Monday, 7 April 2014

[ BRANDING YOURSELF & BUSINESS STRATEGIES ]




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya dah terlalu lama meninggalkan blog ini. Sejak tidak mengikuti kelas seni jahitan kreatif, blog ini saya biarkan bersarang. Sudah masanya saya perlu BANGKIT dari TIDUR yang lena. Mungkin saya tidak seaktif dan seghairah dulu untuk mempelajari ilmu SENI JAHITAN KREATIF tetapi kehidupan seharian perlu di teruskan.

Insyaallah saya akan BANGKIT dari TIDO yang sangat panjang. Tiada lagi Istilah TIDAK, MALAS dan BERPUTUS ASA. terus BANGKIT dan BANGKIT dan BANGKIT menuju kedepan.

Jangan jadikan MASALAH itu MUSUH kita. Cari jalan penyelesaian untuk terus maju kehadapan. Memang menjadi suratan bila tiada ILMU dan MENTOR dinding adalah sahabat kita. Jangan mudah berputus asa.

Alhamdulillah Semalam saya diberi peluang menjadi KREW secara OFFline untuk BENGKEL BRANDING YOURSELF & BUSINESS STRATEGIES dengan MENTOR blog saya iaitu Cikgu Nisa ( http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/ ). TERIMA KASIH SIFU.

Perkenalan saya bersama cikgu Nisa bermula di alam maya sahaja tetapi alhamdulillah rezeki itu datang dari Allah. TERIMA KASIH YA ALLAH mempertemukan saya dengan cikgu yang HEBAT. Tak pernah berputus asa mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak muridnya yang asyik tenggelam timbul semangatnya.

Pejam Celik pejam celik sudah hampir setahun saya bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ia bukan sahaja tempat untuk mendapatkan Ilmu tetapi ia memotivasikan diri untuk melangkah lebih jauh dengan hanya bekerja dari rumah, malah kami dapat berkenalan dengan ramai lagi orang yang juga hebat dan mengambil keputusan bekerja dari rumah.

Bengkel Bengkel Branding Yourself & Business Strategies adalah pertama kali di buat oleh cikgu di alam maya saya. Memang banyak Ilmu yang saya dapat walau pun menjadi CREW pada waktu itu. Sillaturrahim yang terbina di antara kami di ABDR di alam Maya nyata tidak membuat kami kekok bila berhadapan secara nyata.

Jom saya kongsikan 10 perkara asas yang perlu di ketahui sebelum memulakan perniagaan dari Bengkel Branding Yourself & Business Strategies;-

1) Setiap apa yang kita lakukan WAJIB kena minta pertolongan daripada ALLAH untuk mempermudahkan urusan perniagaan kita @ pun urusan harian kita. (Jadikan solat Dhuha itu satu kebiasaan)

2) IDEA itu adalah milik ALLAH dan jangan di sia-siakan. Sediakan kertas @ buku siap2 dan pen kemana2 supaya mudah untuk kita mencatitkan setiap apa yang terlintas difikiran kita. Samada IDEA untuk memperkembangkan business yang sedia ada @ pun IDEA menangani Masalah harian kita. Tuliskan MENGAPA? KENAPA? sesuatu itu terjadi untuk menyelesaikannya. Jangan sesekali meletakkan kesalahan keatas orang lain. BIG IDEAS BIGGER Result !

3) GAGAL. Ramai orang takut dengar perkataan GAGAL. betul. betul. Jangan takut GAGAL untuk melangkah kehadapan, jika kita tak pernah rasa GAGAL kita adalah orang yang paling RUGI kerana keGAGALan itu mendorong kita untuk lebih kuat dan gigih untuk BERJAYA. Jika kita tak mahu GAGAL carilah ILMU dan MENTOR yang betul untuk tidak GAGAL.

4) PILIHAN DI TANGAN KITA. Seperti cerita burung dalam genggaman (siapa nak tahu kisah lanjut PM saya). Pilih business yang kita seronok menghabiskan masa dengannya. Seperti cikgu saya cakap bangun pagi gosok mata je dah terfikir-fikir tentangnya. Kerana kita tidak akan rasa terpaksa malah menghiburkan kita.

5) BISNES BRAND itu sangat-sangat PENTING. Seperti NYAWA. BRAND BRAVELY.

6) RAMAI orang nak menjual tetapi tidak tahu siapa pelanggannya. Cari pelanggan dulu baru jual. Jangan SYOK SENDIRI (SS).

7) STOP SELLING START LISTENING. Manfaatkan MASALAH PELANGGAN untuk dibantu dan diselesaikan.

8) SHARING ilmu yang kita ada walau pun sedikit. BESARkan ILMU yang sedikit.

9) WHAT IS BRANDING? Ia berkaitan dengan Nama produk @ perkhidmatan kita & LOGO supaya setiap kali orang melihat LOGO kita ia akan terus LEKAT di minda mereka kerana mereka kemungkinan potensi pelanggan kita.

10) Mula buat BISNES MODEL CANVAS (BMC) anda supaya bisnes lebih teratur dan TARGET akan tercapai.


ILMU yang ada perlu di amalkan untuk lebih berILMU. Terima kasih sekali lagi buat SIFU NISA dan Terima Kasih Ya Allah.

dari xCREW Branding yourself & Business Strategies, UTM Space Kuala Lumpur.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) TERBAIK!!!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...