Monday, 14 April 2014

orang gila je yang join seminar ni


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sumber dari: https://www.facebook.com/ferrafarra?viewer_id=100000676001774

[ orang gila je yang join seminar Dr. Azizan ni ! ]

Memang orang gila je yang join. Nak masuk dewan berebut - rebut kalah budak sekolah darjah 1 ! Yang tak tahan bila makcik makcik yang warga emas pun sama berlari nak duduk depan sekali. Saya memang tak faham. Ni planet mana ni? Lain macam je! Yang lagi saya tak faham, bila saya pun sama juga berlari - lari terkangkang - kangkang sebab nak duduk depan sekali. Lagi dekat lagi bagus, boleh terkena percikan air liur Dr. Azizan. Kalah justin bieber dah DR azizan ni. Gila kan?

Sepanjang seminar tu, saya tak boleh tidur. Jam 4.30 pagi dah siap - siap nak pergi dewan. Gila! Jam 7 pagi terpacak depan pintu masuk. Tak ingat dah nak sarapan. Yang ada dalam kepala otak nak duduk depan sekali. Lapar pun tak rasa. Tak faham !

Ha yang ni lagi super duper gila ! Boleh saya kejar jutawan - jutawan yang duduk kat hot seat tu sampai lengang miecc tu. Saya tunggu dan ikut je bontot jutawan fiona tahir sampai lah dia naik kereta. Saya peluk dia macam kenal sangat je. Lama gila peluk.banyak kali pulak tu. Mesti dia perasan saya gila. Siap tukar duit rm 50 dengan jutawan fiona tahir tu. Pastu siap suruh dia tanda tangan.gila gila. Saya ikut semua yang guru suruh. Tapi terover sikit. Hehee..

Setiap kali Dr. Azizan tanya soalan, saya pasti akan tangan. Angkat buku la.. berdiri laa..macam - macam cara nak bagi diri ku yang kerdil ni nampak, tapi masih belum dapat menangkap pandangan DR azizan. Tak pe, saya nekad dalam masa 3 bulan lagi saya PUKAU DR azizan dengan success story saya ! You better watch out. Jaga jaga saya dah bertukar jadi hulk ni. Saya rempuh je semua yang ada.

Saya dah ' ter ' join spesies orang gila. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...