Thursday 31 October 2013

HARI PENIAGA KECIL DI TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perniagaan dalam dunia perdagangan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairan, al-Quran telah memberi perhatian yang cukup banyak meliputi bidang tersebut. Dari sisi lain pula, Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan misi beliau sebagai “menyempurnakan akhlak“.
Jika demikian, pastilah dapat ditemui etika berniaga dari perspektif al-Quran dan al-sunnah. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah s.a.w sendiri pada usia mudanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Kita seringkali menemui istilah-istilah yang dikenali dalam dunia perniagaan seperti “jual-beli““untung rugi““kredit“, dan sebagainya. Demikian juga dalam al-Quran mengungkapkan istilah ini saperti mana  firman-Nya yang bermaksud:
“Siapakah yang ingin memberi “qardh” (kredit) kepada Allah dengan kredit yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (qardh itu) untuknya, dan dia akan memperoleh ganjaran yang banyak.” 
(al-Hadid: 11)
Al-Quran sebenarnya tidak meletakkan syarat yang banyak terhadap orang yang melakukan perniagaan kecuali etika yang diajarkan al-Quran bertumpu kepada prinsip“mengorbankan kepentingan peribadi demi orang lain.” (lihat Surah al-Hasyr: 9). Justeru dalam setiap perkara yang berkaitan dengan dunia perniagaan perkara yang dituntut adalah ”tidak  menganiayai”.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud:
 “Bagimu modal kamu. Kamu tidak teraniaya dan tidak pula teraniaya.”
Rasulullah s.a.w juga memberi sebahagian petunjuk bagi mendokong terciptanya etika di dalam perniagaan tersebut, iaitu pertama adalah kejujuran.
Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak dibenarkan seseorang Muslim menjual satu jualan yang mempunyai aib kecuali dia mejelaskan aibnya.” (Riwayat al-Quzwaini).
Manakala dalam sabda baginda yang lain:
“Siapa yang menipu kami bukan daripada golongan kami.”
(Riwayat Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)
Selain itu Rasulullah s.a.w juga pernah menasihati seorang ahli perniagaan wanita dengan sabdanya yang bermaksud:
“Wahai ummu qilat, jika engkau ingin membeli sesuatu, tawarlah dengan harga yang engkau inginkan, diberikan atau tidak. Dan apabila engkau ingin menjual, tawarkanlah dengan harga yang engkau inginkan, diterima atau ditolak.”
 (Riwayat Quzwaimi)
Islam tidak pernah menentukan sebarang had atau sakatan tertentu dalam mengambil keuntungan. Menurut Syeikh Qardhawi, tidak ada sebarang nas dalam al-Quran atau hadis yang menyatakan keadaan tersebut, malah diserahkannya kepada dhamir (jiwa) dan pertimbangan umat Islam sendiri.
Walau bagaimanapun, Islam telah menggariskan panduannya yang jelas dalam perhubungan muamalat umatnya.
Antara panduan tersebut yang perlu diambil kira oleh setiap Muslim itu ialah batasan akhlak, ajaran agama, juga adab sopan, atau ’uruf (etika) masyarakat serta undang-undang pemerintah. Sekiranya terdapat urusan yang dilakukan di luar batasan akhlak dan bertentangan dengan ajaran agama atau bercanggah dengan ’uruf  masyarakat atau menyalahi undang-undang, maka tindakan atau pengurusan tersebut dikira haram dan salah.
Apa yang disebutkan Allah s.w.t suatu perniagaan itu hendaklah berjalan secara (taradhin) persetujuan dan kerelaan bersama antara penjual dan pembeli.
Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai mereka yang beriman janganah kamu makan harta antara kamu secara batil melainkan melalu perniagaan yang berlaku secara rela hati dikalangan kamu.”
 (an-Nisaa: 29)
Jadi sekiranya jual beli tersebut diakukan tanpa persetujuan atau melalui penipuan maka urusan itu perlu dibatalkan.Apatah lagi jika keuntungan yang diambil secara gelap (tadlis) yang dilarang oleh agama,sekalipun pembelian tersebut telah diluluskan.
Allah s.w.t juga menekankan perlunya mengindahkan peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak melakukan apa yang di istilahkannya dengan al-bathil (baca surah An-Nisa ayat 29), iaitu pelanggaran terhadap ketentuan agama atau persyaratan yang disepakati.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Kaum Muslim sesuai dengan (harus menepati)syarat-syarat yang mereka sepakati, selama tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.”
Perniagaan adalah satu bentuk muamalat.Oleh kerana itu dalam urusan perniagaan kita harus melihat hubungan timbal-balik itu agar ia berlansung secara harmonis.
Nabi s.a.w juga ada menyebut agama adalah muamalah. Ini bermakna bahawa semakin baik hubungan timbal balik maka semakin baik pula kualiti keberagamaan seseorang.
Bukan sahaja dalam perkara berkaitan urusan perniagaan, malah apa-apa perkara sekalipun  jika dilakukan  secara berlebihan atau melampaui batas itu amatlah dilarang oleh Alllah s.w.t.
Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
”Jangan sekali-kali kamu bertindak melampaui batas kerana Allah tidak suka kepada mereka yang melampau.” 
(al-A’raf: 31)

