Wednesday 2 October 2013

JAHIT PENCIL CASE


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini jom kita belajar jahit pencil case yang cantik ini..


..Cantiknyer Pencil case ni..

Bahan-Bahannya

Bahan-bahan :
2 Keping Kain Bahagian Luar (Kain Pertama) - 3.7" X 9"
2 Keping Kain Bahagian Luar (Kain Kedua) - 2.2" X 9"
Dua Keping Batting (Iron On With Glue 160g) - 5.5" X 9"
1 Keping Kain (Tali) - 11" X 2"
1 Keping Kain (Penyangkut Tali) - 3" X 2"
Ribbon Organza Width 1"- 36" (Terpulang Pada Anda)
Zip - 8"
Swivel Clasp - 3.5"
Rivet - 8mm
Pen Eraseable
Pembaris
Gunting


Proses Penyediaan Tali :
  • Lipat kedua-dua bahagian tali dan penyangkut, jadikan sama tengah.
    • Seterika kedua-dua lipatan tali untuk kesan lebih kemas.


Proses Mencantum Bahagian Kain Dan Batting :
  • Cantum dan jahitkan bahagian kain pertama dan kedua.
    • Kemudian, iron batting untuk kedua-dua kain (lihat gambar di atas).

  • Jahit pula ribbon organza untuk satu bahagian luar pencil case.

  • Sebelum menjahit ribbon untuk bahagian sebelah lagi, buat tanda pada kain (lihat gambar di atas)
    • Pastikan mengikut jarak yg betul.

  • Jahit ribbon dan berhenti pada no.1 seperti yang tertera dalam gambar.
    • Jahit kiri-kanan lebar ribbon supaya lebih kemas.

  • Sambung pula menjahit di no 2 sehingga ke hujung, buat juga di bahagian sebelah lebar ribbon lagi.


  • Potong ribbon dan buat ikatan. Jahit butang atau material lain untuk kekemasan ikatan ribbon.
  • Tandakan di bahagian dalam kedua belah kain, lebih kurang 6mm.
  • Buat lapisan seperti 'sandwich' untuk menjahit zip, jangan lupa menukar tapak menjahit zip.

  • Jahit di bahagian dalam pencil case untuk pengukuhan.

  • Jahit pula di keliling bahagian ini, KECUALI BAHAGIAN BERTANDA (X). Ukuran semuanya ialah 6mm, bkn0.6mm (ampun tersilap, x kuasa nak edit balik...hahak).
  • Jangan lupa selitkan tali penyangkut semasa menjahit keliling bahagian dalam pencil case uols.
    • Selitkan sama ada di bahagian kiri atau kanan.
  • Terbalikkan bahagian bertanda anak panah (seperti gambar di atas).
  • Kemaskan bahagian ini dan jahit.
  • Masukkan rivet pada tali penyangkut
Selamat mencuba ye.. saya pun nak "try test" juga.. jom ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...