Teks: Hayati Shahadan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sumber dari: http://www.mulawafashion.com/2013/05/mulakan-bisnes-online-anda-sekarang.html
Mulakan Bisnes Online Anda Sekarang
Masa untuk bermula...
Dengan bismillah...
Mulakan membuat kertas kerja bagi perancangan bisnes online anda.
Kertas cadangan anda mestilah mempunyai perkara-perkara yang berikut
1. Pendaftaran nama bagi yang berikut
a. Nama syarikat
b. Nama kedai online anda -FB/Blog/Web/Emel/Twitter dll
Yang paling penting ialah untuk memutuskan apa nama Jenama yang anda ingin perkenalkan.
Pilih jenama yang baru/original/senang disebut.Gunakan suku kata yang pendek seperti 3 atau 4 sukukata. Dengan jenama tersebut, barulah anda gunakan untuk mendaftar yang semua yang di atas.
Pastikan semuanya sama kerana pengulangan adalah sesuatu yang bagus untuk "branding" anda yang baru bertapak.
*Normal untuk merasa janggal menyebut jenama baru anda. Tetapi percayalah..lama-lama apabila sudah terbiasa menyebut secara berulang2..ia akan menjadi suatu "brand"
2. Objektif
Senaraikan objektif anda?
3. Target pelanggan
Siapakah target pelanggan anda?
Bermula dari umur berapa-hingga berapa?
4. Produk/Perkhidmatan / Harga yang ditawarkan
Pilih yang mana satu ingin anda tawarkan.
Atau anda berkemampuan untuk menawarkan ke dua-dua sekali?
Buat kajian tentang harga pasaran dan putuskan harga anda
5. Strategi
Apakah strategi yang di ambil dalam memperkenalkan jenama online store anda?
Apakah "something new @ sesuatu yang baru " yang perlu anda perkenalkan dalam memastikan online store anda berbeza dengan yang lain?
Sekurang-kurangnya memastikan online store anda mampu dilihat sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan online store sedia ada.
6. Proses
Proses operasi online store anda?
Sebagai contoh:
- anda tetapkan terma dan syarat pembelian.
- Apakah proses yang perlu anda lakukan dari mula proses pembelian sehinggalah ianya berakhir.
- Bila anda mahu membeli stok
-Bila anda mahu menghantar barang kepada pelanggan
-Apakah proses sekiranya pelanggan tidak berpuas hati/barang hilang/barang rosak dll
Proses adalah nadi operasi anda selain duit
7. Promosi /Pemasaran
Apakah strategi pemasaran anda?
Berapa bajet anda untuk promosi?
Kumpul data tentang bayaran iklan di majalah/surat khabar/internet/blogger dll
8. Dokumen
Sediakan dokumen yang berikut:-
- Invoice jual beli
- Data pelanggan
-Jadual pembukaan online store
-Laporan bulanan jualan anda
9. Buka akaun bank syarikat
-Penting untuk anda mempunyai akaun bank syarikat bagi memudahkan urusan transaksi jual beli anda.
10. Lakukan segera 9 perkara yang di atas
Ya..bertindak segera .
Masa tidak menunggu kita.
Lagi cepat anda mulakan perkara di atas, lagi bagus untuk anda.
Selamat bertindak .
No comments:
Post a Comment