sumber dari http://mutiaraislam.wordpress.com/2011/04/16/perniagaan-dari-pandangan-islam/

Hari ini Tadika Kak Alya mengadakan hari peniaga kecil sebagai satu activiti yang menyeronokkan berkonsepkan belajar sambil bermain, jadi kanak-kanak akan belajar mengenali konsep matawang pelbagai nilai dan untuk menarik minat kanak-kanak berniaga selaras dengan sunnah Rasulullah s.a.w .

Syabas buat guru-guru di Tadika Ceria Az-Zahrah kerana sentiasa berusaha membuat Kak Alya seronok ke Tadika.

Jom layan gambar-gambar sekitar hari peniaga kecil di Tadika Ceria Az-Zahrah..

                                             
                                               

Gerai Kelas Kak Alya ..  barang niaga yang kak Alya bawa berada di dalam bakul yang paling besar tu.. mainan yang di bungkus dalam pembungkus cenderahati..



Gerai-gerai sekitar hari peniaga kecil.. macam-macam ada.. 



Salah satunya gerai cabutan bertuah.. ermm best ni..




Tengok tu teacher-teacher pun bersemanagat menjadi peniaga.. :-)



Pembeli sudah datang.. habis licin gerai permainan..




Muka-muka ceria pemborong sakan.. tengok kat tangan mereka tu penuh plastik..




Kak Alya hanya membeli air kotak, puding dan gula-gula je.. ermm.. mamanya pulak yang pelik.. aikk kenapa sikit je.. jawapan Kak Alya dia malu kat Teacher-teacher sebab tu tak membeli.. macam ni pun ada ye.. sudahnya semua duit dia bawa balik rumah buat koleksi.. macam-macamlah Kak Alya ni..


Kalaulah mama jadi Kak Alya habis duit tu tak berbaki.. hehehe.. walau apa pun Kak Alya enjoy sangat.. Alhamdulillah..










Sunday 27 October 2013

PERTAMA KALI BERAYA AIDILADHA DI RUMAH SENDIRI

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Raya Aidiladha tahun ini pertama kali kami sambut di rumah sendiri bersama keluarga mertua.. Alhamdulillah.. seronok sangat dan pertama kali juga kami membawa anak-anak sembahyang hari raya di masjid berdekatan rumah..

Jom layan gambar kami pada hari raya..



Nampak tak belakang  Adeeb tu orang tengah sembahyang raya.. mamanyer tak boleh nak sembahyang sekali sebab nampak tak anak bujang mama tu.. tak reti duk diam-diam.. sabar je lah kan.. Insyaallah tahun akan datang mama dan anak-anak boleh sembahyang sekali..




Lagi gambar mama melayan anak-anak..



Tengok tu orang sembahyang tapi Ayra sibuk dengan handphone papa dan



Kak Alya sibuk dengan handphone mama..



Adeeb firas yang comel.. geramnyer..

Jom Ambil tahu Asal usul Aidiladha..


HARI RAYA AIDILADHA

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: 
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Sumber: Wikipedia & http://terbaru2010.com

Tuesday 15 October 2013

AKtiviti petang Anak-Anak Sebelum menyambut Raya Aidiladha

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama kali menyambut raya di rumah sendiri boleh dikatakan meriah jugalah dengan anak dan anak-anak saudara..

Jom layan gambar..
Trip membawa anak-anak meronda-ronda taman perumahan.. beratur nak naik ye..




Kak Alya cuba memegang tali layang-layang



Tengok tu.. macam pro jekan..



Tu layang-layangnyer..




Tengah menyediakan bahan-bahan masakan tuk buat rendang..



Tengok si kecil Adeeb ni pun sibuk je nak tolong juga..




Adeeb dengan kerusi yang diterbalikkan.. dah jadi mainan.. hebat bertul anak mama ni ye.. 




