Monday 7 April 2014

[ TAKUT GAGAL! Jangan Salahkan Orang Lain ]


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Ramai orang takut akan keGAGALan. Anda bagaimana?

Tak kira samada GAGAL dalam perniagaan, GAGAL dalam perkahwinan, GAGAL dalam percintaan, GAGAL dalam pekerjaan pendek kata semua ketegori keGAGALan.

GAGAL itu mengajar kita untuk jadi lebih TABAH & KUAT. Bila GAGAL, secara alaminya kita tidak akan mahu lagi GAGAL. Apa yang perlu kita buat untuk elakkan GAGAL??

Saya nak kongsikan beberapa tips mengelakkan rasa kecewa bila GAGAL :-

1) Jangan SALAHkan ORANG LAIN.
 
    - Jadikan keGAGALan itu satu PENGALAMAN. Bagi tau diri yang tidak ada orang lain yang pernah mengalaminya jadi aku seorang yang beruntung.

2) Jangan BERPUTUS ASA.

  - GAGALnya kita membuatkan kita lebih TABAH & KUAT. Menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan. BANGKIT dari TIDO secepat mungkin.
 - BERUSAHA KERAS untuk tidak lagi GAGAL.

3) Cari ILMU, MENTOR & NETWORKING (Jalinkan Sillaturrahim)

  - Jika GAGAL berniaga cari Ilmu & Mentor yang sudah berjaya dalam perniagaan.
  - Jika GAGAl dalam perkahwinan cari Ilmu & Mentor yang pernah GAGAL dalam perkahwinan seperti kita dan akhirnya berjaya membina keluarga BAHAGIA.
 - Carilah ILMU & MENTOR yang POSITIF bersesuaian dengan keGAGALan.
 - Jangan rasa diri tu SUDAH PANDAI. Cari kawan-kawan dan sahabat yang sudah berjaya. Belajar dari mereka.
 - Kongsikan Ilmu yang ada untuk bina hubungan sillaturrahim.
 - Gerak secara BERJEMAAH lebih baik dari berseorangan.
 - Bergerak secara berseorangan cepat KETANDUSAN IDEA dan MOMENTUM. (dari SIFU Nisa Nua)

5) MUHASABAH DIRI / AUDIT DIRI SENDIRI

  - Cermin balik diri kita bagaimanakah hubungan kita dengan Allah dan makhlukNya?
   
     a) Buat cek list :-
        - Solat Lima Waktu di Awal Waktu
        - Solat sunat seperti Dhuha, Hajat, Istiqarah & Tahajjud.
        - Zikir harian
        - Sedekah
        - Ibubapa
        - Adik beradik
        - Rakan-rakan
        - Saudara seagama

Percayalah yang setiap KeGAGALan itu Melahirkan Kematangan.

P/S : nanti bila anak2 bertanya ada cerita yang menarik untuk diceritakan. HEBATnya Seseorang ialah bila dia pernah merasa GAGAL.


     





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...