang diingini. Apabila tumit kaki anda menekan bahagian belakang pedal dengan jari diangkat dari bahagian depan pedal, secara automatik jarum akan berhenti . .Dengan kaedah ini anda akan dapat mengawal memberhentikan jahitan pada kawasan yang diperlukan seperti hujung jahitan, sudut jahitan dan lain2. takdalah terlajak dan asyik nk menetas jahitan je..

4. JAHIT KERTAS

untuk jimat dari membazir benang cuma gunakan kertas. Tak perlu pasang benang pada jarum. Buat lah garisan lurus, segi2 dan pusaran. Cuba jahit kertas tersebut dan belajar menjahit pd garisan yang telah dilukis. Gunakan lubang2 jahitan yang dijahit tadi sebagai rujukan. Cuba banyakkan buat latihan pada garisan melengkung dan berbiku. Kaedah ini adalah untuk melatih kita mengawal turun naik jarum secara satu persatu dan memperlahankan jahitan


Sumber infomasi dari Ida Ismail dari Facebook group Kelas Menjahit & Alatan Jahitan https://www.facebook.com/groups/Jahitan/?fref=ts

<<Seronoknya menjahit>>


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...