SEKIN HOTEL & RESORT

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum menyambut Raya Aidiladha kami sekeluarga berkesempatan menginap di Sekin Hotel & Resort semalaman. Terima Kasih buat Ucu Sekeluarga kerana sudi menaja tempat penginapan kami. Alhamdulillah moga Ucu di murahkan rezeki.

Jom layan gambar-gambar kami bercuti.



Pintu depan (carian google sebab tak sempat nak ambil gambar sendiri)



Bilik yang di sediakan 1Q + 1S


 

Ada dua pintu ye..




Laman belakang..




Dekat dengan parking




Dari pinti belakang



Anak-anak memberi ikan makan



Tengok ni.. hasil tangkapan Ayra.. bila masalah dia ambil gambar monyet ni..




Menara tintau (naik RM 1)



Memancing..




Hasil Ikan Kolam yang di pancing.. kalau nak bawa balik RM 5 seekor ye..


Tempat-tempat makan di sini kebanyakkannya murah dua kali ganda dengan lain-lain tempat, mungkin sebab ikan senang diperolehi. 



Bukit Melawati dan Taman ikan Air Tawar, Kuala Selangor


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah.. Hari sabtu lepas kami sekeluarga berkesempatan membawa anak-anak bercuti di SEKIN HOTEL & RESORT, Sekinchan Selangor. Sebelum kami sampai tempat penginapan kami sempat singgah dan membawa anak-anak ke Bukit Melawati dan Taman Air Tawar, Kuala Selangor.

Jom Layan gambar gambar kami sekeluarga.



Kakak Alya dan Ayra duduk menunggu sebelum naik trem



Tu dia Trem yang akan kami naiki dan pemandangan pintu gerbang



Suami dan anak-anak sedah bersedia menaiki Trem.. opss.. tunggu mama..


Posing lagi



Ticket naik Trem RM 5.00 (dewasa) dan RM 3.00 (kanak-kanak 2 thn keatas)




Tempat pertama tengok lontong.. jinak je.. kakak Alya tengah bagi makan kacang panjang kat lontong..




Ni lontong yang tak sabar.. tengokkan tangan kanan dah ada tangan kiri dah rampas kacang lagi.. 


Bergambar bersama meriam hiasan



Makan aiskrim dekat taman ikan




Lena betul Adeeb tido



Tengok tu sempat lagi mengepau papa dengan monyet yang boleh berbunyi tu




Posing lagi.. ni permintaan kakak Alya ye.. tengok mulut dia tu.. muncung sengaja buat..

Tak rugi pun kalau nak bawa anak-anak ke sini.. sekali sekala kalau lalu tepi bukit melawati singgah-singgahlah ye.. memang sesuai buat kanak-kanak.






Friday 11 October 2013

JOM BUAT PUDING TRIFFLE

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam tadi pergi beli barang-barang rumah yang dah banyak kehabisan di Tesco, Klang bersama Suami dan anak-anak . Actually nak cari barang-barang sempena raya haji juga sebab tahun ni Family In Law beraya di rumah kami. Jadi banyaklah barang dapur nak kena top upkan. Masuk je parking lot lengang je, parking pun senang dapat. Bila kami melangkah masuk ke dalam semua kedai sedang di selenggara patutlah tak ramai orang yang berkunjung kesini kan. Apa pun bila kami masuk dalam pasaraya tesco boleh di katakan ramai jugalah yang tengah bershopping barang-barang keperluan.

Masa pergi memang jalan jam sana sini mungkin sebab jumaat malam orang dah gerak nak balik kampung bagi sesiapa yang bercuti panjang. Tetapi bagi kami malamlah nak pergi menyopphing sebab hari ini kami dah ada plan nak bercuti di SEKIN RESORT, Sekinchan (ditaja oleh UCU suami ye) Syukur Alhamdulillah, terima kasih ye UCU Sekeluarga kerana menaja penginapan kami. :-)

Balik je rumah mula menyusun barang-barang mengikut categori kemudian sambung membasuh pinggan kerana sebelum kami meninggalkan rumah air pula tiada. Kemas peti ais dan barulah mula membuat puding. Jom mulakan. sediakan pen dan kertas ye :-)

PUDING TRIFFLE



Bahan-bahannya:



1- Susu Cair (Saya suka susu Ideal)
2- Tepung Kastard (Jenama apa-apa pun boleh)
3- Kek Gulung (nak sedap perisa pandan)
4- Coktail/nata de coco/ buah-buahan segar potong (Saya suka letak nata de coco dan buah segar potong)
5- Jeli Kristal NONA (Saya suka guna prisa strawberry sebab merah itu cantik)
6- Buah - Buahan segar (Strawberry/Kiwi/Anggur cari yang masam tuk dipadankan dengan kemanisan jeli)
7- Air



Cara-caranya:


Masak 1 tin Susu Cair dengan satu tin air dan gula ikut kemanisan yang kita nak masak seketika dengan api perlahan. Kemudian bancuh 4 sudu tepung kastard dengan sedikit air dan masukkan dalam periuk sedikit demi sedikit sambil mengacau untuk mengelakkan tepung kastard berketul-ketul dan kacau sehingga berbuih.


