Wednesday, 10 July 2013

KENALI SAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera jom KENALI SAYA                    

Teks : Hayati Shahadan



SIAPA Nor Hayati Binti Shahadan ini?

Ye sayalah yang menggunakan nama itu dari sejak dilahirkan sehingga kini dan selamanya. Alhamdulillah sungguh indah nama yang ibubapa saya berikan iaitu "Nor = Cahaya" dan "Hayati = Hidupku", walau pun ramai yang menggunakan nama yang sama tetapi saya tetap bersyukur. Alhamdulillah Ya Allah. Sekarang saya menetap di Klang, Selangor bersama Suami, dua orang puteri dan seorang putera yang sangat disayangi.

TAHAP PENDIDIKAN

Saya di lahirkan di Negeri Pahang yang Makmur :-) (Pahang Darul Makmur). Ibu dan Bapa saya adalah peneroka yang berasal dari Selangor dan menetap di Negeri Pahang.

a) Pendidikan awal dari Rendah ke Menengah

Pendidikan awal saya di Sekolah Kebangsaan Keratong Dua (SKKD) dari Tahun 1 hingga 6. Kemudian saya menyambung pelajaran berasrama peringkat Menengah di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang. (SMABI - terlalu banyak kenangan yang di cipta disini :-)) dari tingkatan 1 hingga 3. Setelah itu saya berpindah ke Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang (SMATAF) - tingkatan 4 dan kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong, Selangor (SMKTE) - tingkatan 5. Mesti menjadi persoalankan kenapa saya berpindah randah kan :-). Secara umumnya saya berpindah kerana saya mahukan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk menghadapi peperiksaan yang besar iaitu SPM. SPM adalah penentu masa depan kita.Jadi, pada adik-adik yang akan mengambil peperiksaan SPM buatlah yang terbaik ye. Alhamdulillah keputusan saya tidak mengecewakan.

b) Lanjutan pendidikan di Universiti tempatan

Saya menyambung pelajaran di peringkat pra-Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang). Kemudian terus menyambung Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM, Jengka, Pahang). Disinilah saya berjumpa CINTA hati saya Mohd Firdauz Bin Zulkifili a.k.a Suami tercinta :-).

DUNIA PEKERJAAN

Setelah menamatkan pendidikan di UiTM saya terus mencari pekerjaan dan alhamdulillah terus diterima sebagai audit/account assistant di firma pengauditan,Kuala Lumpur  (Bertahan selama 6 bulan kerana branch mahu ditutup iaitu pada december 2005 sehingga may 2006). Kemudian saya di perkenalkan oleh bos lama saya kepada bos yang baru di firma perakaunan dan tax di Damansara Intan, Petaling Jaya, Selangor (Saya ditugaskan membuat akaun lengkap bagi syarikat yang kecil dan di beri tanggungjawab mengaudit syarikat pelanggan, Alhamdulillah makin bertambah lagi ilmu pengetahuan saya tentang dunia perakaunan dan pengauditan) Selama lebih kurang  3 tahun iaitu pada June 2006 sehingga March 2009. Kemudian saya berhenti kerana saya telah berkahwin kemudian berpindah ke Klang, Selangor dan sedang menunggu cahaya mata yang pertama dilahirkan. Selepas melahirkan anak pertama, saya secara rasminya menjadi suri rumah sepenuh masa sehingga anak ke-3 berusia 6 bulan dan saya kembali bekerja di sebuah syarikat engineering di Bandar Botanic, Klang, Selangor. sehingga kini.


MINAT

Selain bekerja makan gaji memang tak pernah terfikir secara serius untuk menceburkan diri dalam bidang jahitan. Sebelum mengenali apa itu Dunia Seni Jahitan Kreatif, saya memang akan terbayang baju kurung, baju melayu, kebaya dan baju tradisional yang lain dan  ianya sungguh membosankan dimata saya. Tetapi setelah bertemu website http://www.epal.com.my/ ianya telah membuka mata dan minda saya yang mana menjahit itu adalah satu keseronokkan dan menjahit adalah mudah/senang. Ye Sangat MUDAH/SENANG. Sekarang saya adalah ahli VIP EPAL dan sedang menimba sebanyak mungkin ilmu tentang Dunia Seni Jahitan Kreatif.

                Hasil Pembelajaran ku yang pertama dan mesin Jahit Serbaguna Idaman Setiap Wanita.  
                                            


Dunia Seni jahitan Kreatif adalah sangat-sangat menarik dan bila saya berjumpa dengan tuan empunya blog iaitu http://khairunnisahamzahara.blogspot.com terus saya mendaftarkan diri mengikuti kelas Asas Membina Blog kerana saya berharap dengan blog yang baru dicipta ini saya dapat berkongsi pengalaman, idea dan pendapat untuk mengembangkan ilmu Seni Jahitan Kreatif.

Semoga Ilmu pengetahuan tentang Seni Jahitan Kreatif menjadi lebih luas kerana Semua orang boleh melahirkan kreativiti melalui bidang jahitan. Semua orang boleh menjahit.

Selamat datang ke Dunia Seni Jahitan Kreatif.

Jumpa lagi di entri yang akan datang yang lebih menarik, tertarik dan kau memang the BOMM!!! :-)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...