Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sambil-sambil menjaga anak-anak sempat lagi memotong n menjahit sepasang baju Kurung Riau. Alhamdulillah sempat siap. Bila kita dapat menghasilkan sesuatu ia adalah terapi diri untuk sesorang surirumah.
Hari ini saya nak tunjukkan cara menggunting dan menjahit leher yang berlapik cara MAMAYATY.
Nilah rupanya setelah siap.
Gunting kain gam mengikut pola pelapik leher.
Gunting Kain mengikut pola pelapik leher.
Iron kain gam dengan kain. mesti berhati-hati supaya kain gam tidak melekat di iron.
Dah siap iron jahit tepi sekelilingnya.
Letak pelapik tadi di ditengah-tengah badan baju (pastikan selari dengan bahu dan berada ditengah-tengah badan). Lukiskan keluasan leher mengikut pola. Bawah tarik dalan 4" - 5" (mengikut kesesuaian)
Jahit disekeliling leher mengikut garisan.
Kemudian gunting mengikut garisan. Tinggalkan sedikit untuk basi.
Sebelum jahit balas buat dahulu tali butang untuk leher seperti gambar diatas.
Bahan yang diperlukan ialah sekeping kain perca.
Lipas segi empat.
Jahit setapak @ ikut besar mana yang kita mahu.
Potong mengikut jahitan tinggalkan sedikit basi seperti dalam gambar.
Terbalikkan dengan jarum jahit tangan.
Macam nilah rupanya.
Tali siap untuk di pasang.
Matikan jahitan di hujung leher untuk memasukkan tali dan buka sedikit jahitan.
Inilah rupanya bila sudah siap.
Kemudian kita teruskan dengan mengemaskan jahitan sekeliling leher. Gunting sedikit basi untuk mendapatkan jahitan yang kemas.
Jahit balas di sekeliling leher.
Gambaran diluar bila dijahit.
Gambaran dalam selepas dijahit.
Iron dan Siap.
Tutorial ini versi MAMAYATY mungkin sedikit berbeza dengan cara guru-guru jahitan.
"Menjahit tidak ada yang betul dan salah asalkan selesa mengikut keselesaan si pemakai"
Selamat mencuba.
<<Seronoknya Menjahit>>
No comments:
Post a Comment