Masukkan Kek gulung, buah potong dan nata de coco kedalam bekas.


Tuangkan susu cair yang dah dimasak tadi kedalam bekas berisi kek, buah potong dan nata de coco.


Sementara menunggu sedikit sejuk potong buah-buahan hiasan dan hias ikut kreativiti sendiri.



Masak Jeli Kristal Nona sehingga berbuih  kemudian tuangkan kedalam bekas. (Jeli tak perlu tambah gula sebab dah manis cuma tambah air mengikut sukatan yang di beri)



Tada.. dah siap pun puding triffle saya jgan lupa masukkan kedalam peti sejuk barulah makan.


Cubalah buat sendiri ye.. Ermm.. Sedapnyer..

Jumpa lagi di entry berikutnya ye.. 







Tuesday 8 October 2013

KALI PERTAMA MEMBAWA ANAK-ANAK KE MASJID

Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bangun je dari tidur anak-anak juga turut sama bangun. Menyidai pakaian, memandikan anak-anak, melayan anak-anak ketika makan dan melayan kerenah anak-anak dalam masa yang sama memasak juadah makan tengahari membuat diri kita sendiri teramat letih tetapi tetap di gagahkan untuk anak-anak tercinta.

Selalunya kita akan cuba buat sehabis baik untuk keluarga tercinta tetapi bagaimana pula amal ibadah kita pada yang Maha Pencipta, adakah kita bersungguh-sungguh ketika bertemunya. Pengalaman saya sendiri bila kita memiliki anak-anak kecil amalan-amalan kita kepada Illahi sangat-sangat terbatas. Dugaan pasti datang tatkala kita berada dibilik air lagi semasa mengangkat air sembahyang pintu bilik air pasti di ketuk oleh anak-anak yang sentiasa mengharapkan perhatian. Bila kita bersiap-siap mengangkat takbir untuk menyempurnakan solat yang wajib pada yang Esa anak-anak berkeliaran dan kadang kala memeluk kita. Sudah pasti amalan yang kita buat itu akan di kerjakan secepat mungkin kerana gangguan yang datang dari anak-anak. Jika anak masih kecil lagi sudah pasti kita tidur kita sentiasa diganggu. Tetapi semua itu bukan alasanya kerana kita telah di amanahkan menjaga permata yang sangat berharga oleh yang maha Esa dan sangat besar pahala yang menanti kita.

Bila anak-anak sudah dewasa barulah kita rasa bebas melangkah membawa mekera beribadah ke rumah yg Esa bersama-sama. Pada mulanya saya sendiri tidak yakin untuk membawa anak-anak bersama-sama pergi ke Masjid berdekatan rumah kerana tidak mahu anak-anak memngganggu amal ibadah orang lain tetapi ternyata ianya berbeza bila pertama kali membawa mereka pergi ke Masjid. Walaupun macam-macam ragam yang mereka pamirkan tetapi tetap masih terkawal. Alhamdulillah.

Jom layan gambar anak-anak yang excited dan kepenatan meneman mama ke Masjid.


Kakak Alya dan Ayra Khusyuk sangat mewarna buku dalam masjid sambil memakai telekung..



Ruang Utama Masjid



Wajah kebosanan mereka menunggu mama lama sangat..





Bergambar di tepi masjid.. Walau pun panas terik tetapi sejuk je bila berada disini..




Masjid 

Sebenarnya mama pun pertama kali menjejakkan kaki di masjid ini walau pun dekat dengan rumah. 

" Rasa sangat bersyukur kerana di beri kesempatan menjejakkan kaki di sini.. baru sekarang saya rasa kenapa Allah mengizinkanku berhenti dari kerja yang sibuk 5 hari seminggu sehingga terbatasnya masa mengingati diri Nya" Apa yang berlaku dalam kehidupan kita telah di tetapkan untuk kita agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingati Nya. Terima Kasih Ya Allah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...