Seni Jahitan kreatif TAMPAL dan CANTUM
Teks : Hayati Shahadan
Seni Kreatif TAMPAL DAN CANTUM adalah seni cantuman kepingan-kepingan perca kain untuk menjadi sehelai kain yang besar.
KUILT pula ialah kain yang terhasil daripada cantuman TAMPAL DAN CANTUM yang dilapik dengan polister di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.
Selalunya gambar pemandangan, haiwan, kanak-kanak, corak geometri atau abstrak dijadikan motif dalam jahitan TAMPAL DAN CANTUM ini.
Pada masa yang sama, Seni Jahitan Kreatif ini turut menggabungkan pelbagai jenis kain untuk membentuk motif yang menarik.
Pelbagai produk seperti selimut, cadar, sarung bantal, beg, dan pakaian boleh dihasilkan daripada Seni Jahitan Kreatif ini.
Tetapi proses untuk menyiapkannya akan mengambil masa yang lama kerana pembuatannya seperti CANTUM dan TAMPAL bukanlah satu kerja yang mudah.
Bagaimanapun apabila sesuatu produk yang akan dihasilkan siap, pastinya kita akan berpuas hati.
Contoh : Tilam bayi (carian google)
Cadar (carian google)
Alas kaki (carian google)
Beg (carian google)
Hiasan (carian google)
Jumpa lagi di entry yang seterusnya.. :-)
Salam Perkenalan Pn. Hayati :)
ReplyDeleteSaya suka sangat pakai cadar kuilt ni sebab katil sentiasa kemas dan rata. Tak perlu selalu tegangkan cadar. Sejuk dan hubby pun selesa memandangkan dia kuat berpeluh semasa tidur.
Berapa harga bagi satu set cadar queen size dan sarung bantal yer? kalau berpatutan teringin juga nak tempah :)
ops, Selamat maju Jaya. Chaiyo!!!
http://mariatulqiptiyah.blogspot.com
Salam perkenalan,
DeleteMemang cadar kuilt ni sedap dipandang dan pakai.. saya juga menyukainya dan meminatinya, tetapi saya belum lagi sampai ketahap membuatnya dan menjualnya :-).. kerana saya masih lagi belajar asasnya.. Insyaalah saya tengah berusaha mempelajari cara-cara membuatnya dan berharap suatu hari nanti akan memasarkannya dengan jenama sendiri.. terima kasih bertanya ye..