Monday, 14 April 2014

TAK GUNA PUNYA DR. AZIZAN !!!


Teks: Hayati Binti Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TAK GUNA PUNYA DR. AZIZAN !!!
=======================

Itulah ungkapan yang keluar dari mulut kawan saya sekarang. Dia bermula dengan menghadiri "kursus" percuma Dr Azizan sebab nak intai peluang-peluang dalam memperbaiki perniagaan dan hidupnya. Dah dapat pendedahan dalam "kursus" percuma tu, dia mula nampak (sebelum ni dia rasa dia pandai sangat) dan dia mula sedar yang, ada lagi ilmu yang lagi power dalam perniagaan ni sebenarnya. Lepas terdedah dengan intro-intro dari Dr. Azizan, dia pun mula sign up program pertama dia dengan doc masa tu, isteri dia pun sama-sama sign-up sekali, Intensif Jutawan Industri (IJI).

Bila dah masuk IJI 3 hari, baru dia betul-betul terbuka mata. Luasnya ilmu perniagaan ni sebenarnya. Apa yang dia dapat dari doc, memang satu ilmu yang, macammana nak cakap ya, satu level atau liga yang lain gila, yang tak pernah dia fikirkan sebelum ni. Doc memang smart gila. Tu lah, sebelum ni dia rasa dia terror sangat. Saya cakap kat dia sebelum ni, kalau dia terror sangat memahami kehendak manusia, kenapa biz tak meletup pun, tapi dia jawab sebab rezeki belum sampai. Ya, memang betul la rezeki Allah bagi, tapi kalau ilmu dah cetek, kenelah tambah ilmu dulu baru serah kat Allah kan? Tapi, itu sebelum IJI. Dah tamat IJI, baru dia tau langit tinggi rendah. hehehhe. 

Tapi, nak dengar lagi 1 cerita yang lagi klimaks tak ? Itu bukan pengakhir bagi dia. 

Masa IJI tu, Dr. Azizan ada juga selit-selit ilmu keberkatan rezeki, ketentuan Allah dan sebagainya lah. Ya, semua tu dia dah tau. Dia pernah jugak ada pengalaman jatuh susah gila-gila punya lepas kene buang kerja dulu. Takde duit nak bayar hutang segala bagai, sampai bank semua cari. Sampai terpaksa kerja jual barang dari rumah kerumah, takde orang pun sanggup bukakkan pagar. Asal bukak pintu je, semua geleng kepala cakap takmau padahal belum dengar pun produk apa dia nak jual. Lepas tu dia kerja kontrak civil, tanam paip bawah tanah, masuk dalam tanah, longkang busuk pun dia masuk. Tambah pulak dengan masalah penceraian dalam rumahtangga. Tapi itu semua dulu la. Sekarang dia dah pun mula hidup baru dengan isteri baru dia. So, kalau nak cerita bab-bab kekuatan mental hadapi dugaan ni, kira dia dah power la kononnya (tangan di bahu, mata ke atas). So masa IJI tu ada la Doc offer untuk join seminar Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). So, dia suruh la isteri dia masuk, sebab dia tau isteri dia yang memerlukan IMKK tu sebab selalu komplen, merungut dan mengamuk-mengamuk tentang kesusahan hidup. Kira dia tak payah pergi la sebab dah power (powerlah sangat, sampai dia fikir dia tak perlu pergi pun). Tapi dia terpaksa join jugak lah sebab nak teman isteri dia, lagipun pasangan tak payah bayar kan. Ada offer pasangan free masa tu.

Dah dalam seminar IMKK tu, perkara pelik berlaku. Dia yang konon-kononnya mental kental, akhirnya jatuh tersungkur menangis dalam stadium. Baru dia tau, apa yang dia faham tentang keberkatan dan rahmat Allah selama ni, semuanya salah. Konon nak bagi isteri dia belajar, akhirnya dia yang sebenarnya disekolahkan. Ya Allah, begitu hebatnya ilmu yang Allah bagi pada Dr. Azizan ni. Begitu besarnya kuasa Allah. Dia insaf, dan menangis atas setiap dosa dia. Masa tu, dia cari isteri dia, pastu terus peluk isteri dia dalam stadium tu sama-sama menangis.....

Begitulah indahnya program IMKK ni. Dan lepas habis 4 hari IMKK tu, dalam kereta dengan isteri dia, masa tu lah dia cakap "tak guna punya Dr. Azizan !!!" Memang tak guna pun, sebab Dr Azizanlah dia terpaksa menangis mintak maaf kat isteri dia, dan sebab Dr Azizanlah, dia terpaksa usaha keras sekarang yang bakal buat dia terpaksa kaya dan berjaya dunia akhirat suatu hari nanti. Terima kasih doc sebab ubah hidup dia, dan "dia" tu sebenarnya, adalah SAYA. :'-)

Sebab itulah saya ambil seat super supreme untuk Advance Marketing Power (AMP) kali ni walaupun takde duit, yang hanya bergantung harap pada gaji isteri. Saya sangat-sangat perlukan sebanyak-banyak Elmu dari Doc untuk saya all out membina perniagaan saya demi membantu mak saya, ayah saya, isteri saya dan anak-anak saya. Mereka dah banyak susah disebabkan saya. Dan saya dah tak larat nak melihat kesusahan mereka lagi. Dan saya juga nak tolong semua pasangan diluar sana agar tidak lakukan kesilapan dalam rumahtangga macam saya dulu. Kalau nak rasa neraka dunia, ianya adalah kehancuran rumahtangga. Saya taknak orang lalui pengalaman saya yang menyiksakan tu.

All i can say about Seminar AMP ni, Doc.... U are the most brilliant marketeer in this world. 

Dan untuk semua seminar yang saya dah hadir, bukan setakat the greatest marketeer, U are, my greatest mentor that ever exist in my life... Thanks for everything Doc. Thanks for everything, dunia dan akhirat. Dan kalau Allah ambil Doc dari kami, then it's going to be one of the greatest lost in this world selepas Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Thank DrAzizan OsmanJerry Zafrul Rizal MatYasmin Mohd Ramzi for the greatest team ever assembled for us.

=====================================================
Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah dalam rumahtangga bagi pasangan muda yang berumur bawah 30 tahun, yang tidak persefahaman, selalu bergaduh, dan yang memberontak dalam diam yang akhirnya menyebabkan pasangan curang dan bermain kayu tiga dengan orang lain. Dengan mengetahui rahsia mengenali pasangan kita, mengetahui kesilapan-kesilapan maut dalam rumahtangga, dan mengetahui kaedah rahsia ketenangan hati dan kebahagiaan diri yang bakal menarik kasih sayang pasangan kita bagai "magnet yang menarik besi", perkahwinan yang diikat dengan cinta suci dari syurga, InsyaAllah akan kekal sehingga akhir hayat.

Sila hubungi saya di Membina Hubungan Bahagia(http://www.facebook.com/membinahubunganbahagia)
=============================================

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...