Teks: Hayati Shahadan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Gambar : carian google
Masih aku ingat lagi satu ketika dahulu aku sangat membenci dunia jahitan. Bila sebut pasal menjahit aku
jadi rimas dan lemas. Kenapa??
Masih aku ingat lagi dunia remajaku banyak di habiskan
dengan menjahit. Lagi-lagi bila musim perayaan menjelma. 7 hari seminggu aku
terpaksa bekerja tanpa cuti membuatkan aku kelemasan. Malam sebelum raya masih
lagi bertungkus lumus menyiapkan tempahan. Sehinggakan pagi raya juga kadang
kala kami anak beranak masih lagi menjahit. Memang normal bagi kami jika pagi
raya baru kami menghias rumah dan memasak.
Ia membuat dunia remajaku sungguh penat dan membosankan.
Apabila aku mempunyai keluarga sendiri baruku tahu hikmah di sebalik semua itu
kerana aku sememangnya seorang yang tidak pandai duduk diam. Kemudian baru aku
tahu yang menjahit itu adalah BAKATku dan aku sangat meminatinya. Ianya
sebenarnya menyeronokkan kerana bila terhasilnya satu-satu jahitan ianya
memuaskan dan sungguh menabjubkan. Banyak bezanya dengan dahulu kerana dahulu
menjahit itu tidak aku abadikan dalam jiwaku selain keterpaksaan. Kini aku
sedar, insyaallah semoga ianya masih lagi belum terlambat walaupun banyak
halangan dan dugaan terpaksa aku tempuhi.
Walaupun aku terpaksa mencuri waktu dan memerlukan kewangan untuk
meneruskan hasratku dalam menggali lebih banyak ilmu tetang dunia seni jahitan
kreatif tetapi ianya amat berbaloi dalam kehidupanku. Tetapi Kini aku terpaksa
mengenepikan minatku ini untuk sementara waktu kerana kekangan masa dan
kewangan. Walau minat yang mendalam dunia jahitan tetapi lebih penting lagi keluargaku
ia bukan bermakna aku akan terus menyepi diri tetapi cuma project-projectku tak
sehebat sebelumnya.
Insyaallah di masa akan datang aku akan lebih focus untuk
mengembangkan sayapku sepertimana yang aku impikan satu ketika dahulu.
Amat merindui dunia jahitan tersangat-sangat. :-)
No comments:
Post a Comment