Friday 7 February 2014

BAJU APA NI ?? CAM TAK JADI JER.. CAM LAIN JER..



Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah rezeki yang datang tu mencurah-curah. Nak atau tak nak jekan. Sebenarnya process menjahit mengambil masa sehari  ke dua hari sahaja tetapi oleh kerana ramai tentera (anak-anak) yang nak tolong sama jadi berlarutanlah sampai berminggu-minggu. Bukan bermaksud sudah terkena penyakit 'M' ye (senyum).

Akhirnya siap juga baju anak adik angkat saya. Kesian dia tunggu lama. Maaf ye Azuraimi dan Anita. Secara jujurnya ini pertama kali saya terima tempahan baju uniform sekolah tadika lelaki yang bertulang leher baju melayu. Oh! Tidak! . Jadi bahan kajianlah baju nikan nak ukur sejauh mana kehebatan ilmu jahitan ku.

Setelah process memotong menjahit yang asyik buka jahit je. Alhamdulillah akhirnya penyiksaan tu berakhir jua. Sebenarnya banyak ilmu baru dalam jahitan yang saya perolehi.


Nilah baju contohnya (Tetapi dh dibawa balik)



Nilah yang saya Jahitkan. Sama ke tak sama. Leher terlebih besarkan.

P/S: Pada Azuraimi dan Anita halalkan ye yang terkurang tu. Kalau rasa-rasa tak puas hati sila hantar balik untuk di oter ye. (Senyum)

<< Seronoknya menjahit>>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...