Monday 14 April 2014

[ TIPS DAN PANDUAN ANDA YANG BARU INGIN BELAJAR MENJAHIT ]



Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TIPS-TIPS & PANDUAN YANG BERKESAN UNTUK ANDA YANG BARU ATAU INGIN BELAJAR MENJAHIT.. PATUT BACA TAU!!

Gambar: google


1. BERMULA DENGAN JAHIT SATU JENIS BAJU

Jangan terlampau "giler" belajar menjahit macam2 paten pakaian dalam masa yang singkat kerana otak kita takkan dapat mengingat kaedah2 menjahit ni terutamanya kaedah2 setiap paten baju tu berlainan. Mahirkan dahulu satu persatu.

2. GUNAKAN FABRIK YANG MUDAH

Bagi yang baru berjinak2, janganlah terus guna fabrik seperti chiffon, sutera dan sebagainya. Tak salah mulakan dengan fabrik yang mudah seperti kapas ( cotton ) . Apabila kita tidak dapat memotong fabrik yang licin dan sebagainya, mulalah akan rasa bosan ( fed up) dengan menjahit kan?

3. BELAJAR DARI ASAS

Apabila kita belum ada ilmu menjahit, jangan terus belajar buat baju yang rumit seperti BAJU MELAYU, KURUNG MODEN , KEBAYA .

Bermulalah dari menjahit BAJU KURUNG BIASA, JUBAH POLOS . Kerana kita kena mahirkan dahulu dalam melakar pola dan menjahit paten yang mudah .

4. BELAJAR SECARA "LIVE"

Disarankan mengikuti kelas2 jahitan. Pembelajaran secara live lebih memberi kesan dan mudah untuk memahami serta mengingati kaedah menjahit. Beli lah buku banyak mana sekalipun tapi kita tiada guru untuk bertanya permasalahan yang akan timbul seperti , jika baju terkecik, tersalah gunting dan sebagainya

5. IKUT CARA YANG BOLEH DIFAHAMI DENGAN CARA SENDIRI

Lain guru lain kaedah bukan bererti kaedah yang diajar tu salah. Jadi jika anda dah belajar dengan pelbagai jenis kaedah walaupun hasil yang jadi itu sama, pilihlah cara yang terpaling mudah untuk anda faham dan jahit. barulah akan ada rasa seronok menjahit. abaikan sahaja jika ada yang menegur cara mereka lebih mudah , tetapi tidak guna kalau kita tidak dapat mengikut cara tersebut tetapi jangan pula menjadi seorang yang berlagak pandai.

6. BERFIKIR SECARA LOGIK

Jangan menyekat minda anda dengan " cara itu tak boleh", " tak boleh, kena jugak buat macam ni" . jangan lah rumitkan keadaan. Yang penting kita kena fikir seperti ini " apa relevannya ia dibuat seperti itu? "  Contoh : apabila kita belajar kaedah di dalam buku - kelonggaran adalah baju adalah 2 inci, jadi jika rasa 2inci itu adalah ketat, besarkan lah lagi kepada 2.5 inci ke, 3 inci ke, itulah yang dinamakan kena berfikir secara logik, kaedah dalam buku tidak dapat menerangkan keseluruhan masalah2 dalam menjahit ni.

7. BUAT NOTA

Apabila kita berguru, jangan lupa catatkan nota , kadang2 kita rasa kita boleh ingat semasa belajar. Tapi bila dah seminggu tak menjahit , belum tentu kita akan ingat lagi sepenuhnya apa yang diajar. Tulislah nota dengan cara yang tersendiri supaya anda faham apa yang anda tulis.

8. SUASANA MENJAHIT

Lebih elok jika suasana menjahit dalam keadaan yang baik, kemas, dan selesa. pasti mood menjahit kita akan bertambah . Elakkan menjahit dalam keadaan tertekan, persekitaran yang bersepah dan tidak teratur. Cari masa bila anda bersemangat seperti pada waktu pagi atau mungkin dengan alunan lagu ke dan sebagainya. Jangan menjahit apabila anda stress kerana nanti jahitan pun asyik salah. Berhenti dan rehat dahulu .

SELAMAT MENCUBA

Sumber infomasi dari Ida Ismail dari Facebook group Kelas Menjahit & Alatan Jahitan https://www.facebook.com/groups/Jahitan/?fref=ts



<<Seronoknya menjahit>>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...